"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

12 February 2018

Haruan @ Striped / Common Snakehead #1-5/2018

Tarikh  : 12/02/2018 (Sabtu)
Lokasi : Sekitar Kota Samarahan
Masa   : 6.30am - 6.00pm



3 minggu yang kumpau beb! Tahap dewa punya "gegar vaganza" beb!. Tulah pasal lama tak update blog. Walaupun ada gi ikut pertandingan casting hujung bulan lepas, pun malas nak cerita sebab tiada cerita yang menarik selain daripada kumpau seadanya!

So, minggu nie lepas minggu2 hujan lebat melanda Bumi Kenyalang, syukurlah hujan dah start mula nak stop musim nya. So, seawal pagi aku terjah Tasik Desa Ilmu dahulu mencari tarpon. Cam biasa, kumpau 2 jam. Kemudian aku gi meladang kat port Kampung Empila yang merupakan Misi Utama aku untuk minggu ini.





Sampai jer kat port dah nampak beberapa jalan utama banjir. Walaupun ada gak kelihatan beberapa orang yang "berani" meredah dengan motosikal, aku tak nak ambil risiko. Kejadian motosikal mati di tengah2 lopak air besar masih segar menghantui aku. Huh...huh... Aku tahu setakat mana kemampuan motosikal aku tu. So, aku parking jauh & bagi lemak2 terbakar, ada gak faedahnya...





Air agak besar kali ini. Biasanya kalau jumpa situasi camgini, aku akan bertukar jadi "ikan". Think like a fish! Nampak rupa lorang kecik kat tengah2 tu? Aku baling sejauh yang boleh kat tengah2 lorong tu. Aku retrived sederhana laju. Bila dah nak sampai ke hujung lorong kawasan terbuka tu, satu sambaran kasar yang menunggu lure aku betul2 lalu kat situ!





Kan!!!... Seekor saiz kasar menjadi perasmi tangkapan Striped / Common Snakehead @ Haruan pertama aku untuk tahun 2018. Kebiasaannya Snakehead nie malas jugak nak buang tenaga main kejar2. So apa yang dia buat, dia tunggu kat laluan ikan keluar - easy prey... Di situlah biasanya saiz kasar2 tunggu nak ambush. Hanya saiz hipster baru nak up jer yang suka buang tenaga main kejar. Takde pengalaman langsung!





Species: Haruan @ Common Snakehead (1st catch) 
Rod      : Viper_Double Dragon, 8-17 lbs
Reel     : Ajiking_Boxster
Line     : Tri-Poseidon PE x4, 30 lbs
Leader: Yo-Zuri_Hybrid, 25 lbs
Lure    : SureCatch_Tiny Frog






Lama dah tak makan. Teringat minggu lepas anak aku suruh tangkap & bawak balik sebab dia nak makan, tapi aku kumpau. So yang nie sebagai gantilah...





Sana sini banjir. Cast lure seterusnya sehampir yang boleh dengan anak kelapa sawit tu & kelihatan ombak rindu mengejar...





Species: Haruan @ Common Snakehead (2nd catch) 
Rod      : Viper_Double Dragon, 8-17 lbs
Reel     : Ajiking_Boxster
Line     : Tri-Poseidon PE x4, 30 lbs
Leader: Yo-Zuri_Hybrid, 25 lbs
Lure    : SureCatch_Tiny Frog






Memandangkan aku cast dalam kawasan banjir, susah nak setup camera untuk berselfie cam biasa. Nanti tak pasal2 phone jatuh dalam air! So bergambar tanpa aku jer lah (nampak gaya kena cari bag perlindung camera/phone kalis air lah pas nie).





Lagi sekali jumpa lorong2 sempit nun di hujung sana. So,Think like a fish, again...





Species: Haruan @ Common Snakehead (3rd catch) 
Rod      : Viper_Double Dragon, 8-17 lbs
Reel     : Ajiking_Boxster
Line     : Tri-Poseidon PE x4, 30 lbs
Leader: Yo-Zuri_Hybrid, 25 lbs
Lure    : SureCatch_Tiny Frog






Memang ada penunggu yang setia menanti untuk ambush...





Lebih kurang jam 12.30 tengah hari, aku putuskan untuk stop cast kat ladang sawit nie & bertukar tempat lak. Hari semakin panas. Perut lapar. So aku lunch dulu kat kedai makan. Lepas rehat secukupnya, aku ke port sawah padi biasa. Padi pun dah membesar. Lorong parit pun semakin sempit ditutupi padi tu. Beberapa lorong parit dicast tidak berpenghuni. Jumpa lagi & cast lagi...





Hah, naiklah seekor saiz curut2an...





Species: Haruan @ Common Snakehead (4th catch) 
Rod      : Viper_Double Dragon, 8-17 lbs
Reel     : Ajiking_Boxster
Line     : Tri-Poseidon PE x4, 30 lbs
Leader: Yo-Zuri_Hybrid, 25 lbs
Lure    : SureCatch_Tiny Frog






Telan jangan tak telan puas2.





Ada beberapa kali gak kes rabut lah sebenarnya... Bila hari dah semakin gelap sempat lagi aku last cast kat port yang baru nie. Dari kawasan berumput belah kanan tu sesuatu meluru mengejar lure aku...





Species: Haruan @ Common Snakehead (5th catch) 
Rod      : Viper_Double Dragon, 8-17 lbs
Reel     : Ajiking_Boxster
Line     : Tri-Poseidon PE x4, 30 lbs
Leader: Yo-Zuri_Hybrid, 25 lbs
Lure    : SureCatch_Tiny Frog






Hampir2 nak sama saiz dengan snakehead pertama tadi & memberi tentangan jitu. Tak sempat nak berselfie bersama, tetiba beliau membuat rontaran terakhir & berjaya membebaskan diri dari hook tu & terus terjun ke dalam air. Maka terotomatiklah C&R... Moral of the story, jangan bergambar dekat sangat dengan kawasan berair!








 LURE(S) OF THE DAY








No comments:

Post a Comment