"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

18 April 2016

Riveria Strike 02/2016: Tilapia - Foul Hooked


Tarikh  : 16/04/2016 (Sabtu)
Lokasi : Riveria (RR), Kuching - Samarahan Expressway
Masa  : 6.15am - 3.30pm




Ketibaan aku seawal pagi di Riveria di sambut boiling yang havoc dari sang Tarpoon & Bandang! (camna aku tahu? Perbezaan sirip Tarpon & Bandang ketika mengambil napas / memburu mangsa di atas permukaan air). Memang terkejut aku tengok sambutan kali ini.

Tapi yang menyakitkan hati, pelbagai lure dari SP, Spoon, Hard lure hatta paling killer - Clouser, pun takde sambutan! Hanya sekali sekali patukan kecil jer. Paling dekat hook murahan jig head kaler merah yang aku gunakan untuk main UL & Finesses kangkang (lembut sangat hook jenis nie. Taknak pakai lagilah pasnie). Aku rasa Bandang yang punya angkara berdasarkan pecutan turbonya. Memandangkan tiada strike yang hooked-up, aku berpindah kat spot lain pulak...





Kat hujung teluk seblah kiri sekali (nampak sikit dalam pic), aku rabut disebabkan leader putus ketika melayan strike! Ada kemungkinan terkena kat bahagian tajam pipi Selunsong (teori aku lah buat penyedap hati yang tengan frust!). Kemudian aku beralih kat spot nie... Kat depan tulah sang Talapia berenang dengan rileks tanpa ada tekanan. Mulanya aku gunakan sp kecik. Tiada sambutan. Kemudian aku tukar teknik dengan Baitfly pakai clouser. Pun masih tiada respon. Aku tukar kecik lagi pakai umpan fly, hoh... sombong! Tapi beliau masih lagi main dekat2 jer tunjuk samseng! Panas ati aku beb! Terus aku teringat teknik kazen aku dalam memancing Belanak... Aku biarkan lure & tali melintang lalu kat tepi badannya kemudian aku "Rumbak" kata Orang Sarawak (errr... Sentap kuat2), terus sangkut kat sirip bawah. Apa lagi, terkejut beliau...





Fight yang berat sebelah. Beliau pecut & u-turn balik kat bawah2 akar rumput (nak guna talian hayat lah tu!). Silap ko beb! Teton 3-8 lb yang aku gunakan sungguh liat walaupun melentuk maut! Setelah berhempas-pulas main kejar2 & sembunyi2, akhirnya beliau kepenatan. Aku tarik ke tepi & terus aku lip grip rileks2 jer. Hambik ko eksen sangat! Sungguh kasar saiz Tilapia nie.





Species: Tilapia
Rod     : Kuying _Teton, 3-8 lb 
Reel    : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line    : Tri-Poseidon PE x4_8 lb
Leader: Yamatoyo_Fluoro Shock Leader, 16 lb 
Lure    : Ikan Toman_Fly Hook Set C
Status: C&R





Strike yang Foul Hooked (istilah yang digunakan bila ikan tak makan lure @ lure tak sangkut dalam mulut ikan) kat sirip bawah. Walaupun Foul Hooked, kira lesen gak nie. 1st time aku dapat Tilapia. Masa fight tu berat nya macam 2 kali ganda jadinya! Lepas sesi fotografi, aku lepaskan semula kat habitatnya. Next time tiada maaf bagi mu! Hahaha... Puas ati aku!







  LURE(S) OF THE DAY

Aku gunakan set-up Baitfly/Spinfly untuk rigging lure jenis camgini.






TIP(s)

Camnilah cara set-up ragging Baitfly (bila guna baitcast (bc) - baitfly, bila guna spinning - spinfly) guna yang sering aku gunakan. Kat sebelah kiri tu (bulatan kuning) aku gunakan pemberat jenis Swivel Sinker. Panjang leader lebih kurang 2 kaki (atau lebih sikit), diikat pada Clouser / Fly (bulatan merah) tadi. Kalau rasa malas nak bukak ikat lure lain, aku gunakan 2 leader. Satu leader cam biasa yang dikat pada klip. Kemudian Baru aku pasang pemberat beserta leader ke-2 tu pada klip tadi.




Aku gunakan Swivel Sinker dar jenama Kase nie.










 

14 April 2016

Snakehead Report (2nd weeks of April 2016) - Sri Aman


Tarikh: 07/04/2016 (Khamis)
Lokasi: Sri Aman
Masa  : 6.00pm - 6.45pm




Part 1

Kesempatan bertugas out station kali ini di Sri Aman digunakan sebaik2nya cam biasa. Member2 kenalan dari FB dikontek untuk komplot bersama. Agak lewat bertolak & sampai di Sri Aman. Pun begitu, seorang member baru, Asyraaf Kay @ Kairul sudi membawa aku komplot bersama. 1st time aku cast di Sri Aman nie & aku tak tahu kat mana port di Sri Aman...

 


Kali ini aku bawak 1 rod sahaja - Rod Storm Solitude. Rod 4 pcs Medium Light nie biasanya "duduk di bangku simpanan" bila aku out station. Kali ini jadi "Permain Utama" lak.





Walaupun pertama kali bertemu, never estimate the power of brotherhood in fishing.
Makseh Asyraaf Kay @ Kairul yang sudi bawak aku komplot & share port di sekitar Sri Aman.





Kitaorang main kat port yang dekat2 jer & salah satu port heaven nie menurut Khairul. Tapi sayang, kesan penggalian masih kira baru gak. Teratai pun takde. So, kuranglah sambutan dari penghuni kat sini...





Setelah berpindah port kat parit yang bertentangan, akhirnya selaku tuan rumah, Khairul merasmi dengan strike snakehead curut2 remaja.





Aku pun berpindah kat parit seberang gak. Air kat parit nie ok sikit (hitam berbanding parit yang sebelumnya hitam keruh). Beberapa kali cast, ada miskol & rabut seekor. Aku biarkan dulu & cast kat spot lain. Kemudian aku cast balik kat lokasi kejadian...





... dan strike curut2 remaja jugak. Akhirnya lesen pertama aku main away di Sri Aman. Fiuhhhh... nasib baik tak kumpau! Hahaha...





Species: Haruan @ Common Snakehead 
Rod: Storm_Solitude, 6-12 lb
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader: Poseidon 100% Fluorocarbon_20 lb
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Ayakkkk... cedera parah. Aku lupa lipat / buang duri kat hook seperti yang biasa aku buat. Froggy baru rupanya dalam tackle box aku. Sorry aaa...





Setelah kureng sambutan aku tukar pulak port kembali ke parit pertama tadi. Sehingga hari beransur gelap, tiada lagi sambaran. Masing2 strike seekor sahaja snakehead dalam masa & waktu yang singkat ini. Yang penting, hilang gak "vibrate" tangan aku... Kihkihkih!







  LURE(S) OF THE DAY











Tarikh: 08/04/2016 (Jumaat)
Lokasi: Sri Aman
Masa  : 5.30pm - 6.45pm




Part 2

Hari ke-2 aku out station di Sri Aman & merupakan hari terakhir masa terluang yang aku ada sebelum bz sepenuhnya pagi esok. Memandangkan Khairul bertugas petang ini, seorang lagi kenalan baru FB, Azizul Suhaili @ Zul pulak sudi membawak aku komplot. Hoh, inilah dikatakan "kita caster adalah bersaudara"... 1 semangat & sikap tolong-menolong dikalangan para caster. TQ bro atas kesudian membawa aku komplot.





Kali ini Zul membawa aku kat port Temudok. Rupanya di sebalik lembah nie ada port snakehead. Baru aku tahu...





Wahhhh... Kagum aku tengok port nie. Banyak gak snakehead dah didaratkan kat sini, kata Zul.





Snap2 view dulu...





Snap kat sebelah nie pulak.





Berkali-kali gak cast dah. Namun kali ini kebanyakan snakehead malu2 pulak nak memunculkan diri. Pun masih kedengaran "letupan2" kat kawasan yang jauh di luar radar. Hoh, main jauh rupanya... Kemudian kitaorang berpindah spot setelah kelihatan dari kejauhan beberapa orang caster strike. Hoh, takleh jadi nie!





Akhirnya Tuan Rumah strike dulu dengan saiz curut2 manja, lagi... maka otomatik beliau terselamat dari kumpau! Hahaha... Kat kawasan sekitar nie pun dah ada 2 3 orang caster sebenarnya. Kami berdua cast kat kawasan yang sempit




Adalah jugak beberapa kali miskol dari saiz curutron. Namun akhirnya terselamat jugak aku dari kumpau. Yang nie beliau ambush dari bawah kawasan bersamai dalam 10 meter jer dari tempat aku cast. Ambush yang membawa padah kepada beliau sendiri! Hahaha...





Species: Haruan @ Common Snakehead 
Rod: Storm_Solitude, 6-12 lb
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader: Poseidon 100% Fluorocarbon_20 lb
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R




Tempat yang sempit lagi mengheavy cover. Sib baik aku tak bawak rod untuk HCG! Kalau tak, fuhhh... memang sampai ke ceruk2 kayu2 mati, berumput & samai tebal tu aku cast.... Setelah lama cast, tiada lagi sambutan. Nampaknya sampai di sini sahaja komplot aku bersama2 geng dari Sri Aman. Sehingga berkomplot lagi di masa hadapan, insyaallah...








   LURE(S) OF THE DAY










 

11 April 2016

Riveria Strike 01/2016: Selunsong / Siakap (Barramundi)


Tarikh: 03/04/2016 (Ahad)
Lokasi: Riveria (RR), Kuching - Samarahan Expressway
Masa  : 6.15am - 3.15pm




Kali ini sambungan dari report yang lepas - Sesi pagi pulak. Cam biasa, seawal 6 pagi aku bergerak ke port RR - Riveria. Minggu lepas ada gak aku terjah, rabut & hanya sempat merasa 5 saat jer fight. So kali ini aku bersemangat sikit untuk mencuba lagi. Lama gak dah aku tak strike kat RR nie. Kali ini aku masih menggunakan set UL & Fineese.

Kat area pertama baling tiada apa2 yang berlaku. Selepas 15 menet tiada apa2 perubahan & miskol, aku berpindah kat area lain lak. Kat sini sekali baling aku biarkan lure sampai ke dasar dulu. Pastu aku mula retrive sedang2 laju, tetiba sesuatu menyambar & melarikan lure aku dengan pecutan manja2...



... dan ternyata fish on & strike & aktiviti melayan bermula. Pada mulanya masih belum kelihatan spesis apa yang menyambar. Kemudian aku capai kamera phone & snap pic nie (payah wei nak snap dengan tangan kiri!). Baru aku nampak kelibat empunya badan... Selunsong! Aku dah mula tersenyum. Lama gak aku dah tak strike Selunsong. Aku terus kawal pergerakan Selunsong nie. Drag memang aku tak kunci ketat. Aku biar spool BC tu dapat bergerak sedikit jika ditarik ikan.





Memang main tarik tali beb! Beliau tarik, aku biarkan tali keluar sambil2 mengontrol tali tersebut dengan ibu jari. Bila beliau berhenti, aku retrive pulak. Berulang2 proses nie. Kena tenang & sabar bila menggunakan set halus camgini. Setelah 2 3 kali beliau membuat aksi akrobatik & keletihan, pelan2 aku tarik ke tepi tebing dengan hati2 sebab anytime beliau boleh membuat aksi durjana dengan sisa2 terakhir napas & kekuatan beliau. Part nie korang kena alert! Yes, akhirnya berjaya didaratkan. Alhamdulillah.





Species: Selunsong / Siakap (Barramundi)
Rod: Kuying _Teton, 2-4 lb 
Reel: Daiwa_Alphas 103L
Line: Special Line x4_4 lb 
Leader: Yamatoyo_Fluoro Shock Leader, 8 lb 
Lure: Cultiva_Ring Kick Tail
Status: Tapau for family





Cantik hook-up kat depan mulut. Kalau kat sisi mulut bahaya sebab dekat dengan pipi beliau yang tajam!





Selunsong nie antara kegemaran anak aku. Baru merasa lauk Grade A lagi. Syukur alhamdulillah.





Hoh, hampir sekilo beb!. Cakap pun tak guna kalau layan dengan set UL & Finesse! Lentok abis rod. Nikmat fight casting & nikmat lauk.





Dalam tengah hari gitu aku rehat jap kat Petronas. Lepas selesai beberapa urusan. Aku kembali lagi. Cuaca cerah hanya sebentar. Kemudian mula bertukar jadi hujan. Aku terus cast jugak dalam hujan renyai2, namun masih kumpau. Hingga bila kedengaran bunyi kilat, baru aku stop sepenuhnya & berpindah ke port DI...







 LURE(S) OF THE DAY

Kecik tapi superb! Hanya bersaiz 2 inci.





TIP(s)

Nie antara cara untuk menangkap Tarpoon, Selunsong & lain2 jika menggunakan jig head camgini. Peratikan kat hujung hook tu, bengkok kan? Ya, memang sengaja dibengkok keluar sedikit bagi memudahkan hook-up.










05 April 2016

Snakehead Report (1st week of April 2016) / Desa Ilmu Strike 04/2016


Tarikh: 03/04/2016 (Ahad)
Lokasi: Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan
Masa  : 4.00pm - 6.30pm



Ada 2 sesi aku cast hari nie iaitu sesi pagi & petang. Kedua2nya strike. Aku mulakan report untuk sesi petang dahulu. Kali ini untuk memenuhi permintaan member FB, Bang IcanBrich - saintifik nick beliau & EE XXL - bagi membezakan sorang lagi member aku EE gak nick dia. Hahaha..., yang teringin komplot di DI. Aku ok jer. Sambil2 tu bolehlah aku target Tarpoon lagi. Buat masa nie aku masih menggunakan set UL & Fineese. Syok gak pakai bila dah serasi.




Kali nie cuaca nak mendung & angin agak kuat. Setelah 3 kali miskol (Tarpoon aku rasa) kat port strike Tarpoon tempohari, kitaorang beralih kat depan nie jer. Melihat kelibat Tarpoon mengambil napas, terus aku cast kat situ...





Tengah asyik retrive, nampak satu kelibat 'remaja' (yang pada mulanya aku sangka Tarpoon) meluru keluar terus menyambar lure aku & memecut selaju cahaya lari kat bawah rumput tu. Setelah agak lama cuba menarik keluar aku rasa memang Toman punya perangai nie.





Jangan tertipu melihat rumput nie. Bawah tu mau takat pinggan gak tenggelam jika salah pijak. Kat tempat camgine lah habitat Toman / Tarpoon dan lain2 bersembunyi untuk mengawan / ambush & macam2 lagi aktiviti sosial berjemaah.





Sempat jugak EE XXL menyenap pic aku tengah memujuk baby Toman tu keluar tapi degil betul beliau. Kuat betul beliau memeluk akar2 rumput kat bawah tu.





Bang IcanBrich melihat aku yang terkial2 cuba menarik keluar baby Toman tersebut, membawa buluh & terus memulakan aktiviti menjolok dalam rumput tu. Perghhhh... masih degil!




Bila dah dapat ditarik sikit, rupanya baby Toman tu "berselimut" baik punya dengan akar2 rumput. Rasa fight Heavy Cover pulak jadinya. *Note: Abaikan perut aku tu. Baju tu ditiup angin. Bukan Boroi hokey! Ilusi semata2... Teruskan melihat rod Kuying Teton 2-4lb yang melentok tu lagi berfaedah!*
 



Akhirnya, kerjasama yang membuahkan hasil. Bejaya jugak baby Toman tu didaratkan setelah penat lelah memujuk-rayu. *Hah, tengok, mana ada perut aku boroi ;p*





Species: Toman @ Giant Snakehead 
Rod: Kuying _Teton, 2-4 lb 
Reel: Daiwa_Alphas 103L
Line: Special Line x4_4 lb 
Leader: Yamatoyo_Fluoro Shock Leader, 8 lb 
Lure: Cultiva_Ring Kick Tail
Status: Take away... Bagi kat Bang IcanBrich. Diorang plan nak menternak.






Bersemangat & bermotibasi... Bang IcanBrich berusaha cast hingga ke titisan peluh yang terakhir.





.... dan rehat selepas habis titisan peluh terakhir keluar. Hahaha... Yang berdiri tu Legen of the Deep Blue Sea - Ronney. Geng Jigging tu!





EE XXL... Posing manja2 ayu buat korang.





Most of us; "Kita berkenalan dalam muka buku...". Satu kepuasan & keseronokan bila akhirnya dapat berjumpa & komplot sama2.









 LURE(S) OF THE DAY

Kegemaran Toman jugak rupanya...