"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

28 December 2015

Snakehead Report (4th weeks of December 2015)


Tarikh: 23/12/2015 (Rabu) 
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan, Sarawak
Masa  : 2.30pm - 4.30pm




Kalau diikutkan, misi aku nak cast Sebarau hari nie (aku cuti bila Mem traveling), tapi apakan daya, kumpau Sebarau & rabut Bujuk lak. Last2 on the way balik aku target misi membalas dendam Snakehead kat sawah padi port biasa aku...




Beberapa area dah diterjah namun tiada miskol. Ini merupakan tempat harapan yang terakhir. Ada beberapa kali miskol. Kemudian aku meredah sedikit air paras betis untuk sampai kat sini.





Sambaran kali ke-2 akhirnya berjaya mencangkuk mata kail kat mulut Snakehead ini.





Species: Haruan @ Common Snakehead (1st catch)
Rod: Viper_Sting (8-17 lb)   
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Omga_Aka 15 lb mono
Leader: -
Lure: EXP_Pekka Frog, 10g
Status: C&R





Pekka Frog yang mempunyai spinner blade berjaya mengoda Snakehead ini keluar dari rumput berair.





Kemudian aku cast jauh lagi dari tempat Snakehead pertama ambush tadi. Satu sambaran ganas namun rabut pada mulanya. Kali ke-2 aku cast kat lokasi yang sama namun tiada respon. Mungkin dia masih menahan sakit mulut akibat sambaran tidak kemas tadi. Aku baling lagi lure kat tempat lain pulak luar dari zon serangan tadi beberapa kali namun tiada apa2 yang berlaku. Bila agak reda sikit, aku kembali cast kat zon serangan tadi dan kali ini baru beliau menyambar dengan kemas. Yes!





Species: Haruan @ Common Snakehead (2nd catch)
Rod: Viper_Sting (8-17 lb)   
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Omga_Aka 15 lb mono
Leader: -
Lure: EXP_Pekka Frog, 10g
Status: C&R





Tangkapan paling besar & kasar dalam misi kali ini. Hilang spinner blade pada Pekka Frog aku. Mungkin ditelannya sekali?





Bila dah tiada lagi sambutan & sebelum aku balik, aku cast kat parit yang agak clear airnya. Tetiba dari rumput yang berhampiran tebing meluru keluar seekor Snakehead menerkam lure aku. Nah ambik kau!





Species: Haruan @ Common Snakehead (3rd catch)
Rod: Viper_Sting (8-17 lb)   
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Omga_Aka 15 lb mono
Leader: -
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Memandang Pekka frog aku tadi hilang spinner blade, so aku tukar pakai SureCatch Tiny Frog lak.





   LURE(S) OF THE DAY

Beraksi cemerlang. Tapi wire spinner blade tak tahan!







LURE(S) OF THE DAY

1 word - Cemerlang!










 

Tarikh: 27/12/2015 (Ahad) 
Lokasi: Ladang Kelapa Sawit - Empila, Kota Samarahan, Sarawak
Masa  : 6.45am - 2.00pm




Tercapai hasarat aku kali ini membawa anak aku cast kat Snakehead Heaven & Paradise - Ladang Kelapa Sawit Kampung Empila. Masa dia kumpau tempoh hari kesian gak kat dia bila dia cakap bawak dia cast kat tempat banyak ikan. Hahaha...
 Apa2pun kali ini puas hati beliau walaupun hanya 5 ekor yang berjaya kami daratkan. 




Wajah excited... Hanya berdua komplot kali ini. 1st time beliau ikut aku gi main kat port nie. Sebelum tu beliau dengar jer cerita aku tentang Snakehead kat sini.





Port pertama... Semakin surut dah.





Kawasan yang berpotensi kalau banjir nie...





"Enjin" beliau masih sejuk. Lain tempat aku suruh cast, lain lak tempat beliau baling lure. Sabar jer lah...





Jauh sedikit aku baling lure kat area nie & 1 miskol. Pastu aku suruh anak aku lak cast kat sini. Hoh, sekali lagi macam2 dah gaya lokasi lure beliau baling. Ishhhhh... payah nak ajar anak umo camgini. Last2 aku demo kat beliau camna...





Nah, sekali cast terus disambar & sepantas itu gak aku retrive tunjuk kat beliau. Tercengang-cengang beliau melihat aku naikan seekor tak sampai 10 saat. Be Patient Luq Skywalker... Watch & learn!





Species: Haruan @ Common Snakehead (1st catch)
Rod: Storm_Mojo (6-12 lb) 
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Omga_Aka 15 lb mono
Leader: -
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up. Ditelan kemas.





Sebelum bertukar port kat sini, kat port mula2 tadi beberapa kali gak miskol & rabut kat beberapa tempat berdekatan, sekali lagi aku miskol saiz kasar. Aku suruh anak aku cast kat situ. Beliau strike namun disebabkan beliau tidak bersedia & nampak panik ditekan saiz kasar yang beliau takleh nak pump, last2 rabut juga... Frust beliau dalam muka yang agak2 terkejut dengan situasi tadi. Hahaha...  Ok, kat sini lak kawasan yang sedikit luas & kurang berhalangan, dari tengah tu anak aku cast...





Strike beliau seekor saiz kecil & dengan senyuman beliau cakap kat aku; "Satu Sama...". Oooo... Anak vs Abah lah nie ye? Hrmmm...





Priceless moment... Menjelang tengah hari, kami berdua stop jap untuk lunch kat pondok di ladang nie. Sambil2 tu aku review balik & post mortem apa yang telah kami buat pagi tadi.




Setelah puas berehat, separuh masa ke-2 diteruskan. Port paling osem kalau banjir, kami terjah. Nun dihujung sana aku melempar lure & satu gelombang dari tepi mengejar dengan pantasnya...





Akhirnya strike good size dari yang pertama tadi. Abah mendahului dengan 2-1.





Species: Haruan @ Common Snakehead (2nd catch)
Rod: Storm_Mojo (6-12 lb) 
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Omga_Aka 15 lb mono
Leader: -
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Hook-up kat mulut bawah.





Bergerak lagi kat lokasi berdekatan. Masa tengah cast, satu 'letupan' belah tepi semak secara tetiba. Apa lagi aku, terus menghantar lure ke zon berkenaan...





Yes, Abah terus mendahului dengan 3-1. Bila aku amati balik kat lokasi tadi, rupa2nya ada anak2 Snakehead bermain kat situ. Abang Long kot tengah jaga adik2nya?!





Species: Haruan @ Common Snakehead (3rd catch)
Rod: Storm_Mojo (6-12 lb) 
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Omga_Aka 15 lb mono
Leader: -
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Tak nak lepas!





Pastu dah makin kurang 'sambutan'. Selang beberapa lorong parit kat situ aku dengar sambaran miskol ketika anak aku cast. Cepat2 aku suruh dia baling balik kat lokasi yang sama.





Tetiba aku lihat lure Luqman diterkam ganas, terus beliau membuka kuda2. Kali ini nampaknya beliau dah bersedia walaupun beliau menjerit; "Abah...Abah...!". Seronok sangat aku tengok dia fight hingga terlupa nak snap aksi beliau membuka kuda2. Hahaha... Tak henti2 tangan beliau retrive hingga Snakehead tersebut sangkut kat akar2 kayu. Terpaksa jugak aku turun berendam menyelamat Snakehead & lure. Masa nak sampai kat tebing tetiba Snakehead tu meronta, terlepas dari hook & jatuh dalam air. Refleks pantas dari aku sempat menyambar kepalanya dalam air yang hitam terus aku tikam atas darat. Tergelak2 Luqman tengok. Hoh, nasib baik abah ko nie pantas. Kalau tidak frust lagi kau Nak!





Kedudukan sekarang Luqman - 2, Abah - 3. Pun begitu, beliau menang kerana inilah Snakehead yang paling besar & kasar dalam komplot kali ini. Walaupun aku menang kuantiti, tapi beliau menang Kualiti... Tewas jugak aku ditangan anak sendiri... Belum lama dapat Snakehead nie, tetiba hari hujan. Maka terpaksalah ditamatkan misi kali ini. Bersyukurlah ke-2 dua kami tidak kumpau.






 LURE(S) OF THE DAY

Kali ini sampai hilang kaki katak dikerja Snakehead. Namun osem gak prestasi katak nie takde kaki.





Wire yang putus hari tu aku dah buat balik. Luqman berjaya naikan Snakehead dengan Pekka Frog ini.








21 December 2015

Snakehead Report (3rd weeks of December 2015)


Tarikh: 20/12/2015 (Ahad) 
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan, Sarawak
Masa  : 8.00am - 11.30am




"Bah, bila gik nak mbak kamek gi ngail?". Itu antara persoalan yang ditagih anak aku. Agak lama jugak aku tak bawak dia gi casting. Selalu aku bagitau dia - cuti sekolah. So, sekarang nie dah cuti sekolah. Maka tibalah masanya...

Kalau ekot plan asal, aku nak bawak dia gi cast kat Ladang Sawit. Tetapi memandangkan tiada maklum balas dari geng aku kat situ, so aku bawak main dekat2 jerlah. Port pertama yang merupakan port biasa aku cast - kumpau. Pastu gi port ke-2 (port dekat Jalan Kampung Pinang sebelum sampai UITM) yang dah lama sangat aku tak terjah...




Wah, lama tak gi dah clear abis dah lumut yang menutupi permukaan... Sayangnya port nie, aku lihat pembangunan dah semakin menghampiri area nie. Hanya menunggu masa jer. Alangkah bagus kalau dibiarkan tanpa "diusik" arus pembangunan. Bayangkan kalau ada Peacock Bass, Toman & Sebarau kat sini. Takpun Large Mouth Bass (ceh melampau imaginasi!).





Pagar tumbang nie masih terbiar tidak dibuang.





Cast bersama beliau akhirnya. 3 jam setengah jer beliau tahan. Pastu ajak balik. Sian gak kat beliau yang kumpau. Tambah2 lagi hari panas membunuh. Next time kita cast kat Ladang Sawit nak...





Kat sini ada "letupan" yang kuat. Tapi sayangnya kedudukan aku yang agak jauh masa tu dan berhalangan. Aku peratikan ada anak2 Haruan bemain2 kat sini. Beberapa kali aku pujuk namun tiada respon dari mama / papa Haruan...





...namun Abang Long mereka yang membaham lure baru aku. Strike seekor & merupakan satu2nya dalam komplot bersama anak aku kali ini.





Species: Haruan @ Common Snakehead
Rod: Storm_Mojo (6-12 lb) 
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Omga_Aka 15 lb mono
Leader: -
Lure: EXP_Pekka Frog, 10g
Status: C&R





Hoh, dibaham dengan kemas!







  LURE(S) OF THE DAY

Lure baru dari EXP - Pekka Frog. Best gak prestasi katak nie. Kalau kawasan tak berhalangan memang syok. Walaupun dengan berat 10g, namun tak dapat nak terbang jauh disebabkan bentuk badannya.






14 December 2015

Land Base Sekitar Kuching - 12/12/2015


Tarikh: 12/12/2015 (Sabtu) 
Lokasi: Salak Petak, Kuching
Masa  : 6.40am - 3.30pm



Minggu lepas aku kumpau, pasal tu takde report blog last week (even snakehead pun kumpau?) Hoh sedeh!. So minggu nie kalau ekot plan aku nak ke Belungei, Lundu. Tapi apakan daya, kereta lak takda (aku tukar 'shift' dengan Mem ari nie. That's why aku cast hari Sabtu. Dia pakai kereta).

Cast sekitar Kuching lah jawabnya... Cam biasa, port wajib di Riveria diterjah & cam biasa gak - kumpau. Pastu ke Tambak Bako, pun kumpau. Ke Semariang Aman, kumpau lagi. Last2 aku target kat Salak Petak. Ada 'setup' lure theory yang nak aku try kat sana.





Lokasi pertama. Tak berapa ber'halangan' sangat namun seringkali lure terkorban kat sini jika tak berhati2. Aku gunakan lure Ofmer Wonder 50 sekali lagi & kat sini gak aku test lure Wonder yang sama bulan lepas kalau tak silap. Leh rujuk post terdahulu.





Species: Ikan Bekut @ Belukor Pasir (1st catch)
Rod: Storm_Mojo (6-12 lb) 
Reel: Shimano_Scorpion MG 1001
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Ofmer_Wonder 50
Status: C&R





Ofmer Wonder 'setup' lure theory apanya? Haaaa... Inilah teori 'setup' lure yang aku maksudkan - hook kat ekor tu aku pakai / tambah bulu (cam kat gambar nie). Original Wonder tu takda bulu sebenarnya. Tu jer. Saspen kan? Hahaha...





Selepas 2 3 kali rabut Ikan Bulan, aku tukar ke lokasi ke-2 lak. 'Halangan' yang tak berapa nak nampak (kat sini 2 3 kali gak lure aku sangkut kat reba / kayu dalam tu. Nasib baik dapat diselamatkan). Kat sinilah banyak Ikan Bulan saiz kasar yang aku rabut (dengan pelbagai aksi meloloskan diri) & tertarik betul ia kat 'setup' lure tu.





Akhirnya berjaya gak aku daratkan seekor saiz kasar (paling kasar dalam trip nie). Disebabkan kawasan yang banyak "halangan", aku galakan korang retrive laju2 tak payah nak layan2 fight ikan tu sangat! Kalau mau lure selamat. Lain lah kalau kat kawasan yang clear.





Species: Ikan Bulan @ Local Tarpon (2nd catch)
Rod: Storm_Mojo (6-12 lb) 
Reel: Shimano_Scorpion MG 1001
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Ofmer_Wonder 50
Status: Tapau @ Take Away





Kuat meronta beliau nie tak nak bergambar. Namun kat kuali jua. Goreng garing2!





Species: Ikan Bekut @ Belukor Pasir (3rd catch)
Rod: Storm_Mojo (6-12 lb) 
Reel: Shimano_Scorpion MG 1001
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Ofmer_Wonder 50
Status: C&R





Lagi sekali dapat baby Ikan Bekut @ Belukor Pasir.





Bila dah kurang sambutan, aku gi kat sebelah hujung sikit dari lokasi tadi. Ko tengoklah 'halangan'2 kat sini Jah! Banyak hasutan Syaitan yang menyebabkan rasa was2 nak baling lure ke tak! Setan betul Syaitan tu! Hahaha...





Lapang? Nope, kat bawah tu banyak halangan yang tak nampak. Sangkut gak sekali dua lure kat sini. Tapi dapat diselamatkan. Kalau pakai tali Ultra Light mau lama dah putus. Bila pakai tali yang kasar sikit sekurang2nya dapat tarik lure. Hanya hook jer yang bengkok / kangkang.





Hoh, ganas & seram cast kat tempat camgini beb lebih2 lagi guna lure jenis singking cam Ofmer Wonder tu! Mau tak mau kena belajar gak untuk tambah tahap kompiden diri. Practise Make Perfect! Kalau tak memang selamanya 'level' tak up2...





Species: Ikan Ubi Belontok @ Northen Mud Gudgeon (4th catch)
Rod: Storm_Mojo (6-12 lb) 
Reel: Shimano_Scorpion MG 1001
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Ofmer_Wonder 50
Status: C&R





Yes, lesen spesis baru yang aku dapat. Walaupun yang nie saiz baby, tapi beliau nie boleh membesar bagai Johan tau!





Dulu time lure Wonder aku nie takda bulu, taknak lak beliau kejar. Bila tambah bulu, naik bulu lak beliau.





Tukar lagi lokasi kat petak lain lak. Yang nie kat tengah & tepi berhalangan. Depan tu memang ada clear sikit. Tapi terjadi gak lure sangkut & dapat aku selamatkan kat sini disebabkan time cast, angin bertiup menyebabkan lure aku tersasar dari lokasi.





Species: Ikan Ubi Belontok @ Northen Mud Gudgeon (5th catch)
Rod: Storm_Mojo (6-12 lb) 
Reel: Shimano_Scorpion MG 1001
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Ofmer_Wonder 50
Status: C&R





Hoh, berminat betul beliau yang pemalu nie.





Species: Ikan Selunsong @ Siakap @ Barramundi (6th catch)
Rod: Storm_Mojo (6-12 lb) 
Reel: Shimano_Scorpion MG 1001
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Ofmer_Wonder 50
Status: Tapau @ Take Away





Nie antara spesis yang aku tunggu2 membaham lure teori 'setup' yang aku try. Arghhhh tak kira, walaupun tak cukup umo, aku tapau buat lauk!





Species: Ikan Bulan @ Local Tarpon (7th catch)
Rod: Storm_Mojo (6-12 lb) 
Reel: Shimano_Scorpion MG 1001
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Ofmer_Wonder 50
Status: Tapau @ Take Away





Kat tepi mulut nie lure sangkut. Baru mendarat & meronta, terus tertanggal lure. Sib baik dah kat darat. Say Cisssssss... before digoreng!





Species: Ikan Selunsong @ Siakap @ Barramundi (8th catch)
Rod: Storm_Mojo (6-12 lb) 
Reel: Shimano_Scorpion MG 1001
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Ofmer_Wonder 50
Status: C&R






Baby Selunsong lagi. Kecik2 pun tergoda. Miang betul! Yang nie aku "let it go... let it go...!"





Species: Ikan Selunsong @ Siakap @ Barramundi (9th catch)
Rod: Storm_Mojo (6-12 lb) 
Reel: Shimano_Scorpion MG 1001
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Ofmer_Wonder 50
Status: Tapau @ Take Away





Yes, lauk tak cukup umo lagi. Memang menjadi teori 'setup' lure aku wei....





Species: Ikan Bekut @ Belukor Pasir (10th catch)
Rod: Storm_Mojo (6-12 lb) 
Reel: Shimano_Scorpion MG 1001
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Ofmer_Wonder 50
Status: C&R





Baby lagi yang berminat & hasil terakhir aku (walaupun beberapa petak lagi aku test, namun tak berhasil) dalam trip solo land base kali ini. Syukur & puas hati walaupun boleh dikatakan semua saiz baby. Yang penting strike beb!






LURE(S) OF THE DAY

Ginelah rupa ori lure Ofmer Wonder yang takde bulu kat hook di ekor tu. Walaupun mungkin sebahagian tempat ikan nya masih degil (susah nak cast dengan lure nie), namun perbezaan yang jelas dengan sedikit 'perubahan' - tambah bulu, di lokasi yang sama sebelum ini. So, apa kata korang cer try 'setup' nie, terutama yang masih belum berjaya menjinakkan Ikan Bulan @ Local Tarpon. Saya sudah, anda bila lagi? Selamat maju jaya!