Tarikh : 05/01/2018
(Jumaat)
Lokasi : Tasik Desa Ilmu, Samarahan
Masa : 7.00am - 11.00am
Hari ke-4 aku bercuti. Setelah 2 hari bertutut-turut kumpau dalam misi mencari strike Tarpon. Bukan takde langsung sambaran, masalahnya sambaran tak cun & kes ikan mencium singker... Kalau dia mencium lure lain lak cerita. Kompom strike jawapnya!
Dalam pada itu, viral gak FB caster2 Kuching amnya & Samarahan khasnya sekarang nie dengan kes KAKI TAPAU MELAMPAU Toman Tasik Desa Ilmu nie. Hari2 dia turun & tapau anak2 Toman tak mengira saiz. Dari yang masih kecik2 sampailah yang bujang kompom ditapau habis2an! Bila ditanya katanya untuk dimakan. Apakejadahnya dia nak mencekik semua Toman tu? Dia ingat Tasik Desa Ilmu nie besar cam Tasik Kenyir ke? Pahamlah memang ada yang nak mencarik lauk, tapi agak2lah! Takkan saiz yang besar pen maker pun nak makan. Kalau dah dalam tasik nie habis kena tapau, mana lagi nak cari port Toman dekat2 Samarahan nie? Otak tu jangan letak kat lututlah pok!
Tak payahlah aku nak up gambar motosikal & hasil tapau beliau yang member2 caster postkan kat sini. Makin tengok makin marah pulak jadinya. Cukuplah aku cakap memang banyak yang kena tapau. Dari pakai plastik biasa di hari pertama untuk menapau, bertukar ke plastik beras pulak di hari2 berikutnya! Dem!!!
Pagi yang damai tapi masih belum bertemu "saat2 keemasan" Tarpon frenzy. |
Bila dah agak lama cast tanpa sebarang hasil & bertukar tempat strategik cast, nampaklah boiling anak Toman di kejauhan tu. Nak cast memang tak sampai. Biar tunggu mereka datang dekat2 sikit. |
Tak jelas sangat apa tu kan? Baby Toman tu. Baby pun babylah... Janji strike. |
Saiz yang sedap layan dengan set Ultralight. Setelah 2 hari kumpau, hilang giggil... |
Species : Toman @ Giant Snakehead (1st catch)
Rod : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel :
Shimano_Sahara 500FE
Line : Sufix_Super 21 FC Fluorocarbon, 4 lbs
Lure : Eupro_K2 LP55SK
|
Berkali2 gak cuba kacau, hanya seekor nie yang memberi kerjasama. Yang seekor nie cam terpisah jauh sikit dari kumpulan baby Toman tu. Mungkin asyik mengejar lure agaknya. |
2, 3 kali gak kelibat meluru & cuba menyambar lure aku. Cast lagi kali ini aku perlahankan gerak twitch & pause jap. Memang membuahkan hasil. Sambaran kemas terasa asyik... |
Species : Toman @ Giant Snakehead (2nd catch)
Rod : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel :
Shimano_Sahara 500FE
Line : Sufix_Super 21 FC Fluorocarbon, 4 lbs
Lure : Bossna_Sexy SXY60F
|
LURE(S) OF THE DAY
No comments:
Post a Comment