"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

27 May 2013

Snakehead Report (4th week of May 2013)


Antara 20 - 25/05/2013

Laporan 1 (20/05/2013)

Casting kali ini selepas balik kerja, cam biasa lebih kurang dalam 45 minit untuk menduga spot Belao di sekitar parit yang berpotensi. Beberapa kali jugak rabut & hanya seekor jer yang hook-up. Itu pun masih belum baligh lagi... Kecik2 dah gangster! 


Belao bawah umoq! Kecik2 dah tunjuk perangai....


*FREESTYLE STREET FISHING*




 
Laporan 2 (21/05/2013)

Yang nie pulak seekor Belao bersaiz 29cm di spot yang aku panggil "Roundbout", Kota Samarahan. Agak kering juga dah parit / tali air sawah kat sini. Kemungkinan yang bersaiz kasar tu dah berjaya escape awal2 ke dalam lagi. Belum habis lagi spot ini diterjah. Baru suku jer. Next time cuba servei sampai hujung tu tengok camana...

      Teratai Layu di Tasik Madu... Memang sesuai sangat tempat ambush nie. Jauh ke dalam lagi tu aku belum terjah.


Encik Belao 29cm. Nie jer yang hook-up.


Close-up...


*FREESTYLE STREET FISHING*




 
Laporan 3 (25/05/2013)

Alhamdulillah... berjaya jugak aku cast Belao 1kg, 47cm! Inilah casting Belao aku yang paling besar setakat ini. Walaupun hanya seekor ini sahaja yang hook-up, namun aku cukup berpuas hati. 1st time fight saiz tu! Memang best beb, lebih-lebih lagi bila drag amenista aku dah "uzur" sangat2. 

Di minit2 pertama tu, walaupun drag dah dikunci habis, bergerak gak spool aku tu. "Makan  Rumpai Ali (versi Tongkat Ali), kah beliau dalam tu?" Tanya aku dalam hati, sebab gagah perkasa sangat! Berdebar aku di kala itu wei...! Biasalah hero kalah dulu... Pastu bila beliau dah penat main tarik tali dengan aku, akhirnya surrender jugak beliau! Kemenangan mutlak buat hero. Hahahaha... padan muka ko!

Owh, lokasinya hanya kolam yang terletak dekat kawasan DUN lama (Komplek kata orang Kuching), Petra Jaya. Kat situ ada 4 kolam. 3 di hadapan dan 1 yang paling besar dekat kawasan belakang. Hanya 1 kolam jer yang aku berjaya tawaf sampai habis. Lagi 3 balance time tu tak sempat sebab Thor dah berbunyi membawa awan nano kelabu bergumpul kat situ (tengok hasil kemenangan aku kot???). Mungkin ada yang bertanya ada tak guard jaga kat tempat tu? Setakat yang aku ketahui.... Tarakkkkk!

Snakehead - Channa Striatus / Haruan / Belao 
- 1kg, 47cm

Rod: Shakespeare "Neptune" 8-16 lbs (5'6")
Reel: Shimano "Amenista"
Line: Gladiator 15 lbs
Leader: Cap Ayam 30 lbs
Lure: Storm - Grub 3"


 Yesssss...! 1st time dapat saiz besar camgini! Best fight setakat ini...


 1kg.


 47cm. Pasni target 50cm ke atas...


Close-up...


 Lokasi kejadian... view 1.


 Lokasi kejadian... view 2.


Lokasi kejadian... view 3.


Selamat di Catch, Photo & Release...


"Susuk" misteri (kaler oren). Time nie lure aku masih kat mulut Belao & spare set pancing tertinggal dalam kereta. Arghhhhh... melepas! Agar kasar gak saiz tu, just tak jelas spesis apa. MayB Ikan Koi???


*FREESTYLE STREET FISHING*




 

22 May 2013

Bot Simple Untuk Casting

Salah satu cita-cita aku ialah untuk memiliki bot casting sendiri (walaupun aku belum terrer lagi mengendalikan bot! Insyaallah one day...). Kalau dilihat negara luar gemar menggunakan bot yang ada platform dan mempunyai truster (betul ke namanya???). Walapun kebanyakan diorang prefer casting di tasik, maka sesuai sangatlah jenis bot tersebut digunakan (aku tak tahu camna nak panggil bot jenis tu). 

Kebanyakan kita di Malaysia nie lebih suka pakai bot fiber yang bermuncung tirus tu. Mungkin majoriti caster Malaysia nie lebih kepada sungai. So bot yang digunakan untuk casting di tasik tidak berapa sesuailah.

Point yang aku nak kongsi di sini, kalau akulah kan, aku nak buat jugak bot style Japanese yang ada platform tu. Rasa-rasanya boleh diaplikasikan kat bot local. Nak casting pun senang. Setakat nie belum lagi aku jumpa bot style tu. Yang bermuncung sesudu/ muncung itik ke apa nama dia ada jumpa cuma takde platform jer. Tengok jer gambar kat bawah nie:


 * Nie ha Japanese Style yang aku maksudkan... Simple jer kan. Just tambah platform & truster. Kalau terrer boleh modified lagi tambah platform kat belakang tu. Untuk maksima 2 orang paling ngam.


* Enjin letak kat belakang tak perlu "kuasa kuda"... memadai "kuasa kambing". Bukan nak ke laut pun. Sekadar main kat muara jer cukuplah...


 * Nampak cam selesa jer kan. Sorang2 pun best sangat! Sedangkan aweks nie pun venture sorang2... ;)


 * Tu Truster ke pa ke nama dia?... Nak kena belajar gak semua nie.

 

 Yang nie pulak design omputih pakai. Best gak kan? - Sumber foto internet (tak ingat web).


Ini pun sama gak. Simple & nice... - Sumber foto internet (tak ingat web).




Kalau berkemampuan tu sambarlah yang macam orang kaya gunakan. Cuba tanya Pakcik Google: Bass Treacker Boat. Banyak design kat situ. So, kesimpulannya, "Tepok Poket, Tanyalah Wallet"...


Kalau ekot nombor model tu bot ini hanya 16'panjang & 5' bukak. Tak besar mana tapi memang the best bagi akulah...






20 May 2013

Snakehead Report (3rd week of May 2013)

Antara 13-19/05/2013

Dah 2 minggu nie takde aktiviti casting 'hardcore' (dari pagi sampai petang), kesinambungan dari Misi Mencari Lesen Selunsong aku buat. Bukan apa, hujung minggu semenjak 2menjak nie aku terpaksa pendekkan masa casting atas faktor2 yang tak dapat aku elakkan. Sebab tulah terpaksa cast spot yang dekat2 jer. Pun begitu seperti biasa kalau berkesempatan tu, masa balik kerja aku spend 45 minit melepas gian dan merasa 'karan', kusandarkan harapan pada pengubat rindu - B.E.L.A.O... 

Laporan kali ini pun 5 hari aku kumpau selepas strike belao pertama minggu ke-3 bulan nih, barulah dapat seekor lagi.... Seboleh-bolehnya aku TAK MAU KUMPAU langsung dalam seminggu tu. Kadang-kadang bila dah masok hari ke-6 & still kumpau, dah stat mengiggil seluruh badan. Hari ke-7 mau tak mau, MESTI STRIKE seekor! Apakan daya kita sebagai hambaNya, sekadar mampu merancang & berdoa. Alhamdulillah seingat aku sejak mula2 terjebak casting belao nie paling lama kumpau pun dalam 5 ke 6 hari camtulah. Tak mau kumpau sampai hari ke-7. Tak mau...! Tak mau...! Hehehehe... 

Owh, BTW, semua hasil selamat di C&R...


Nie hasil pertama dalam minggu ke-3 bulan nie. Ada koyak sikit mulut beliau sebab masa nak hook up tu aku tarik kuat sangat & beliau tersangkut kat akar kangkong & teratai! Sorry aaa.... Encik Belao. Harap ko dah sembuh yek... ;p


Hah, Nie pulak hasil ke-2 dalam minggu ke-3. Petang semalam dapat. 32cm jer.


Mencari 40cm ke atas payah betul...! Tapi cam dah jumpa spot tu. Longkang tak jauh dari tempat aku dapat belao nie. Next time aku cuba lagi kat spot tu.


Close-up. Lure Berkley_PowerBait Power Grub putih.



*FREESTYLE STREET FISHING*




 

17 May 2013

Largemouth Bass Ada di Selangor???

Sedang layan Pakcik Google tadi tetiba terjumpa iklan nie dalam www.mudah.my, iaitu LARGEMOUTH BASS di Selangor untuk dijual sebagai ikan hiasan. Wahhhhhh.... banyak syok woooo... inilah antara spesis ikan idaman. Rasa nak bela gak dalam akuariumlah... Jelesnya. Camna nak bawak ikan nie ke Kuching, Sarawak... alive? 

14 May 2013

Snakehead Report (2nd week of May 2013)

Antara 06-12/05/2013

Laporan 1:

Setelah 5 hari berturut-turut kumpau belao, akhirnya di hari yang ke-6, hampir2 menjelang Maghrib maka STRIKE seekor belao ensem 36cm. Hanya ini saja belao yang aku dapat pada hari tersebut. Belao ini sebenarnya pengubat duka lara dikala kumpau. Tapi..... bila dah belao ini pun kumpau, makin berganda-ganda rasa sakit hati woooo.... Hahaha...


 




5 hari berturut-turut kumpau & akhirnya di hari yang ke-6...


2, 3 kali gak rabut kat spot nie...


Encik Belao yang ensem, 36 cm.


 Set-up guna Berke ly SP yang menjadi peberet belao.


*FREESTYLE STREET FISHING*




 
Laporan 2:

Laporan ringkas untuk minggu ini. Casting with my perens sekitar parit Kota Samarahan. Pengubat kumpau....


As with his 1st belao...


 As 2nd belao...


As 3rd belao...(31cm)


This 1 is mine. Hehehe... Caught by me. 1st belao (27cm). 2nd belao sempat terjun dari atas tebing. Beliau malu bergambar agaknya.... :(







 

03 May 2013

Snakehead Report (1st week of May 2013)

Memandangkan casting Snakehead nie dah macam wajib bagi aku, so bermula hari ini aku akan buat laporan casting Snakehead setiap minggu.

Terjumpa pulak aku gambar nie tersimpan dalam folder lain. Sepatutnya aku publishkan hujung bulan April lepas. Patutlah ada rasa missing something untuk report blog aku nie. Rupa2nya tersesat da... 


The best companion di kala mass kumpau! Tq for cheering my day... - C&R



 Small but fun to play with...



*FREESTYLE STREET FISHING*




 

02 May 2013

Misi Mencari LESEN Selunsong_misi 03

Tarikh: Rabu, 01/05/2013
Lokasi: Sekitar Kuching


Memandangkan PRU-13 semakin dekat & mem aku terlibat sebagai kerani pengundi, so aku awalkan hari casting hujung minggu ke cuti Labour Day, masih lagi dalam misi mencari lesen Selunsong & cam biasalah... masih belum dapat lesen! Arghhhhh....

Long story short, aku gi ke lokasi pertama iaitu di Jambatan No.3 nak ke Telaga Air. Sampai kat situ air masih lagi pasang. Walaupun 'banglo' MJ ditenggelami air, namun info dari kawan aku mengatakan hanya apabila air medok (air tak bergerak) baru sesuai casting kat situ. Apa pun cuba jerlah... Agak lama gak aku casting sensorang kat situ sehingga air beransur surut, namun 'mis kol' pun takde. Tukar spot le jawapnya...

 Jambatan No.3...Air masih pasang. Potensi tu macam ada tapi entahlah... susah nak cakap.


 
 Lokasi bertentangan dengan 'banglo' MJ.


Lokasi kedua pulak kat Jambatan No.1 FAC. Sampai kat situ hari dah mula hujan! Terpaksalah aku casting kat bawah jambatan tu sehingga hujan berhenti. Hujan yang lebat sekejap2 agak menggangu casting ku (yang tidak berhasil). Kemudian member aku si Hakim message dia dah kat spot Bandar Baru Semariang. Apa lagi, tukar spotlah...

 Hujan le pulak... menunggu & terus menunggu time cun.


Air yang masih surut di spot 'panas' menyebabkan si Hakim pulak menunjukakan dengan aku spot baru. Nun jauh masuk ke dalam lagi kami berdua ke spot yang dikenali dengan code name: Tekong / Balak. Boleh tahan spot nie. Nasib baik pergi masa air surut. Bolehlah nampak spot yang berpotensi & kat mana mudah sangkut. Sudah rejeki si Hakim, beliau pulak yang mendapat Selunsong 1.29 kg! Tekanannnnn.... Ada jugak sambaran dari MJ tapi tak hook-uplah...
 
 Spot baru - Code name: Tekong / Balak.


 'Banglo' Mewah tu...


Memang sangat2 berpotensi spot nie.


Tu dia Hakim dengan Selunsong 1.29 kg! Pun begitu, dengan murah hatinya beliau memberi ikan tersebut untuk aku. Tq Kim, moga semakin murah rejeki ko nanti...


Hari beransur gelap. Member yang lain mencadangkan agar komplot casting belao/ haruan pulak di lokasi baru yang belum pernah aku kunjungi - CIDB. Tak lama casting sebab hari makin gelap & hasilnya Kumpau dangdut! Till nex time... stay tune!

Kolam CIDB.




Personal Review: A70 TAKEN Bass Fishing Measure Ruler


Akhirnya hari ini aksesori pancing yang aku minta tolong member blogger aku  belikan (thanks bro. http://wanpb.blogspot.com) melalui ebay (RM56.00) telah sampai, iaitu A70 TAKEN Bass Fishing Measure Ruler. Walaupun kalau diikut namanya ruler nie untuk ikan bass, ikan lain pun boleh jugak pakai. Janji dapat menyukat panjang ikan dengan jelas!

23/04/2013 dipos dari Korea, diterima Kastam pada 30/04/2013 dan sampai ke tangan aku pada hari ini 02/05/2013. Seronoknya...

Tapi.... bila aku buka bungkusan tu, terserlah hujung bahagian "L" point ruler tersebut patah. Adusssss.... sayang nya! Teruk gak handlingnya (tak tau dari mana silapnya). Nak dipos balik karang kena bayar shipping. Takpelah, nak buat macam mana kan? Nanti aku gamkan jer oklah tu. Yang penting aku dah dapat apa yang aku idamkan walaupun tak perfect...

Gambar ori dari web ebay tersebut korang leh tanya kat Pakcik Google. Banyak gambar detail kat situ. Antara design fishing measure lure yang tercun bagi akulah...


Ini info dari web tersebut. Nice design kan...




Nie ha aku punya. Baru jer sampai kat tangan aku tadi... Tengok kat box dia, rosak handling...


Dalam bulatan merah tulah hujung "L" point yang patah. Uhuk...uhuk...


"L" point yang patah...


Ngapa "L" point aku nie setengah jer tak penuh macam kat pic kecik tu? Design baru kot???