"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

15 January 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #1/2018


Tarikh  : 14/01/2018 (Ahad)
Lokasi : Taman Sukma, Kuching
Masa   : 6.45am - 6.30pm



Pagi yang indah di Tasik Desa Ilmu. Walaupun terlewat sikit aku sampai, namun kelihatan boiling2 Tarpon lebih sikit dari kebiasaan. Belum sampai tahap boiling frenzy meriah, tapi bolehlah... Pernah tak korang cast bila jumpa situasi "baik punya", tetiba time tulah ko kena birdnest?! Lama pulak tu nak leraikan. Pernah kan? Kan? Kan? Itulah yang terjadi kat aku. Punya situasi dah cun, boleh pulak masalah muncul. Bila ko dah berjaya settlekan, tetiba2 hilang pulak ikan2 tu. Hrmmmm... Stress!!!

Kali ini aku on off cast sebab nak COD lure. Sampai jam 8.30am jer aku cast kat Tasik Desa Ilmu & kumpau Tarpon lagi... Makin bertambah tebal tahap dendam aku kat Tarpon di situ... Kemudian aku COD lure ke Samarahan & ke Kuching. Dah alang2 sampai kat Kuching & COD kat Taman Sukma pulak tu, apalagi, terjah jerlah sungai kat belakang tu....





Time sampai, air dah mula pasang. Sempat jumpa baik punya boiling berdekatan antara satu sama lain. Lure baru (softplastic) aku keluarkan & terus di cast kat tengah2 antara boiling2 tadi...





... selaju cahaya jugak, strike seekor yang membuat aksi akrobatik berkali2 hingga mencederakan dirinya sendiri. Ambik ko eksen sangat! Hahaha... Best weiiii layan akrobatik nie.





Species : Ikan Bulan @ Tarpon (1st catch)
Rod       : Storm_Mojo, 6-12 lbs
Reel      : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line      : Spider_12 lbs
Leader : Yo-zuri_Hybrid 25 lbs
Lure     : Softbaits_Paddle Tail





Tarpon pertama aku bagi tahun 2018. Walaupun geram kat Tarpon Tasik Desa Ilmu, namun terubat jua bila merasa strike Tarpon kat sini.





Nie Masterji Ajid, kazen aku. Beliau pun strike jugak. Tak sempat nak pegang, aksi akrobatik dari dalam air hingga ke atas darat, bejaya juga meloloskan diri! Sib baik sempat snap picture... Ada bukti beliau strike!





Tak jauh dari tempat kazen aku strike tadi, aku lihat boiling besar. Cast kat situ, aku retrived sedang2 laju, terus di sambar & terasa kasar kali ini. Yes, strike saiz amat lazat dilayan! Kalaulah kena time pakai set Ultra Light tempoh hari, perghhhhhh... tak tergambar feeling nya beb!





Species : Ikan Bulan @ Tarpon (2nd catch)
Rod       : Storm_Mojo, 6-12 lbs
Reel      : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line      : Spider_12 lbs
Leader : Yo-zuri_Hybrid 25 lbs
Lure     : Softbaits_Paddle Tail





Hook solid kat lelangit beliau. Walaupun berkali2 buat aksi akrobatik, mencakup kemas hook dalam mulutnya. Yang penting tali kena sentiasa tegang. Cukup2 jam 12.30pm, aku stop cast dulu. Nak COD lure di Samarahan lagi sekali. Sempatlah sambung cast kat Tasik Desa Ilmu sampai petang, namun tiada sebarang hasil.








LURE(S) OF THE DAY
 
SOFTBAITS STARTER PACK - Nie lure yang aku pakai & COD tu. Nak ke? (Sila letak dalam komen berapa peket nak) RM10.00 sepeket. Dalam tu ada softbaits Paddle Tail (saiz 5cm) 5 pcs kaler Pearl White, 5 pcs kaler Pink + 2 Jig Head (3.5g). Tak termasok pos. Kalau pos tambah RM5.00 seluruh Malaysia. Tertakluk dengan stock yang tinggal. Time aku updated nie tinggal 6 peket lagi.









2 comments:

  1. jig head size brapa ni boss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda info saiz brpa pada peket... hanya berat 3.5g sahaja.

      Delete