"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

31 October 2014

ULTRALIGHT (UL) : The Beginning... & Komplot Suai Kenal Rakan Facebook_Miri SIRI 2

Tarikh: 26 & 27/10/2014 (Ahad & Isnin) 
Lokasi: Miri, Sarawak
Masa  : 4.30pm - 6.30pm




26/10/2014 (Ahad)
 
Untuk report blog kali ini aku rangkumkan sekali 2 komplot dalam 1 report di mana komplot pertama aku dan cikgu Zamisma dengan misi menghanyirkan set Ultralight (UL) terbaru aku. Alhamdulillah, berjaya dihanyirkan dengan seekor ikan Bulan.

  
 
Kali ke-2 komplot bersama Cikgu Zamisma.





Port ikan Bulan mengambang. Memang banyak ikan Bulan kat sini & banyak kali gak mis kol tak kemas hook-up.





Ikan Bulan @ Local Tarpon
Rod: Kanicen Nix, Leebass 6' 1-6 lb(KN-Leebass-001)
Reel: Hemingway, SMA1000
Line: Jig Man, 4 lb
Leader: Star Fish Brand, 6 lb
Lure: Kanicen Nix, Elastico, Paddle Shad Tail
Status: Give to uncle in the next picture





Kat uncle tu aku bagi ikan Bulan tadi. Walaupun seekor, misi menghanyir set Ultralight (UL) kira berjaya.





Dari segi prestasi rod ini amat memuaskan. Hanya aku jer yang belum biasa mengurang power sewaktu cast lure di mana lure aku selalu jer overshoot menuju ke atas pokok lah, seberang parit lah & macam2 lagi umpama orang yang baru nak belajar memancing. Maklumlah, sebelum nie pakai bc & cast pun kena kuat. 















27/10/2014 (Isnin)

Selain dari Cikgu Zamisma, aku merancang komplot kali ini (part 2) dengan kenalan FB dari Miri gak yang belum pernah jumpa face to face. Salah seorang daripada geng tersebut merupakan STORM Angler. Nama saintifik beliau ialah Atong Cibuti. Anak tempatan yang mengharumkan nama Miri. Bertuah betul rasanya dapat berkomplot dengan beliau. 

Hanya 1 lokasi yang diterjah. Pun begitu, kawasan tersebut amat luas. Bro Atong pun tak lokek memberi tahu lokasi hot sport ikan Selunsong beliau yang sering bersaiz "wow!".

Kesempatan berkomplot dengan beliau juga aku gunakan untuk belajar & meminta tips yang berguna memandangkan pengalaman beliau yang lebih banyak & lebih dahulu berkecimpung dalam dunia hanyir ini berbanding aku yang baru jer nak "merangkak". Sambil casting, sambil "tusyen". Nasib baik tiada yuran pendaftaran dikenakan beliau. Haha...





Nampak corner kat hujung belah kiri rumah tu? Di sebalik tu lah.





Start berjalan dari hujung dinding putih tu.





Sampai pun... (dari belakang aku) Bro Atong, Cikgu Zamisma & Bro Hipnes





Bro Hipnes yang tengah kosenteret membaca jampi serapah agar ikan Duyong timbul.





Memang mables port nie. Pilih lah kat mana korang nak!





Bro Atong memberi tip cara2 nak kumpau ketahap extreme!





Cikgu Zamisma mengira isipadu air.





Asal penat2 cast takde sambutan, aku selfie. Asal aku selfie, penat2 cast takde sambutan...





Nahhhhh... Hero yang dapat dulu. Kerapu comel pertama.





2nd catch! Kerapu gak...





Pyan yang tetiba keluar dari celah2 timbunan batu, terus cast.





Kerapu ke-3 cikgu kalau tak silap. Ooo... kena pakai baju hampir sama dengan kulit kerapu.





Di akhir majlis, aku kumpau. Miskol kecil jer ada tapi tak hook-up. Menurut bro Atong, keadaan laut kali ini beralun sedikit tidak tenang seperti minggu sebelumnya di mana keadaan tersebut amat digemari Selunsong.





Singgah minum sambil berborak-borak. Inilah peluang aku belajar teori dari pengalaman beliau. Insyaallah, lepas nie banyak Selunsong akan berkawan dengan aku. Puhahaha....





Walaupun aku kumpau, syukur dapat sama2 komplot dengan rakan2 yang selama ini hanya kontek melalui FB. Ada ramai lagi kenalan yang ingin aku komplot bersama tapi disebabkan masa yang tidak sesuai serta dah ada komitmen lain. Insyaallah, next komplot geng!






23 October 2014

Komplot Suai Kenal Rakan Facebook_Miri SIRI 1


Tarikh: 19/10/2014 (Ahad) 
Lokasi: Miri, Sarawak
Masa  : 4.00pm - 6.30pm



Komplot pertama dengan rakan Facebook dari Miri yang menggunakan nick name Zamisma Abu. Merupakan seorang cikgu & seringkali casting bersama anak beliau.  Kesempatan bertugas di luar kawasan aku gunakan untuk merancang rancangan "jahat" bersama beliau. Hahaha...

Walaupun masa yang ada agak terhad, namun komplot yang kumpau ini kira berjaya menemukan aku dengan beliau yang sering berhubung melalui Facebook sahaja sebelum ini.





Kesudian cikgu menjemput & menghantar sekaligus menunjuk port walaupun baru pertama kali berjumpa f2f, amat aku hargai.





1st port. Jangan tak caya port camni sebenarnya port MJ & Bulan!





Bersama si Junior yang mewarisi hobi hanyir ini.





Gabungan mantap. Like father like son...





Berkali-kali miskol tapi tak hook-up.





Perghhhhhh... Port MJ & Bulan. Believe it!





2nd port - Port 968. Also port MJ & Bulan.





Time nie air dah surut...





Walaupun surut, ada sebahagian  kawasan yang masih tinggi airnya. So wajib diTry...





3rd port - Sungai Tukau Putus.





Bawah jambatan kat tiang (tengah sikit) tu memang hot sport.





Dah ada brader yang parking memBottom.





4th port - Sejarahnya port nie berSelunsong suatu ketika dahulu. Kini didominasi oleh MJ & Bulan.




Satu lagi bidang baru dalam dunia pancing yang akan aku ceburi selepas ini - Dunia Ultralight (UL). Terima kasih cikgu sebab souvenior produk tempatan - Kanicen Nix (klik sini untuk link). Lepas set ultraLight aku complete baru aku gunakan yang dalam peket tu. Sayang woooo, baru!





13 October 2014

Snakehead Report (2nd week of October 2014)


Tarikh: 12/10/2014 (Ahad) 
Lokasi: Riveria Kuching - Samarahan Expressway)
Masa  : 6.30am - 4.30pm



Misi sebenar hendak mencari lauk spesel. Tapi tiada rejeki. Hujan lebat semalam dah macam petunjuk untuk kumpau lauk spesel kat Riveria tu. Memang dah beberapa minggu nie asyik kumpau kat situ setiap kali sehari hujan sebelum trip. Apakah memang faktor hujan yang mempengaruhi tahap kemasinan air kat Riveria yang menjerumus kepada tahap selera ikan menjadi kurang? Wallahualam...

Apa2pun, sebagai pengubat kumpau snakehead yang tak disangka pulak sudi menyambar lure kat situ. Walaupun seekor jer, jadilah buat laporan blog....





Main2 jer lempar kat celah2 rumput berair tu & terus disambar si curut. Lapar sangat agaknya.






Snakehead
Rod: Storm "Mojo" (MOC602ML_6-12 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Sufix 832, 15 lb
Leader: Exori "Ultra", 40 lb
Lure: Z-Man "MinnowZ" (Electric Chicken)
Status: C&R




 
Close-up - Tahap kelaparan melampau!







Setelah Riveria tiada sambutan, mencuba nasib lak kat Tambak Bako & Tambak Pending. Pun tidak tertulis jugak rejeki kat situ hari ini. 

Sebelum balik rumah, sempat lagi singgah kat port lepas gian snakehead kat Samarahan, kali ni air melimpah lak. Memang main kat dalam lagilah snakehead tu... Ada sekali dua jer miskol & rabut.  Tu pun saiz curut.

Kemudian datang lak beberapa orang Abang Army siap dengan Katak Ori. Sekali dua tikam terus strike! Aishhhhh... Manalah Katak Palsu nak challenge Katak Ori beb! Balik jer lah...





Dah diclear rumput2 yang tinggi untuk diorang tanam padi. Sampai kat tepi tu dah air melimpah.




 

Lure(s) / Setup of The Day...










07 October 2014

Snakehead Report (1st week of October 2014)


Tarikh: 04/10/2014 (Sabtu) 
Lokasi: Parit Sawah Padi, Kota Samarahan
Masa  : 5.15pm - 6.30pm



Week days cam biasa, tak sempat lak aku nak cast petang lepas balik kerja sebab minggu nie teramatlah bz opis mem aku... Kena stay back (lewat sikit balik). So, hari nie pun opis mem OT lah pulak. Aishhhhhhh.... ketar2 dah tangan nie tak hayun rod!

Lewat petang baru mem balik. Apa lagi aku, kemas ala-kadar & terus pecut kat port lepas gian... Seekor jer berjaya dinaikan. Seekor pun seekorlah... Janji tak kumpau.






Snakehead
Rod: Okuma "Nemesis" (4-10 lb)
Reel: Team Seahawk "Bass" 103
Line: Kirin, 20 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch Tiny Frog "SureBite"
Status: C&R





Close-up.





1 more close-up.






Lure(s) / Setup of The Day...












Tarikh: 05/10/2014 (Ahad) 
Lokasi: Kota Samarahan
Masa  : 4.30pm - 5.30pm



Anak aku lak asyik tagih bila nak bawak casting (aku memang ada cakap dengan dia, only time cuti sekolah baru leh gi casting). Lebih2 lagi lepas beliau "terkaran" strike snakehead tempoh hari. Kihkihkih...

Untuk tidak menghampakan beliau, aku bawak ke port lain lak. Tapi due to hari nak hujan, hanya satu port jer kita orang sempat cast. Walaupun kumpau, Janji Mesti Ditepati!






Asyik cakap "Nie ikan Bah, sikda pun???"





Kadang2 tu memang dia tak fokus pancing. Berkhayal. Kita ajar, dia main2 lak. Hoh, memang menguji tahap kesabaran...