"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

28 December 2021

Haruan @ Striped / Common Snakehead #1-2/2021

Tarikh  : 25.12.2021 (Sabtu)
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan


Assalamualaikum & salam sejahtera gais. Huh dah nak penutup 2021 baru strike lagi. Lama tak cast sebab kerja & kalau tak kerja pun jadi babysitter sebab mem lak yang kena turun kerja pada weekend.

So, kali nie dapat berpeluang cast layan snakehead jer. Tak dapat nak layan stream sebab cuaca tak menentu & air kompom keruh & deras... Aku mulakan cast kat Riveria, tapi takde hasil.

Kemudian aku terjah port snakehead jer sekitar Samarahan nie...



Kebanyakan port yang aku terjah nie dah kering. Bila jumpa yang bertakung air camgini umpama jackpot...



Cast bertubi-tubi kat sini memang banyak gak yang rabut tapi tiada saiz kasar.



Akhirnya setelah sekian lama tak strike, naik jugak seekor saiz kawaiii...



Species: Haruan @ Striped / Common Snakehead (1st catch)
Rod      : Viper_Tanto, 4-12 lb
Reel     : Shimano_Scorpion XT 1501-7
Line     : Tri-Poseidon, 15 lb
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 20 lb
Lure    : Tfish_Live Frog



Tengok tu, lure pun besar mulut. Huh, memang ganas.

 

 

Masih lagi di lokasi yang sama, kali ini nampak "ombak" mengejar dan terus membaham ganas. Yoshaaaa...! Sangkut jugak seekor saiz yang lebih kurang sama.

 

 

Species: Haruan @ Striped / Common Snakehead (2nd catch)
Rod      : Viper_Tanto, 4-12 lb
Reel     : Shimano_Scorpion XT 1501-7
Line     : Tri-Poseidon, 15 lb
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 20 lb
Lure    : Tfish_Live Frog

 

 

Sangkut kat sipi2 mulut. Kebanyakan aku jumpa saiz camgini jer. Tu pun banyak rabut. 

Lama jugak aku jalan2 cast sepanjang parit & mencari tempat berlopak kat situ. Bila dah tiada berhasil, aku try kat tempat lain lak.

 

 

Port Teratai Layu di Tasek Madu masih baru2 lagi diclear. Air cetek & tak banyak sangat teratai. Kalau air besar time gine, fuh... memang kesukaan snakehead, tempat dia ambush. Sayangnya tiada kelibat snakehead yang menjamah lure....

 

 

Port baru yang nampak macam berpotensi tapi sayang tiada jugak kelibat snakehead... Kalau musim hujan & air besar nie memang berpotensi sangat! Nantilah tengok camna. But, itu sahaja hasil for now. Sekurang2nya lepas jugak gian...

Alright, jumpa lagi 2022 nanti, insyaallah...

 

 

 

 Lure(s) Of The Day

 Tfish Live Frog - Lembut sangat material getahnya. Cepat jer warna tanggal.

 

 

 

 

 

 

15 November 2021

Sebarau @ Hampala #4/2021

Tarikh  : 14.11.2021 (Ahad)
Lokasi: Port X (Rahsia...)


Assalamualaikum & salam sejahtera gais! Rindu kat korang (awwww... so sweet!). Maaf beribu-ribu lemond sebab lama sangat tak update. Lebih kurang 5 bulan gitu. Bukan apa gais, lepas off season hari tu, bila berkobar2 nak start balik tetiba negara kita dilanda lagi sekali tahap PKP yang mencemaskan. 

Bila dah nak stabil sikit, aku pulak eksiden. Makin bertambah panjang cuti. Ilang mood stream aku. So, aku kena layan balik youtube streamer Jepun kegemaran aku nak amik balik feel... 2 minggu lepas aku dah start sebenarnya, tapi kumpau!

Ok, hari nie aku nak bawak korang ke port rahsia. So sorry sebab tak boleh nak bagi tahu atas sebab "amanah" yang pelu dijaga. Aku hanya menumpang kaseh mengharap sayang jugak... (cehwah!). Nanti kalau ada rezeki akan aku kongsi port yang aku sendiri jumpa & terjah. For now baru sekali main kat situ & kumpau...



With Apis (partner in crime) yang membawa aku ke port nie. Beliau dah lam gak tak pergi. Bertahun gitu... Ingat2 lupa beliau & sesat gak cari jalan (padahal senang sebenarnya).



Masa sampai aku cast sekitar aliran air yang cetek tapi deras di sebalik dahan yang tenggelam tu. Tak sampai 5 minit terus lure aku diragut pantas!



Alhamdulillah, strike seekor saiz baby setelah 2 minggu kumpau. Punyalah rasa excited kali ini lain macam! Hehehe... Ilang giggil beb!



Species: Sebarau @ Hampala Barb
Rod      : Custom 246C, 2-6 lbs
Reel     : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line     : Dr.Braid, 10 lbs
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 10 lbs 
Lure    : No Brand_Sinking Minnow (50mm,5g)

 

 

Saiz baby tapi pangkat sarjen (3 stripes)... & baru aku sedar rupa2nya aku terlupa nak ON action cam masa turun tu! What the fish!!! Arghhhhh... punyalah lama aku berlatih & setting nak guna action cam nie. 

Last2 moment strike tiada rekod! Frust weiii... Tertangguh lagi nak jadi youtuber. Nanti kalau ada rezeki korang support channel youtube aku ye gais, ok. Bersemangat sikit aku nak berkarya nanti.

Beberapa spot ditry, hanya rabut & miskol saiz juvenile jer. Pastu takde lagi strike. Apis pulak kumpau kali ini. Belum ada rezeki. So, sebelum penutup korang layan sekeping 2 lagi gambar nak bagi korang feel layan stream nie.



Photo Credit: Apis 

Subahannallah... ketenangan & keindahan alam yang tak terucap. Inilah antara kebaikan "hobi" yang 1 nie. Ilang stress!

 

 

Photo Credit: Apis 

Meranduk. Mandi. Picnic. Santai2. Semua boleh. Hahaha... 
 
Alright, tu jer tambahan buat santapan mata korang. MayB ada yang tahu port nie. Just bagi aku kalau orang dah bagi amanah untuk merahsiakan, aku rahsiakan. Hormatilah keputusan/ asabab mereka berbuat demikian. 
 
Syukurlah diorang sudi bawak ko gi port diorang. Bukan senang nak cari port tapi amat senang nak menghancur port...

Jumpa lagi di masa2 akan datang & terima kasih kerana sudi meluang sedikit masa berharga korang membaca blog yang tak seberapa ini.





Lure(s) Of The Day








12 April 2021

Bujuk @ Forest Snakehead @ Channa Lucius #1/2021 | Sebarau @ Hampala #3/2021

Tarikh  : 07.04.2021 (Rabu)
Lokasi: Port Dahan, Semadang-Jambusan

 

Fuhhhh... lama kumpau beb! Bukan takde cast terus, tapi faktor cuaca & hal2 lain menganggu jadual cast aku. Sedar tak sedar, dah nak masuk Ramadhan seminggu lebih lagi nie...

Memandangkan off season aku semakin dekat, hari nie aku apply cuti 1 hari. Just in case hujung minggu nie jugak ada masalah ke apa ke & sebagai ganti sebab minggu lepas cuaca bagus tapi aku lak tak dapat cast ~ gian & geram!

Target 1/2 day jer cast hari nie kat port biasa. Kiranya aku nak try port baru tapi memandangkan 1/2 day jer hari nie, aku KIV dahulu. Next time try...



Cuaca yang panas sepanjang minggu nie. Air kering sedikit & berarus perlahan. Tak terlalu jernih sangat. Beberapa kali cast kat kawasan yang gelap, belakang batu & kayu namun tiada sambaran.



Sehinggalah kelihatan kawasan tenang & gelap di seberang tempat aku cast. Cast pertama luar sedikit, tiada apa2 berlaku. Kemudian aku cast dalam hingga ke akar tu, terasa lure aku sangkut lak... 

Bila aku tarik lagi tetiba bergerak pulak. Aku ingatkan kayu kat dalam tu berjaya ditarik keluar, tapi rupa2nya fish on gais!  

Layan punya layan kelihatan dipermukaan kelibat empunya badan. Rupanya sang Bujuk. Yes, tamat badi kumpau berbulan lamanya. Hahaha...




Species: Bujuk @ Forest Snakehead @ Channa Lucius (1st catch)
Rod      : Custom 246C, 2-6 lbs
Reel     : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line     : Dr.Braid, 10 lbs
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 10 lbs
Lure    : No Brand_Sinking Minnow (50mm,5g)



Huh, mesti beliau menyesal tu, camna beliau boleh tertipu... Nampak sangat rupa tak puas ati. Hahaha... adan uka!



Good size nie. Lama dah aku tak strike Bujuk. 2017 rasanya last aku dapat. Baru renew balik saiz sedap layan.



Aku teruskan cast... Ada jugak sebarau kelihatan tapi entah macam malas pulak dia nak attack lure. Kat sine kelihatan port Bujuk. Bila aku cuba kacau takde penghuni...



Semakin menghampiri tengahari, aku target last try main kat bawah jembatan tu lak.



Kalau air besar & deras payah gak cast kat sini. Bila tenang camgini, kelihatan kawasan ambush yang menarik. Pun begitu, tiada kelihatan sebarau kasar. Hanya saiz comel, imut, kawaii sahaja kelihatan...



Masa aku nak angkat lure dari kawasan nie, terus diterkam sesuatu dengan pantas. Rupanya ambush dari baby sebarau.



Species: Sebarau @ Hampala Barb (2nd catch)
Rod      : Custom 246C, 2-6 lbs
Reel     : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line     : Dr.Braid, 10 lbs
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 10 lbs
Lure    : No Brand_Sinking Minnow (50mm,5g)



Hanya saiz nie sahaja yang sudi memberi layanan. Kecik2 pun memang garang betul. Inilah antara keseronokan cast spesis sebarau.

Bila dah tiada sambutan lagi, cukuplah dulu. Syukur dapat jugak aku melepas gian & menghilangkan gigil yang mencengkam. Harap last minggu nie diizinkan-Nya untuk menduga lagi sebelum off season... Kalau tak kumpau, adalah report nanti.







 Lure(s) Of The Day