"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

25 May 2016

Riveria Strike 03/2016: Selunsong / Siakap (Barramundi)



Tarikh  : 21/05/2016 (Sabtu)
Lokasi : Riveria (RR), Kuching - Samarahan Expressway
Masa   : 6.15am - 1.30pm



Tiada perancangan awal cast hari ini, cam biasa aku tunggu last minute atau D-day. Balik kerja petang semalam aku bagitau Mem nak cast pagi esok jika cuaca ok. Kalau hujan lebat aku tukar ke hari Ahad. Maklumlah kebelakangan ini cuaca memang susah nak diramal. Pagi2 lagi boleh hujan lebat.

Seawal 6.00 pagi aku bertolak ke Riveria. Seminggu 2 lepas aku main kat “Taman Larangan”, sekejap sangat masa yang ada & kadang2 tak sempat nak ke Riveria. Kali ini aku decided  nak cast lama sikit kat situ.



 

Untuk setting Ultralight Finesse (ULF), aku menggunakan kombinasi yang dah menjadi peberet aku sekarang nie.

 


Bagi memulakan acara, beberapa spot wajib dicuba. Namun tiada apa2. Aku peratikan tiada tanda2 frenzzy dari penghuni dasar. Lebih kurang lepas 45 menet, aku beralih kat spot nie pulak.




Selepas beberapa kali cast, aku try lak berdekatan dinding sisi pintu gate air kolam nie. Cast pertama ke hujung aku biarkan lure sampai dasar. Pastu aku retrieve slow, continues tanpa henti. Masih belum ada apa2 berlaku. 

Aku cast sekali lagi kat spot yang sama. Kali ini aku biarkan lure sampai dasar. Pastu aku retrieve sedang2 laju sambil jerk secara serentak & pause jap 3 saat pada retrieve ke-6 atau 7 gitu, sambung retrieve... Sampai kat tengah2, tetiba drag aku menjerit dengan pecutan, strike & fish on!





Aku hook-up (sentap) beberapa kali sambil ibu jari memberi tekanan pada spool (sebab drag aku memang tak nak kunci kuat) bagi memastikan hook aku tu menebusi mulut. Maklumlah, set halus mulus… Pecutan demi pecutan ganas dibuat hingga rod Kuying Teton 2-4lb aku didera & dipaksa beraksi habis2an.

Namun kelibat si perlaku masih belum dikenal pasti. Nak kat Selunsong, tiada aksi akrobatik. Mungkin kah spesis lain seperti Jenahak, Umpak yg pernah aku dapat suatu ketika dulu?





Beberapa kali jugak aku rasa macam dah terlepas bila pecutan yang dibuat tiba2 berhenti & tali seperti kendur. Bila ku retrieve & tali kembali tegang, tetiba berlaku lagi pecutan. Sangat saspen! 

Kemudian setelah beliau cam letih baru nampak jelas angkara siapa yang memainkan jiwa & perasaan aku tadi – Selunsong (Siakap / Barrmundi)! Namun perlawanan masih belum berakhir seperti yang ku jangka. Pecutan padu yang mendebarkan beberapa kali, ku layan seadanya.





Sehingga akhirnya beliau menyerah tewas, rela & pasrah, aku tersenyum puas! Boleh tahan jugak semangat juang Selunsong kali ini.





Species: Selunsong / Siakap / Barramundi (47cm, 1.41kg)
Rod       : Kuying _Teton, 2-4 lb
Reel      : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line      : Special Line x4_4 lb
Leader  : Yamatoyo_Fluoro Shock Leader, 8 lb
Lure      : Cultiva_Rick Kick Tail
Jighead: Surecatch_Size 1/8, Hook 1H
Status  : C&R





Close-up. Baik punya hook sangkut.





Close-up. Jighead kegemaran aku jugak nie. Tiada lagi hook kangkang dengan mudah… setakat ini lah.





47cm panjang dengan berat 1.41kg, masih lagi belum dapat memecah Rekod Peribadi aku setahun yang lalu iaitu 49cm, 1.43kg. Sikit jer perbezaan. Bila agaknya nak merasa strike saiz megatron… Hrmmmmm.





Masa aku nak buat sesi fotografi tu, datang lah sebuah van dengan 3 orang di dalam nya. Aku tahu geng nie, geng membottom. Melihat aku selfie dengan Selunsong, diorang pun keluarkan set bottom & tanpa sebarang teguran, senyuman, terus diorang pancing lurus ke hadapan. Kurang asam boi betul! 

Terus terbantut plan aku nak try cast lagi kat situ (kebiasaan nya kalau Selunsong tu tak besar sangat, mesti ada geng nya berdekatan memburu bersama). Takkan diorang pancing kat tengah & aku pulak melintang cast kat tempat tu. Mengalah jugak aku, berpindah cast kat tempat lain dulu.





Menjelang tengah hari, masih belum dapat apa2 lagi. Kepanasan yang aku rasa memaksa aku untuk berbaring, rehat2 jap & lunch di bawah teduhan pepohon rendang. Geng bottom tadi pun masih gak pancing kat situ.





Lebih kurang 30 menet, baru aku tengok geng bottom tadi kemas2 barang & chow. Aku biarkan kat tempat tu untuk “tempoh bertenang”. Bila aku rasa cukup masa, aku sambung balik cast kat situ. Tiada lagi strike

Aku lihat jam dah hampir pukul 1.30pm. Cukuplah dulu cast kat Riveria nie. Pasni aku plan layan HCG kat area sawah padi pulak (kumpau lak layan HCG Snakehead yang terpaksa berhenti awal disebabkan hujan mula lebat).







 LURE(S) OF THE DAY

Tidak mengecewakan dari segi performance. Cuma ketahanan untuk tidak "koyak" tu ada kureng sikit namun masih boleh dimaafkan. Aku suka. Bayangkan kalau material nya dari brand Z-man yang yang buat. Tentu perghhhhhhhh...!






 

23 May 2016

Snakehead Report (4th weeks of May 2016)


Tarikh  : 19/05/2016 (Khamis)
Lokasi : Sekitar Kota Samarahan, Sarawak
Masa   : 5.40pm - 6.45pm




Salam ols… Faktor kumpau menyebabkan blog nie tak update. Lama gak aku kumpau kali ini. Faktor utama disebabkan rabut & masa cast pendek kerana ada komitmen lain kebelakangan ini. “Vibrate” tak payah nak cakap. Jadi tukang Like status FB kawan2 jerlah jawapnya.

Syukur kali ini reda gak vibrate tu dengan tangkapan Snakehead. Memandangkan kebelakangan nie asyik hujan (dah tak menentu), port peberet aku di Samarahan pun dah semakin ditutup teratai & keladi bunting, so aku turun bawak set Medium Heavy untuk main Heavy Cover.





Sebahagian kawasan yang semakin ditutup keladi bunting & rumput2 yang menjalar. Air yang besar melimpah lepas hujan lebat pagi ke petang.  

Cast ku dipangkal2 keladi & “pocket” tidak ada respone. Ketika retrieve kat tengah2, tetiba lure aku “hilang” disambar. Biar 3 saat dulu dibawak lari kemudian baru aku sentap & fish on…






Alhamdulillah… Tangkapan pertama setelah kumpau berpanjangan. Selain dari nak hilangkan vibrate, aku plan nak tapau seekor buat sup. Namun saiz camgine tak sesuai bagi aku. So, aku C&R…





Species: Haruan @ Common Snakehead (1st catch) 
Rod      : Expert Graphite_Carbon Cube, 10-20 lb 
Reel     : Kuying_Tornado 101  v2.0
Line     : Tri-Poseidon PE x4_30 lb 
Leader: Main Line to Bangkok Hooker Twist
Lure    : SureCatch_Tiny Frog
Status : C&R



 

Leader yang aku gunakan adahlah Line 30lb tu (Main Line) yang dibuat menjadi leader (30lb -60lb-120lb, 3 peringkat jadinya bila dah siap), hasil perkongsian sahabat FB, mendownloadnya dari youtube. Bangkok Hooker Twist namanya.  

Kalau korang cari dalam youtube nama Bangkok Hooker Twist tu grenti lain yang keluar. Kihkihkih... Biasanya untuk heavy cover diorang guna ikatan Bimini Knot. Tapi bagi aku senang lagi nak buat ikatan Bangkok Hooker Twist.






Setelah beberapa kali aku cast & tiada sambutan, aku bertukar kat port wajib ditry lak. Sampai kat sini aku cuba kat tempat yang berumput tebal & bersamai. Nothing happened. Kemudian aku berpusing kat depan lak. Kelihatan anak2 Snakehead bermain berdekatan tebing  jauh sikit dari tempat aku berdiri. Hrmmmmmmm… Mesti korang dapat meramal action seterusnya. Hahaha… 

2 3 kali aku kacau kat kawanan anak Snakehead tu namun tiada “gangguan”. Kali ke-4 aku cast diluar kawasan anak2 Snakehead tu bermain & satu sergapan ganas dari bawah membenam lure aku ke bawah. 1… 2… 3! Aku sentap kuat2 terus strike. Fish on ke-2, kali ini sang mama kuat melawan!





Wohoooo… Berjaya dinaikan! Sang mama yang membuat adrenaline aku kencang. Kebanyakan camgini lah purata saiz mama kat sini. Payah dah nak cari saiz 1kg ke atas. Yang nie pun aku rasa cam 1kg. Takpun hampir2 1kg. 





Species: Haruan @ Common Snakehead (2nd catch) 
Rod      : Expert Graphite_Carbon Cube, 10-20 lb 
Reel     : Kuying_Tornado 101  v2.0
Line     : Tri-Poseidon PE x4_30 lb 
Leader: Main Line to Bangkok Hooker Twist
Lure    : SureCatch_Tiny Frog
Status : C&R






Tak jadi gak aku nak tapau buat sup sebab banyak babies dia tadi. Kalau ekot dah ngam sangat saiz tapau nie. Nasib ko baik kali nie...







Masa tengah cast, wassap dari kenalan melalui FB - Pete Jang tengah OTW nak join. Dia yang dulu cast sebenarnya tapi kat port lain. Sesat jap, pastu baru jumpa. Sekejap jer dapat komplot bersama memandangkan hari semakin gelap. Next time bro kita komplot full time.




Semakin mengheavy cover dah port permainan aku nie. Mau taknya wajib ada 1 set HCG...







   LURE(S) OF THE DAY