"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

22 February 2016

Back To Basic...


Tarikh: 21/02/2016 (Ahad)
Lokasi: Kampung Tubai Buah, Pakan, Sarikei, Sarawak
Masa  : 8.30am - 9.45am



Kesempatan bertugas semasa traveling ke Sarikei cam biasa aku bawak set pancing just in case. Member2 kat sana dah aku maklumkan jugak. Mana tahu dapat komplot. Ini merupakan kali ke-2 aku menjejak kaki di Sarikei. Kali pertama kalau tak silap aku tahun 2012 atau 2013 gitu. Ohmaigot! Lama giler. Banyak perubahan dah Sarikei nie aku tengok.

Namun kali ini agak kureng bernasib baik disebabkan pagi petang hujan. Hanya sempat cast 10menet gitu jer kat parit yang airnya cam teh tarik kaw sebelum hujan lebat! Opkos kumpau beb! Hari terakhir program, aku sempat bermalam di rumah panjang (pengalaman pertama aku bermalam di rumah panjang!) - rumah family husband kawan aku. Sebabnya kawan aku bercerita yang kat belakang rumah mertua dia nie air sungai fresh water! Terus gambaran Sebarau bermain dalam minda aku... Cis!






Kampung Tubai Buah, Pakan. Perjalanan lebih kurang 1 jam dari Bandar Sarikei (Pic nie time aku nak balik ke Sarikei selepas 2D1N bermalam kat sini).






Suasana rumah Panjang.





26 buah pintu keseluruhan (sebahagian dari 26 yang aku snap).





Macam nie keseluruhan view.





Nie dah kira moden sikit siap bersimen. Kalau yang masih lagi tradisional tak jumpa tar/simen nie.





Husband LG sebelah aku. Bapak mertua LG baju hijau tu. Anak LG tu seronok main kereta sebab "luas" litar dia bermain.





Awal pagi yang hujan. Bila dah reda sikit baru misi bermula.





Kebanyakan kawasan cam nie lah. Sungai yang kecil & cetek.





Adik LG jadi model.
 




Belum lama, terus dia dapat seekor dengan teknik tradisional. Aku lak casting. Kebanyakan tempat tidak beberapa sesuai untuk casting. Di tambah lure aku yang khas untuk Sebarau. Tapi menurut husband LG, payah gak nak jumpa Sebarau kat sini. Yang ada Ikan Entabalang (tak tahu apa nama ikan nie dalam bahasa Melayu).






LG & anaknya.
 





LG & Family.





Bila dah asyik kumpau pakai set moden, aku pinjam set tradisional dari husband LG.





Aku tengah fokus dengan serius! Mau taknya. Asyik adik LG & suami dia jer yang dapat ikan. Hoh, jeles!






Ada aku nampak kelibat ikan yang berkeliaran di sini. Kefokusan aku serius ditahap bom cam nak meletup! Jangan kacau!





Akhirnya terselamat dari kumpau. Yes, senyum sudah. Hahahaha...





Species: Ikan Entabalang (don't know nama rasmi)
Rod: Batang Pokok Ridan
Line: Tali Tangsi No.8
Lure: Cacing Tanah @ Earth Worm
Status: Tapau & goreng (hoh, sedap tau!).





Set Moden vs Set Tradisional... Set Tradisional menang penuh bergaya.





Total catch 6. Aku dapat 1 (no.3 dari atas). Kebanyakan cam nie jer besar ikan tu. Susah nak jumpa besar lebih dari 4 jari.





Nie dia pokok Ridan. Mungkin kat tempat korang lain namanya. Batang yang tua biasanya dibuat rod sebab lebih liat & tahan dari yang muda.





Pokok Ridan nie ada buah. Buahnya cam buah Salak. Boleh dimakan. Tapi yang nie dah over masak. Tak dapat dimakan.




End of short journey. Thank you buat LG sekeluarga atas layanan & pengalaman ini.








 

15 February 2016

Snakehead Report (2nd weeks of February 2016)


Tarikh: 10/02/2016 (Rabu)
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan, Sarawak
Masa  : 6.00pm - 6.55pm



Selepas beberapa hari asyik hujan, tetiba petang nie ok pulak. Berkobar-kobar dah aku nak balik kerja. Jiwa & minda aku dah melayang jauh kat port Snakehead peberet buat hilang giggil. Tapi... Lewat jugak jadi balik kerja. Why? Why? Why?!!! Asal hari Rabu mesti macam2 hal. Asal macam2 hal mesti hari Rabu! Arghhhhhhhh.... Stressss!

Sampai rumah aku kemas secepat yang boleh, pecut motosikal & sampai kat port hampir pukul 6.00pm! Dem! Sepatutnya dah 30 atau 25 minit cast dah aku kalau time gine. Geram + sakit hati. Bila dah "lewat" gine, memang aku skip beberapa tempat untuk mengejar masa yang tinggal sebelum hari gelap...




Kali ini air masih tinggi sangat. Memang payah nak jumpa Snakhead main dekat2. Jauh ke dalam sawah padi tu mereka main & cari makan. Setelah agak lama cast tanpa sebarang miskol pun, aku sampai kat persimpangan nie. Depan tu dah try cast, tiada apa2 yang berlaku. So, aku baling lure sejauh yang boleh kat dalam lorong tu. Di pertengahan retrive, ada "gelombang" mengejar & cuba menelan lure aku tapi mis.





3 kali camtu masih mis jugak walaupun aku perlahankan sedikit kayuhan. Mungkin kerana geram, semakin laju beliau mengejar lure & akhirnya kali ke-4 baru berlaku strike & fish on! Cam biasa, kudrat Snakehead tu tak mampu melawan set HCG aku gunakan.







Species: Haruan @ Common Snakehead
Rod: Expert Graphite_Carbon Cube, 10-20 lb 
Reel: Kuying_Tornado 101  v2.0
Line: Tri-Poseidon PE x4_30 lb 
Leader: Bossna_DFC Leader, 50 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Senses_D-Frog
Status: C&R





Solid hook-up. Ditelan habis lure aku. Hanya seekor nie sahaja yang berjaya aku naikan. Tak sempat aku nak cast kat lain sebab hari dah mula gelap. Dalam semua gambar kali ini, nampak tak cantik kalau dibandingkan dengan gambar2 sebelum nie kan?, sebab yang nie kena edit bagi bright sikit. Kalau tak memang tak berapa nak namapk sangat.





 LURE(S) OF THE DAY

Berjasa walau semakin cedera parah & kritikal.










Tarikh: 14/02/2016 (Ahad)
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan, Sarawak
Masa  : 3.15pm - 6.45pm 



Misi mencari lauk gred A masih lagi kumpau. Beberapa port yang biasa dikunjungi mendukacitakan lantaran faktor hujan yang masih tidak menentu. Air agak keruh & menyebabkan misi aku ditangguh lagi (kalau ikut plan asal nak cari Sebarau gak. Tapi bila dah faktor air agak keruh, baik aku tangguhkan juga). Sori kalau awal tahun gine hanya Snakehead yang memenuhi laporan blog aku...
 
 
 
 
Setelah beberapa kali rabut (kebanyakanya saiz curut) di beberapa tempat, kat sini 1st round, 2 3 gak rabut. Time nie kira last round sebelum balik, aku repeat semula...





Akhirnya berjaya jugak aku strike si degil nie setelah beliau menyangkutkan diri kat celah2 teratai. Kali ini aku tak force sangat nak tarik keluar sebab aku dah "downgrade" main line pakai 15lb (sebelum nie 30lb). Leader masih 50lb.





Species: Haruan @ Common Snakehead
Rod: Expert Graphite_Carbon Cube, 10-20 lb 
Reel: Kuying_Tornado 101  v2.0
Line: Tri-Poseidon PE x4_15 lb 
Leader: Bossna_DFC Leader, 50 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Senses_D-Frog
Status: C&R





Ada beberapa ekor aku rabut saiz camgini. Sekali jer tak solid hook-up saiz yang kasar sangat. Tapi tempat ambush aku dah kenal pasti. Harap next time aku strike beliau jika orang lain tak strike dulu lah...








 LURE(S) OF THE DAY

Dah tak cun renang. Tenat & nazak. Tunggu masa jer lagi. Namun masih sempat memberi khidmat.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

10 February 2016

Snakehead Report (1st week of February 2016)


Tarikh: 07/02/2016 (Ahad)
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan, Sarawak
Masa  : 3.15pm - 6.00pm



Adoiyaiiii... Dah 2 hari hujan lebat. On off on off lak tu. Payah nak cast time camgine. Walaupun hari tak menentu, ku gagahi jua demi hobi tercinta. 1st port, Kolam Taman Desa Ilmu. Tak sampai 10 minit rasanya aku cast terus hujan lebat. Grrrrrr...!

Masok kereta terus pecut ke Riveria pulak. Lama gak aku duduk dalam kereta tunggu hujan teduh. Pun hujan sini on off on off jugak. Sampai lebih kurang kul 2.00pm aku cast (& opkos - kumpau), sebelum gi kat port peberet buat ilang giggil... Snakehead pun Snakeheadlah...




Time di Riveria... Beginilah waiting game! Sekejap hujan sekejap berhenti. Pastu hujan lagi... Hrmmm...





Balik semula ke Samarahan & lepas geram kat port biasa. Dapat 1 good size yang tak sempat dirakam video kerana bateri dah flat. Lama lagilah nak buat video nie...





Species: Haruan @ Common Snakehead (1st catch)
Rod: Expert Graphite_Carbon Cube, 10-20 lb 
Reel: Kuying_Tornado 101  v2.0
Line: Tri-Poseidon PE x4_30 lb 
Leader: Bossna_DFC Leader, 50 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: Aku bagi kat sorang abang yang pancing ikan dengan anaknya





Arkkk... Kena sampai kat mata. Sorry... Tapi ko tetap jadi hidangan.





Bila dah kurang sambutan, aku berkalih kat tengah lagi. Satu ambush dari bawah teratai berlaku kat sini. Melambong katak aku dibuatnya. Takpe... kali ke-2 aku baling kat tempat yang sama, memang dasar pencurik, tak serik2. Akibatnya memakan diri sendiri. Hahaha... Hambik ko!




Species: Haruan @ Common Snakehead (2nd catch)
Rod: Expert Graphite_Carbon Cube, 10-20 lb 
Reel: Kuying_Tornado 101  v2.0
Line: Tri-Poseidon PE x4_30 lb 
Leader: Bossna_DFC Leader, 50 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Lepas dapat yang nie belum lama lepas tu hujan lebat. Terpaksa aku stop main kat area nie. Pindah kat port yang teduh sikit. Dapat Snakehead kecil2an jer. Malas pulak aku nak snap pic. Aku bagi kat budak2 yang cast kat situ jugak.






LURE(S) OF THE DAY

The last of Kepala Oren dalam tackle box aku. Nak kena cari lagi pasnie.