"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

25 April 2017

Snakehead Report (4th weeks of April 2017)


Tarikh  : 22/04/2017 (Sabtu)
Lokasi : Sekitar Kuching / Samarahan
Masa  : 06.45am - 3.30pm




Pagi aku mulakan cast kat tempat wajib - Riveria. Sunyi pagi nie. Tiada tanda2 Tarpon bermain kat permukaan air. Cast punya cast kat satu selekoh, sangkut pulak lure aku kat jaring! Kurang asam boi. Dahlah tak nampak jaring kat situ... Masa aku tarik2 cuba selamatkan lure, ada lah sorang mamat nie yang aku rasa pekerja binaan berdekatan dok perati & aku rasa dia yang punya jaring tu.

Dia: "Abang ada umpan lain?"
Aku: "Ada."
Dia: "Pakai umpan lain bang. Kalau tarik nanti beralih jaring, Marah Orang Punya."
Aku: (Dalam geram sambil menarik2, aku cakap), "Mahal seekor tu!" 
(Bukan berlagak, aku akan cuba selamatkan lure seadanya terlebih dahulu. Kalau dah tak dapat & putus, barulah aku gunakan lure lain. Selagi dapat diselamat... Diam sekejap dia).
Dia: "Eh, ikan ka tu?" (bila aku tarik jaring, terangkat & ternampak seekor Tarpon sangkut kat jaring).
Aku: "Aha, Ikan Bulan."
Dia: (Terus dia turun meredah ambil ikan sambil cakap;) "Ikan orang nie..."
Aku: (Iye ke orang punya, ke ko yang punya?!) "Ko bukak sekali umpan aku tu." (Bejaya dibebaskan)
"Terima kasih ya. Ko angkat sikit ikan tu, aku nak snap gambar."  



 
Bila nampak ikan sangkut kat jaring tu, cepat jer ko melangkah...





Betul ke ikan & jaring orang lain punya? Dah tu apakejadhanya ko sebok bukak? Hrmmm... Apa2pun terima kasih lah sebab rescue lure aku.




Pastu bila dah lama kumpau, aku terjah ke Tambak Bako pulak... Rabut beb! Bukan rezeki aku. Putus mono bergesel dengan batu. Bukan MJ atau Selunsong (Siakap), tapi teori aku rasa Ketutu (sebab dia tak bawak keluar dari tempat kena tu, leh tahan gak kuat dia main tarik-tali dengan aku). 

Bila air dah semakin tinggi pasang, aku plan main kat Semarahan jer cari Snakehead. Time nie tetiba lak kepala aku rasa penin berdenyut2. Boring betul bila time cast kena camgini. Terpaksa aku gi lunch dulu sambil berehat2 untuk mengurangkan rasa pening.

  


Mulanya aku gunakan lure Ey Soft Lure Frog, rabut, kemudian sangkut & putus (ada sambaran ganas berlaku). Pastu aku tukar pakai sp Berkely Power Grub lak.

 


Tak banyak cerita, terus disambar lagi & kali ini aku hooked-up sekuat hati. Nah, dapat pun kau...


 

Species : Haruan @ Common Snakehead (1st catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Caenan
Line      : Tomman_Tali Hantu (mono), 20 lb 
Lure     : Berkley_PowerBait Power Grub
Status  : C&R





Sekali lagi aku ingatkan korang, must have in tackle box sp camgini tak kira brand apa yang korang minat... Always serba guna in any conditions!





Dari jauh aku lihat awan mendung semakin berarak menghampiri beserta bunyi guruh... Kena pendekkan masa cast nie. Lagipun kepala aku masih lagi pening2. Tak selesa betul nak cast.





Kecik tapi ganas melawan. Tangkapan kedua berjaya dinaikan.
  




LURE(S) OF THE DAY

 









 

21 April 2017

Snakehead Report (3rd weeks of April 2017)


Tarikh  : 16/04/2017 (Ahad)
Lokasi : Sekitar Lundu
Masa  : 08.00am - 2.00pm




Dah 4 hari nie aku batuk, selsema + demam. Dalam kesejukan badan & hingus yang melilih, kugagahi jua untuk cast. Misi solo hari nie aku ke Belungei, Lundu untuk mencari lauk grade A. Hari dah ok, paras air dah ok tapi ikan lak tak memberi kerjasama! Menurut member aku, semalam hujan lebat. Aku rasa air sejok sangat kot...

Last2 OTW nak balik tu aku terpandang parit bedepan dengan kawasan perumahan. Kalau bawak laju kompom tak perasan parit kat situ. Apa lagi, park kereta kat tepi, terjah & cast mencuba nasib mencari yang sudi.





Bedepan dengan kawasan perumahan. Rumah member aku gak kat situ. Walaupun nampak "meloyakan" bagi rakyat jelata biasa, namun "lazat & nikmat" bagi mereka yang "tegar"...





Walaupun tak berapa panjang kawasan yang boleh dicast (sebab kat part lain dah ditumbuhi rumput & lalang), tak rugi untuk check it out!





Beberapa kali cast kat lokasi yang berpotensi, namun tiada sambutan. Cast lagi kat hujung belah kanan, retrived pelan2 sikit, terus sesuatu meluru keluar & membuat sambaran. Sambaran pertama, miss. Namun beliau terus memfollow laju dan membuat sambaran ke-2...





... kemas sambaran beliau kali ini. Aku sentap kuat & fish on!





Yes, selamat dari kumpau. Jauh gak perjalanan nak dapat seekor nie. Saiz remaja namun kuat melawan. Solid hooked-up tu. Habis ditelan!





Species : Haruan @ Common Snakehead
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Caenan
Line      : Tomman_Tali Hantu (mono), 20 lb 
Lure     : Ey_Soft Lure Frog
Status  : C&R





Jahat sungguh! Tak nak lepaskan...








 LURE(S) OF THE DAY

Handmade by local lure maker. EY Soft Lure Frog.
  







 

10 April 2017

Casting Land Base


Tarikh  : 09/04/2017 (Ahad)
Lokasi : Sekitar Kuching
Masa  : 07.30am - 5.00pm




Pagi nie terpaksa hantar anak aku ke sekolah kerana ada program khas yang akan bermula jam 7.30 pagi. Maka lambatlah aku start cast hari nie, something that I hate! Time is everything for weekend angler like me.

Sampai kat port "wajib" - Riveria, aku tengok ada sorang bro tengah membottom. Aku tegur2lah tanya dah dapat ke belom. Belom katanya. Bro nie aku selalu jumpa dia kat sini hari Ahad. Selalu dia yang datang awal.

Dah pukul 10 pagi pun takde miskol dari penghuni dasar. Akhirnya aku buat keputusan tukar tempat menuju ke Tambak Bako. Kat Tambak Bako nie beberapa kali miskol yang tidak berhasil dengan sebarang strike. Belum lagi rejeki aku kat sini. Kemudian aku berpindah tempat lagi...




Port kali ini dikenali oleh caster tempatan sebagai Rengit - Sungai Rengit. Rengit nie kalau tak silap aku sama dengan Agas. Menatang yang kecik2 suka gigit tu... Memang asyik menggaru jer kalau cast kat sini. Tak kira tengah hari pun ia ada jugak! Kelihatan masterji2 otai tengah casting. Meriah pulak kali ini.





Aku sampai kat sini air dah mula nak pasang. Sebelum tu nampaklah jugak "sesuatu" mengejar udang hingga mereka mengeluarkan hikmat belari atas air. Sah kat bawah tu ada predator... Aku cast sejauh yang boleh & aku karau pelan2...





Setelah mengulang proses tersebut untuk kali ke seratus belas, baru terasa sambaran yang tak ganas. "Hrmmm... baby!", kata aku dalam hati. Semakin dekat memang sah baby. Mulanya aku ingatkan baby MJ, bila dah semakin dekat baru nampak tahi lalat manis kat hujung badan. Baby Tetanda rupanya.





Species : Tetanda @ Fingermark Bream
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Caenan
Line      : Tomman_Tali Hantu (mono), 20 lb 
Lure     : Viper_Soft Shad Minnow
Status  : C&R





Kecik2 pun ganas! Lure saiz 7cm pun dibedal. Sayang bukan saiz Mak Bapak. Hanya seekor nie jer yang strike untuk hari ini. Jadilah buat report blog...




 


 LURE(S) OF THE DAY

Kali ini aku mencuba lure Viper Soft Shad Minnow. Saiz & renangannya boleh tahan. Dapat dirasa getaran ketika diretrived. Cuma berat tu kalau tambah sikit lagi cantik untuk mempercepat tahap singking. Seekor dah terkorban sebab sangkut. Ngapa diorang tak cuba buat weedless jugak erk? Sekurang2nya dapatlah juga diguna untuk kawasan yang banyak halangan. Nampak gayanya mahu dimodifikasi nie. Biar aku buat prototype sendiri nanti. Hehehe...