"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

14 May 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #15-16/2018


Tarikh  : 09/05/2018 (Rabu)
Lokasi : Taman Sukma
Masa   : 2.45pm - 6.30pm


 
2 story jugak kali ini & ini merupakan blog terakhir untuk untuk season nie. Aku akan off cast cam biasa sepanjang bulan puasa hingga lepas raya nanti.
  
1st story...
PRU-14... Aku jalankan tanggungjawab kepada Negara terlebih dahulu. Malas nak beratur panjang2, aku mengundi di sebelah petang. Sampai kat tempat mengundi, tak sampai 10 minit dah selesai...

Lepas mengundi, terus aku memecut ke Taman Sukma. Pantang ada ruang & peluang aku akan cuba memenuhi satu2nya hobi aku ini. Sampai kat port, air dah pasang. Hrmmm...






Bila cast time "pantang ada ruang & peluang" nie, asyik kena time air besar jer. Dah lah tak fenzzy, sunyi sepi lak tu. Mana perginya Tarpon nie, mengundi jugak ke???





Memandangkan aku belom lagi beli Ofmer Wonder, so lure yang sedia ada aku modified sedikit. Aku tambah pemberat agar ianya cepat sikit tenggelam. Buat tangkap muat jer. Tak payah buat cantik2..





Di sudut tepi belah kiri kelihatan boiling di sini, secepat itu jugak aku cast lure kat boiling tu. Belum lama retrived terus strike...





Teori minggu lepas aku test lagi (rod angkat ke atas), beberapa kali aksi akrobatik namun gagal membebaskan hook. Mungkinkan hook tu solid sangkut dari dalam mulut belah hujung pipi agaknya?! Hrmmm...





Species : Ikan Bulan @ Tarpon 
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader :
YGK_N-Walker, 10 lbs






Pastu mulalah duduk waiting game (macam nie lah aku malas nak ke hulu ke hilir kejar boiling Tarpon. Baik aku tunggu jer Tarpon tu datang main dekat2)... Memang kurang sangat boiling. Kalau ada pun hanya sekali 2 miskol. Dan kebanyakannya tak pedulikan lure walaupun dah macam2 ditukar. Sombong betul ah! Hanya berhasil dengan seekor tangkapan kali ini. Memadailah buat melepas gian.









 LURE(S) OF THE DAY












Tarikh  : 13/05/2018 (Ahad)
Lokasi : Taman Sukma
Masa   : 4.15pm - 7.00pm


 

2nd story...
Macam2 hal lah pulak hari nie... Last2 pukul 4.15pm baru aku dapat turun cast. Pukul 4.40pm baru sampai kat port. Tanpa berlengah lagi, terus aku cast kat port sebelah lain sebagai permulaan bila aku melihat boiling2 yang kasar.

Rabut pulak bila dia buat akrobatik time aku cast kali ke-2. Port nie memang payah sikit nak mendaratkan Tarpon bila air pasang & besar, disebabkan lalang yang meninggi... Kemudian aku berpindah kat port biasa...





Hrmmmmm... Besar lagi... Kalau takde masalah tadi memang awal aku dah turun & sempat jumpa air surut. Beberapa kali cast & rabut. Paling hampir stike tadi dekat dengan tebing pun rabut diselamatkan kangkung.





Agak lama jugak kumpau. Dah senja baru mula nampak boiling meriah sikit. Kali ini boiling dekat jer dari tempat aku berdiri. Aku cast & retrive cam biasa, terus disambar & memecut pantas. Strike kali ini... Aku cuba teori "rod angkat ke atas tu", tapi masa strike jer dapat ingat, pastu automatik aku merendahkan rod menahan asakan & pecutan Tarpon nie... So, dah tak boleh pakai le "teori" aku tu. Kena jugak rendahkan rod & ikut flow ikan tu bergerak sambil2 berdoa dalam hati agar hook tidak tercabut time dia buat akrobatik...





Cubaan beliau melarikan diri bawah kangkung & membuat aksi akrobatik kat situ hingga stuck kat bawah tu. Bagi mengelak kejadian sama berlaku lagi (rabut diselamatkan kangkung), terpaksa jugak aku turun berendam sikit mengeluarkan dari kangkung. Mujurlah berlaku kat kawasan air yang cetek & akhirnya berjaya didaratkan.





Species : Ikan Bulan @ Tarpon 
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader :
YGK_N-Walker, 10 lbs






Foul hook... Bukan setakat di dunia manusia sahaja berlaku kemalangan, dunia ikan pun ada jugak. Patutlah berat semacam masa fight!





Yes, kompom 30cm++ saiz layan lagi! Hanya seekor ini sahaja yang berjaya dicast. So, cuti panjang lepas nie. Jumpa lagi nanti selepas Hari Raya Aidilfitri, Insyaallah..










 LURE(S) OF THE DAY









07 May 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #10-14/2018


Tarikh  : 03/05/2018 (Khamis)
Lokasi : Sekitar Kuching
Masa   : 4.15pm - 5.30pm


 
Kali ini aku nak buat 2 story sekaligus. Pada mulanya aku tak dapat cast hujung minggu disebabkan ada program lain. Namun kensel akhirnya. So, dapatlah aku cast hujung minggu. 

Nie story yang pertama...
Untuk 2 hari nie aku akan berkursus, hrmmmm... strategi & planning untuk menghilang ketagih kena sedia nie. Hari pertama kursus awal sikit balik. So, aku koner balik pakai jalan lain untuk membuat risikan & intipan. Sampai kat port Tarpon, air angkat pasang & kelihatan Tarpon bermain dengan gembira. Nice! Terus berbunga2 Plan A dalam kepala aku sambil tersenyum sesorang!


Hari ke-2 & terakhir kursus, set Medium aku bawak sekali. Dan kebiasaannya hari terakhir kursus lagi awal balik. Syukur, sama seperti yang dibayangkan... Tanpa berlengah, terus balik & menuju port semalam. Yes, air masih lagi angkat pasang.

Maaf, kali ini member mohon port ini diRAHSIAkan atas permintaan mereka yang sering cast & kongsi port nie. So jangan tanya kat mana. Sesiapa yang dah tahu tu nasiblah...





Air angkat pasang beserta sampah-sarap & macam2 lagi ditolak air dari muara sungai masok kat anak sungai yang sempit nie. Memang nampak kotor sangat! Kalau pasang penuh lagilah dahsyat. Tak berselera rasa nak cast. Pun begitu, tang boiling besar & rancak tu mengoda sangat! Tak boleh tahan... try jerlah...





Sementara port nie belum dipenuhi sampah hingga menyekat laluan cast, bila jumpa kawasan yang clear sikit & terdapat Tarpon boiling, cast lah secepat yang boleh. Start laju jugak air angkat pasang kat sini dah. Aku cast dari hujung & retrive sedang2 laju diserta jerk cepat2, terus nampak kelibat menyambar lure...





Aksi melayan berhati2 bermula & akhirnya membuahkan hasil. Kasar kali ini. Inilah saiz yang sedap, lazat & nikmat dilayan! Beberapa kali jugaklah aksi akrobatik, namun hook masih lekat dengan kemas.





Species : Ikan Bulan @ Tarpon (1st catch)
Rod       : Fishingking 210 (telescopic), Medium
Reel      : Shimano_Sienna 1000FE
Line      : Tomman_Elephant Braid, 10 lbs
Leader :
YGK_N-Walker, 10 lbs
Lure     : Softbaits
_Paddle Tail





Sampai putus hujung ekor dikerjakan! Sib baik solid hook-up.





Kompom, 30cm++ atau ke atas... Saiz 30cm ( & ke atas) nie lah peberet aku & sangat best dilayan. Belom lagi kalau guna set Ultralight, lagi syahdu bunyi dragnya...





Dalam tempoh cast nie aku kira 3 kali jugak rabut disebabkan aksi yang sinonim dengan Tarpon - AKROBATIK. Aksi nielah yang boleh menyebabkan caster gigit jari... Di celah2 ruang yang sedikit open nie aku cast kat sekumpulan boiling yang meriah, & terus disambar. Saat mendebarkan bermula lagi...





Bejaya jugak didaratkan walaupun beberapa kali membuat aksi akrobatik kat kawasan yang banyak halangan.





Species : Ikan Bulan @ Tarpon (2nd catch)
Rod       : Fishingking 210 (telescopic), Medium
Reel      : Shimano_Sienna 1000FE
Line      : Tomman_Elephant Braid, 10 lbs
Leader :
YGK_N-Walker, 10 lbs
Lure     : Softbaits
_Paddle Tail





Paddle tail yang putus hujung ekor tadi masih laku tapi kali ini tinggal sekitar kepala sahaja dikerjakan. Ganas sungguh yang sekor nie. Aksi akrobatik kat darat berjaya membebaskan hook. Tapi sudah terlambat, jauh sikit dari gigi air aku parking. Hehehe...






Pun berskala 30cm++. Syok amat! Inilah hasil yang terakhir. Aku kena bergegas balik nak amik anak2 pulak. Cukuplah dulu layan "Nyetttttttt..." (bunyi drag mutah), kata orang Sarawak.





 # Moral of the story: Belilah sehelai 2 rod jenis telescopic. Senang nak bawak kalau jumpa situasi sama cam aku nie. Hehehe...








 LURE(S) OF THE DAY

Softbaits Paddle Tail.








Tarikh  : 06/05/2018 (Ahad)
Lokasi : Tabuan Desa & Taman Sukma
Masa   : 6.30am - 6.00pm


 
Story yang ke-2 pulak...
Entah dah kali ke berapa aku ke port Desa Ilmu mencari Tarpon & sebanyak itu jugak aku masih kumpau. Kali ini tak happening langsung. Sikit sangat boiling Tarpon. Lagipun kedudukannya agak jauh... Kelompok kecil anak2 Toman kelihatan. Tapi malas lah nak cast sebab aku bawak set UL. Tak pasal2 kalau mama & papanya yang rembat, habislah nak melayan.

So, aku berpindah tempat menujuk ke area Tabuan JayaDesa - belakang Balai Polis. Sebelum nie aku tercari2 port nie, tapi tak jumpa. Rupa2nya aku tak perasan sebab masa aku lalu tu, air surut sangat! Patutlah tak kelihatan Tarpon bermain.






Air masih lagi tinggi walaupun kalau ikut jadual dah start surut. Nampaknya air mati, perlahan sangat bergerak.





Adalah jugak kelihatan boiling yang sedikit meriah. Namun kebanyakannya boiling kecik2 jer.





Kat teluk nie aku parking. Malas nak bergerak kat lain sebab redup bawah pokok. Taklah berpanas sangat. Sine jer aku cast... Setelah lama cast, strike jugak saiz comel...





Species : Ikan Bulan @ Tarpon (1st catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader :
YGK_N-Walker, 10 lbs
Lure     : Hinomiya
_SW08




Saiz purata macam tulah banyak kat sini. Susah nak jumpa saiz yang sedap layan. Lama jugak aku cast, sampai tengah hari. Agak culas juga Tarpon kat sini. Bila dah rasa boring terhadap layanan yang diberi, aku berpindah tempat pulak menuju ke Taman Sukma...






Hrmmm... besar air. Kali nie ada gelap2 cokelet sikit kondisi air.





Kalau main kat sini, kena tengok2 boiling yang agak besar sikit. Boleh pilih2. Hahaha... (part nie yang buat aku suka cast Tarpon kat sini). Nampak jer boiling tu, dengan cepat aku cast...





Lure aku retrive sama macam teknik minggu lepas, retrive sedang2 laju beserta jerk lembut serentak. Terus disambar saiz layan & "nyetttttttttt...." bunyi drag mutah! Yessssss... berjaya didaratkan setelah berkali-kali membuat aksi akrobatik.





Species : Ikan Bulan @ Tarpon (2nd catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader :
YGK_N-Walker, 10 lbs
Lure     : Ok Fish
_Geo





Satu hook kat hujung bibir & satu lagi bawah mata. Aksi akrobatik terlambat atas tanah berjaya mengeluarkan hook semasa nak buat sesi fotografi.





Yes, kompom 30cm++ (aku dah sukat, dari jari tengah sampai pergelangan lengan tangan aku tu panjangnya 38cm). Saiz sedap layan...




 
Kali ini boiling belah nie pulak. Lure dah tukar & aku pakai jenis sp. Teknik yang aku gunakan, retrive sedang2 laju tapi dijerk kuat (tinggi) sedikit.





Setelah lama menanti dari strike yang tadi, berjaya jugak aku naikan. Hrmmm.. ada sesuatu dalam pemerhatian aku kali ini... "Orang" kata kalau strike Tarpon nie, hujung rod kena ke bawah (kebiasaan yang aku amalkan jugak sebab pengaruh rakan sebaya) bagi mengurangkan/mengelak Tarpon buat akrobatik (ada betul & ada tidak bagi aku). Seingat aku video pemancing Atlantic Tarpon (Tarpon yang besar nak mampus tu) aku tengok rod tu cam biasa ke atas jugak posisinya. Takde pun aku nampak diorang sengaja rendahkan hujung rod. Memang dah pek'el Tarpon tu akan buat akrobatik sama ada ko tinggikan @ rendahkan hujung rod tu. Bila aku buat camgini (rod ke atas cam strike biasa), rasa macam solid pulak hook-up. Memang Tarpon tu buat akrobatik berkali2, tapi cam tak mudah lucut berbanding time aku rendahkan hujung rod. Wallahualam... Nanti aku try lagi teori nie.





Species : Ikan Bulan @ Tarpon (3rd catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader :
YGK_N-Walker, 10 lbs
Lure     : Hinomiya
_SW08





Telan jangan tak telan... Hasil terakhir aku untuk hari nie. Walaupun tak jumpa lagi time franzy, cukuplah buat hilang gigil.








LURE(S) OF THE DAY

Masa guna sp nie, part paling hujung pada ekor tu aku buang. Aku perati cam tak best jer renangannya bila benda tu ada. Bila buang baru nampak ok.




Personally aku lebih suka pakai Ofmer Wonder dari OK Fish nie. Lambat nak tenggelam & aksi dart yang kureng menarik berbanding Wonder. Time aku cast nie semua Ofmer Wonder aku terkorban disebabkan leader putus masa buat balingan. Tak tahu apa masalah sebenarnya. Dah cek kat ring takde lak retak ke pecah...