Tarikh : 06/01/2018
(Sabtu)
Lokasi : Tasik Desa Ilmu, Samarahan
Masa : 6.15am - 6.00pm
Baru semalam strike. Ketagih lagi mendambakan strike. Feel tu yang buat layan & menghilangkan segala stress yang melanda. Masih lagi dengan membawa misi mencari Tarpon. Di awal2 tahun camgini terasa malas lak main jauh2 dulu. Cast dekat2 jerlah walaupun kali ini masa cast dah kembali normal cam biasa.
|
Awal pagi camginilah aku selalu turun. Selalunya time nie mamang Tarpon suka bermain. Belum lama cast, hari start hujan rintis2 pulak. Nasib baik tak lebat. Aku terus cast sampai ke tengah hari tanpa sebarang sambutan dari Tarpon & Toman. Bila perut dah berbunyi & hujan mula lebat sedikit, aku stop untuk lunch dulu. |
|
Sekarang masuk 2nd half time. Lepas 30 minit aku cast dalam hujan rintis2, jumpa lagi boiling baby Toman. Pelbagia lure dicuba sambil buat2 eksperimen. Kali ini aku menggunakan spinner pulak. Cast pertama, tiada apa2 berlaku. Cast kali ke-2 terus sentapan & pecutan padu. Sah saiz mama/papa nie. Adohhhh... dah aku pakai set light jer. Tali hanya 12 lbs. Drag memang tak dapat stop pecutan padu tu. Siap dengan jari aku cuba membantu drag. Dah nak hampir habis tali keluar dari spool, baru berhenti. Memang stuck dalam samai (rumput air). 25 minit aku tak dapat berbuat apa2 keseorangan kat situ. Risau gak bila dah terlalu lama Toman tu tak mengambil napas, boleh lemas nanti. Kemudian member aku Mus kebetulan datang kat situ. Dah 30 minit masa berlalu, dia pun mula risau. Sukarela dia buat keputusan turun berenang cuba menarik Toman yang stuck situ (jauh lagi rupanya tempat Toman tu stuck dalam gambar nie). Setelah mencuba berkali2, akhirnya Mus berjaya membebaskan. |
|
Akhirnya berjaya dinaikkan setelah 45 minit! Sungguh kasar & padu. Time nie memang cepat2 aku cuba mengambil gambar sebab Toman tu masih lemah. |
|
Species : Toman @ Giant Snakehead
Rod : Storm_Mojo, 6-12 lbs
Reel :
Shimano_Calcutta Conquest 51
Line : Spider_12 lbs
Leader : Yo-zuri_Hybrid 25 lbs
Lure : Bakau Spinner_Mini Cat
|
|
Habis bengkok spinner tu. Snap pic cepat2 Pijan... |
|
Mus pun tumpang bergambar cepat2 untuk kenangan. |
|
Bermulalah misi membantu penafasannya. Berkali2 gak dia membuka mulut dalam percubaan untuk bernafas. Lega sedikit aku & aku rasa ada harapan nie untuk diC&R... Setelah 40 minit aku berusaha, jangkaan aku mula meleset. Semakin lama semakin lemah pulak jadinya. Terlalu lama stuck dalam samai bagi spesis yang diketahui mudah "rapuh" kudratnya jika dibandingkan dengan saiznya. Memang tiada harapan. Perlahan2 tenggelam terbalik badannya. Sedih jugak bila tidak dapat diselamatkan. Nak makan, tak sampai hati aku. Last2 aku bagi kat sorang caster yang berada kat situ, katanya memang dia sefamily makan Toman tu. |
|
Bila dah tak bernafas, ditimbang buat kali terakhir (4.69kg - personal record setakat nie, terlupa pulak nak sukat panjang) sebelum diberi dengan caster tadi... Sekurang2nya tidak disia2... |
LURE(S) OF THE DAY
No comments:
Post a Comment