"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

30 March 2013

Renew Lesen MJ (Mangrove Jack) / Mencari Karan Belao

Tarikh: Sabtu, 30.03.2013 
Lokasi: Belungei, Lundu / Kota Samarahan


Memandangkan casting untuk boatbase semua dah penuh, so aku buat keputusan untuk 'membawa diri' ke Belungei, Lundu. Aku menjangkan casting kali ini jugak Lone Ranger, namun panggilan telefon yesterday dari member ku, Kimi & beliau bersetuju untuk 'berduet' dengan ku ke Belungei.

Hasil kali ini pun tak seberapa. Hanya seekor MJ juvenil jer sebagai 'renew' lesen yang aku dapat. Kebanyakannya rabut da...


 Posing dulu dengan baju baru beli semalam... @ 1 Jaya, Kuching dengan wang hantaran sebanyak RM29.90 tunaiiiii....


 MJ Juvenil... Hari ini aku menggunakan lure SP sepenuhnya...


Selepas menghantar member aku balik, sebelum pulang ke rumah, aku sempat ke lokasi belao feberet aku di Kampung Plaie, Samarahan. Dan hasilnya seekor belao yang agak boleh tahan jadi mangsa kali ini... 
*FREESTYLE STREET FISHING*

 Nampak kecik jer kan? Cuba peratikan hujung rod tu... Sendiri imagine aaa....


 Menggunakan SP sebagai lure...


Close-up dari kaca mata semut...



*FREESTYLE STREET FISHING* 




Set up yang aku selalu gunakan untuk memujuk belao.




23 March 2013

Belao Penghilang Kumpau

Sabtu, 23/03/2013

Arghhhh…. Kumpau 3 feberet spesis utama (MJ, Selunsong & Kerapu) lagi minggu ini. Serba tak menjadi season casting kali ini. Lesen Selunsong belum dapat. Lesen MJ & Kerapu belum renew…. Belom rejeki…


 Spot Tambak Pending – tiada hasil kali ini…


Pun begitu, belao (harun/ snakehead a.k.a Channa Striatus) pulak menjadi strike nya. Kali ini spot sawah padi dalam siasatan aku selama 1 hari. Semalam aku buat ops serbuan kat situ, strike nya tidak, tapi rabutnya banyak. Aku dikejutkan kelibat spesis seperti BUJUK (harap-harap betul) melompat. Takpun memang belao… So hari ini aku serbu lagi lokasi tersebut & wallaaa… seekor belao dengan saiz tangkapan aku paling besar setakat ini berjaya ditangkap. Perghhhhh…. Fight abis beliau! Banyak shiyokkkkkkkkk woooo…!
*FREESTYLE STREET FISHING*
 


 “Tunduk Hormat” rod aku derrr…. Layan wooo!


 Tangkapan belao aku paling besar setakat ini...


 Pun begitu, belao ini aku bagi kat seseorang (cam pekerja kontrek) untuk dijadikan juadah beliau (sekeluarga?)

 

Walaupun seekor sahaja hasil kali ini, namun sebagai pengganti kumpau berpanjangan "karan" belao amatlah dihargai dah di dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.


*FREESTYLE STREET FISHING*




 

18 March 2013

Land Base Casting - Sekitar Kuching

Tarikh: Ahad, 17/03/2013
Lokasi: Sekitar Kuching 

Casting kali ini bersama Amirul & 80-80 di area berhampiran Kopodim. Lokasi sebenar tak tahu le pulak namanya. Jalan tersebut belum siap sepenuhnya & ada guard yang jaga pintu masuk. Mujurlah si 80-80 dikenali oleh para guard tersebut, so bolehlah masuk. 

Tapi aku tengok guard tu jeling semacam jer kat aku. 1st time dia tengok kereta aku bersama diorang kot? Masa balik pun camtu gak. Walaupun aku siap angkat tangan dengan senyuman lagi, masam mencuka muka dier. Tak mesra alam & tarak perasaan langsung! Android kot???? 


 Pemandangan spot kiri kanan yang berpotensi


 Sebelah kiri nie pun banyak gak spot



 Trip kali nie hanya Encik Amirul yang dapat Kerapu. Aku dan 80-80 - kumpau seadanya. Pun begitu, dengan baik hatinya, beliau menSouveniorkan kerapu tersebut kepada aku sebab....


 ...sebab sebagai upah kerana menggunakan kasut Phua Chu Kang kaler hitam aku untuk mengambil lure killer beliau yang sangkut... Tq ;p


 Berkorban apa saja... demi lure yang terchinta...


 "Hoh, strike kat ketiak Encik Amirul..." wow!


Selepas kejadian tersebut, Amirul & 80-80 pun pulang ke rumah masing-masing. Hanya 1/2 hari jer kita orang casting kat situ. Misi perseorangan aku belum berakhir. Aku teruskan dengan matlamat mencari lesen toman di area belakang e-Mart. 

Penyeksaan berpanas tetap tidak berhasil. Walaupun pelbagai jenis lure aku gunakan, mis kol pun takde! Bak kata pakcik yang lalu kat situ tengok aku casting; "Ikan dah sekolah"... Hahaha... belawak le pulak pakcik nie. Aku tengah berpanas nie pakcik, karang tak pasal-pasal ada gak yang terjun dari jembatan nie... (kataku dalam hatilah...).


Pemandangan dari atas jembatan... Menurut pakcik tu, kat dalam nie ada spesis Haruan, Toman, Kaloi, Patin, Lampam & Sultan (bukan Sultan Sulu aaaa...)


Memandangkan air start nak pasang, aku teruskan lagi misi ke lokasi peberet aku - Tambak Pending. Belum lama aku kat situ, nampak kelibat selunsung melompat dalam jarak 20m (agak-agak) dari tempat aku berdiri. "Opocot mak selunsung! Terkojut aku". Dah le time tu aku tengah tukar lure... Arghhhh... melepas! 

Dah bukan rejeki aku, sp (soft plastic) lure yang aku gunakan, jadi kudung tak berekor (umpama ulat beluncas) diratah spesis apa entah! Kalaulah beliau gigit sp dari kepala, kompom menyesal seumur hidup beliau! Hoh, pulang dengan kekumpauan kali ini...


 "Komon fish... please strike bebeh..."


Gambar mangsa (bawah) dari sp berekor kachak, bertukar jadi ulat beluncas! Ngapa kau tak gigit dari kapala huh?



Aku dah tahu Crime Scence, nanti kalau da masa akan aku siasat balik sapa punya kerja mencacatkan lure aku...
That's all for now...




10 March 2013

Boat Base Pertama Untuk 2013

Tarikh:  Ahad, 10/03/2013
Lokasi: Kuala Bandang, Lundu


Hari ini merupakan casting boatbase pertama untuk tahun 2013 setelah sekian lama casting landbase. Kali ini aku memilih Kuala Bandang, Lundu sebagai perasmian. 

Takde rejeki aku kali ini - Kumpau. Tekong bot pula mendapat anak Kerapu & MJ. Faktor air jua memain peranan. Mengharapkan air jernih kali ini, namun harapan menjadi layu.... 2 hari sebelum trip, hujan lebat melanda. Sekurang-kurangnya seminggu juga diperlukan untuk air menjadi jernih selepas hujan lebat.

Yang penting kita enjoyyyyyy.... Bagi aku sehari kumpau lebih baik dari 5 hari bekerja! Hilang stress....



With Tekong Daus & Co-pilot Os...



Walaupun menggunakan khidmat Bomoh Calcutta 101B, namun faktor air tetap kureng memberansangkan.



Tekong Daus with anak Kerapu comel. Gambar MJ tak sempat diambil...


Walaupun aku kumpau, ilmu diajar Tekong Daus tetap aku praktikan agar menjadi seorang boat drifter suatu hari nanti...