"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

11 November 2019

Haruan @ Striped / Common Snakehead #8/2019


Tarikh  : 10/11/2019 (Ahad)
Lokasi : Sekitar Kota Samarahan
Masa   : 7.30am - 4.00pm



Agak jauh permainan aku hari nie. Ada beberapa spot yang aku goggle map dari awal minggu nie. So, hari nie aku nak memastikan betul ke tak spot tu. Sampai destinasi pertama memang betul ada. Hanya kelibat Ikan Kaloi jer yang ada timbul mengambil napas. Nyesal pulak tak bawak set UL

Lebih kurang 45 minit aku cast kat situ namun tiada hasil. Kelibat Snakehad tidak kelihatanLangsung ke spot yang ke-2. OTW nak ke spot nie parit kiri kanan adalah jugak bepotensi namun kebanyakannya Ikan Sepat.

Rasa macam sesat pulak aku tak jumpa spot ke-2 nie. Dalam area ladang sawit. Tak boleh nak kompomkan lokasi sebenar sebab laluan dibanjiri kesan hujan lebat amat semalam. Tak lama aku cast sebab tiada sambutan. Last2 aku cast kat ladang sawit Empila pulak.

Kat situ pun air besar. Pokok sawit pulak semakin memanjang daunnya hingga menyukarkan aku untuk cast. Lebih kurang sejam gak aku kat situ sebelum memecut balik tanpa hasil dan menuju ke lokasi sawah padi sekitar tak berapa jauh dari rumah aku.




Walaupun hujan lebat semalam namun aku lihat parit sekitar tak banjir seperti yang aku bayangkan. Lagi surut dari 2 minggu lepas. Kemudian aku cast sekitar sini dulu sebab macam berpotensi.

Tengah aku cast tu, ada letupan tak berapa jauh dari lorong kecik tu. Aku begegas ke lokasi kejadian. Lure aku hantar beberapa kali kat tempat kejadian. Sehingga kali ke-4 satu letupan ganas tetiba menelan lure aku. Yes, fish on!




Malas aku nak layan lama2… tarik, kontrol, landing, nah… strike jugak saiz yang agak kasar. Syukurlah dapat seekor. Tak terasa jauh perjalanan hari ini dengan hasil yang seekor nie buat pelepas gian.




Fuh, dari celah tepi dia sambar. Nasib baik lure mencangkup kemas.




Species  : Snakehead @ Ikan haruan  
Rod       : Lemax_Slim Max Micro Game, 3-8 lbs
Reel      : Shimano_Scorpion MG1001
Line      : YGK_N-Walker Fluoro, 20 lbs
Lure     : Mombok Frog




Mungkin beliau Snakehead yang aku jumpa 2 minggu lepas dekat lokasi berhampiran. Walaupun owner sawah padi nie banyak pasang taut, nampaknya beliau berjaya meloloskan diri dari taut2 tersebut sehinggalah hari ini




Gambar dari sudut lain pulak. Nampak surut jer tu. Kalau banjir besar sikit nie kompom banyak Snakehead yang mengawan! Walaupun cuaca baik, aku terpaksa menyingkatkan masa cast sebabpanggilan pulau”. Kalau diikutkan banyak lagi lokasi sekitar yang nak aku terjah.







LURE(S) OF THE DAY










04 November 2019

Haruan @ Striped / Common Snakehead #7/2019



Tarikh  : 03/11/2019 (Ahad)
Lokasi : Jalan menuju Ensengei, Kota Samarahan
Masa   : 7.00am - 2.00pm



Lewat sikit aku hari ini. Alarm dah berbunyi namun aku offkan sahaja & sambung tido balik sebab masih rasa kepenatan mengikuti aktiviti anak aku semalam. Tersentap hampir jam 7.00 pagi. Kemas2 seadanya, pastu memulakan perjalanan

Dstinasi aku kali ini sekitar Kota Samarahan sahaja. Beberapa port diterjah & cast namun tiada berhasil. Dari percubaan target Siakap, Tarpon & Puyu semuanya kumpau. Last2 layan Snakehead.

Dari parit2 tepi jalan sepanjang Kota Samarahan aku cast, hanya dilayan sang curut. Miskol pulak tu. Sampai jumpa brother yang kerja potong rumput kat ladang sawit beri tips beberapa lokasi. Tanpa buang masa, aku terjah. Tapi sayang, parit masih kering.




Aku kena rush hari nie sebab Mem ada program petang nanti. So, tak dapat lama aku nak cast... Lagi pun aku lihat awan mendung menghampiri lokasi. Jalan2 lagi sehinggalah aku terpandang port nie… 




Kecik jer rupanya kawasan yang berair (disebabkan semak. Aku rasa kalau clear tentu menarik nie). Belum sampai dekat jambatan tu aku dah lempar lure dari jauh. Tiada respond. Aku menghampir & terpandang boiling anak2 Snakehad. Cantikkkkk…. 




Mulalah operasi mengesan & memujuk mama/papa Snakehead. Dari kawasan berteluk, sempit, bertakung, berhalangan pendek kata semua skill aku keluarkan untuk cuba mengesannya tapi hampa. Yatim piatu ke??? 




Sehinggalah aku menggunakan teknik karau sekali & pause lama (lebih kurang 5 saat) secara perlahan2 tetiba booommmm!, lure aku dibaham ganas. Aku sentap & terus fish on. Aku layan hati2 bagi mengelak beliau membawa ke reba & kawasan yang sangkut. Dan akhirnya




Species  : Snakehead @ Ikan haruan  
Rod       : Lemax_Slim Max Micro Game, 3-8 lbs
Reel      : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line      : Tri-Poseidon PE x4, 10 lbs
Leader : Bossna_DFC Leader, 20 lbs
Lure     : Mombok Frog




Fuhhhh punyalah payah nak dapat seekor saiz layan. Sesuatu di luar kawalan kita. Walaupun sesetengah orang anggap Snakehead nie ikan belasahan namun ada masanya (bukan time rezeki ko tertulis) pelbagai tempat/ cara/ lure ko  try hrmmmkirim salam, boleh kumpau beb!

Hanya seekor ini sahaja yang berjaya diberkas. Walaupun sempat singgah kat 1 lagi port (kering sedikit) tapi angin kuat & awan kelabu dah dekat amat. Terpaksa aku stop setakat nie. Jadilah buat lepas gian.



 



LURE(S) OF THE DAY