"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

29 August 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #36-37/2018


Tarikh  : 25/08/2018 (Sabtu)
Lokasi : Taman Sukma
Masa   : 6.45am - 5.30pm


Aku mulakan rutin cam biasa - Tasik Desa Ilmu. Hrmmm... semakin culas pulak Tarpon kat sini. Walaupun boiling tak meriah sangat & paling hampir pun kes sinker yang aku gunakan pada Clouser Minnow kena gigit. Haishhhhhh... Pastu sunyi balik. Aku perati memang camgitu jer kejadian kat Tasik Desa Ilmu nie. Bila dah sunyi macam tu aku cast sampai pukul 8.30am jer. Tiada hasil, chow ke Taman Sukma jerlah jawapnya...





Alamak, tinggi pulak air hari nie.




Terjah kat hujung port sama hari Khamis lepas. Boiling Sombong aku panggil. Bukan takde terus Tarpon nie menyerang lure, bila aku pakai Clouser Minnow, kat sinker digigit. Bila aku pakai jighead, tak telan habis. Bila fish on, dia buat akrobatik & melepas lagi... Lama proses memujuk & bereksperimen...




Kali ini aku lihat satu boiling yang agak jauh di seberang. Aku cast menggunakan lure udang tahap bajet (yang baru aku beli semalam) digabungkan dengan jighead. Dengan menggunakan retrived & jerk serentak sederhana laju, terus disambar ganas. Memang terasa kasar kali ini. Pecutan demi pecutan dibuat hingga drag aku menjerit. Saat akrobatik yang mendebarkan & syukur masih lekat, akhirnya berjaya didaratkan!




Species : Ikan Bulan @ Tarpon (1st catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader :
Ichiban, 20 lbs
Lure     :
Rubber Prawn (+ jighead)




Udang getah "pelsu" tahap bajet2 killer aku beli semalam. Rigging dengan jighead menjadi jugak akhirnya... Walaupun saiz kasar Tarpon nie, tak sampai 40cm. Dekat2, anggaran aku dalam 36-38cm gitu (bedasarkan sukatan lengan aku).




Bila dah agak lama memujuk & rabut semata2, aku berpindah port lagi. Habis belakang rumah orang aku terjah. Sib baik tak kena sound! Kat sini masih sungai yang sama jugak. Rabut2 cast kat sini. Matahari semakin meninggi. AKu last cast untuk 1st half terlebih dahulu sebelum rehat lunch.




Akhirnya strike seekor. Kali ini aku menggunakan Clouser Minnow.




Species : Ikan Bulan @ Tarpon (2nd catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader :
Ichiban, 20 lbs
Lure     : Clouser Minnow
(+ sinker)




Bila lepas lunch, masuklah 2nd half pulak. Sampai ke petang aku ulang-alik kat port yang mula2 tadi & kat sini jugak, namun hanya rabut belaka. Boiling pun jarang2 dah sebab air besar. Hanya 2 ekor nie jer yang berjaya dinaikan. Syukurlah...












LURE(S) OF THE DAY

Rubber Prawn tahap bajet. Tarpon tak kesah tau!




Clouser Minnow












27 August 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #33-35/2018


Tarikh  : 23/08/2018 (Khamis)
Lokasi : Taman Sukma
Masa   : 7.00am - 4.30pm


Kumpau aku minggu lepas dalam misi mencari MJ di Belungei, Lundu. So, minggu nie aku apply cuti selepas Hari Raya Haji. Pagi ini aku mulakan di Tasik Desa Ilmu. Entah mengapa lama dah tak nampak saat frenzy. Situasi cam biasa jer... Sampai pukul 8.30am aku cast, namun kumpau. Sunyi jer... Pastu aku membawa di ke Taman Sukma mencari pengubat gigil...





Air surut tapi bergerak perlahan.



 
Kali ini aku cast area belah hujung pulak sebab aku tengok banyak boiling.




Walaupun boiling banyak, namun culas betul nak menjamah lure. Lama lah jugak aku memujuk & pelbagai lure aku gunakan. Akhirnya barulah strike pembuka tirai...






Species : Ikan Bulan @ Tarpon (1st catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader :
YGK_N-Walker, 10 lbs
Lure     :
CountBass_Popper




Kena guna teknik K-"Pop" jugak baru mahu. Tu pun sangkut bawah dagu time beliau cuba melibas popper.




Tengah2 syok cast tu dapat lagi seekor Tarpon. Masa time nak bergambar, tetiba hujan. Adoiyaiii... Cepat2 aku snap.




Species : Ikan Bulan @ Tarpon (2nd catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader :
YGK_N-Walker, 10 lbs
Lure     :
Wonder50s




Yang nie time beliau menampar pakai pipi... Sib abik sangkut. Amik ko! Hahaha...




Mujurlah hujan nie tak lebat. Cuma lama lah jugak. Sib baik aku ada bekal jacket. Time hujan tu kurang dah boiling. Aku terus sabar menanti hingga hujan mula berhenti, barulah start balik boiling & strike juga yang terakhir.




Species : Ikan Bulan @ Tarpon (3rd catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader :
YGK_N-Walker, 10 lbs
Lure     :
Prawn




Memang macam2 lure aku gunakan. Boleh dikatakan semua jenis aku pakai. Lepas dapat yang ke-3 nie, aku melarikan diri dari awan mendung hitam yang dah mula kelihatan & cuba main kat port lain pulak. Namun kumpau jawapnya. Mujurlah 3 ekor tu berjaya ditawan...










 LURE(S) OF THE DAY

Blank lure aku beli online. Pastu aku spray merah kat bawah jer. Copy Storm Gomoku jer patern dia.




Blank lure aku beli online jugak. Yang nie aku spray kaler Putih, Crome, Kuning & transparent jer. Copy Ofmer Wonder...




Udang palsu tahap bajet2.











13 August 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #31-32/2018


Tarikh  : 13/08/2018 (Ahad)
Lokasi : Taman Sukma
Masa   : 6.15am - 6.30pm


On time aku terpacak di Tasik Desa Ilmu pagi nie. Sedikit kemeriahan boiling, cam biasa kebanyakannya agak jauh dari capaian cast. Setelah beberapa kali cast, paling hampir dapat bila mana sinker yang kena gigit walaupun kali ini aku mencuba pendekkan tali pada lure. Haishhhh... geram betul. 

Sampai pukul 8.30am kat situ, suasana dah sepi. Maka kumpaulah aku di Tasik Desa Ilmu... Kemudian aku memecut ke Tabuan Desa pulak. Sampai kat situ air da mula surut. Kacau punya kacau, seekor Tarpon pun tak sudi. Akhirnya aku memecut ke Taman Sukma...





Time nie dah masuk separuh masa ke-2 (lepas aku lunch) sebenarnya. Semenjak sampai pagi tu walaupun boiling banyak memang sombong betul. Tak dipandangnya lure2 yang aku gunakan. Aku tengok rumput & lalang telah diclear. Patutlah semacam jer luasnya.



 
Entah cast yang ke berapa ratus, berdekatan kawasan boiling tu tadi sp aku retrived perlahan beserta jerk lembut, barulah disambar sang Tarpon. Yes, fish on...





Strike akhirnya. Punyalah payah nak dapatkan seekor. Korang bayangkanlah dari 6.15am aku cast, nie dah jam 2pm lebih baru berhasil. Lure tak payah cakaplah, untuk semua situasi & jenis aku gunakan. Memang memilih betul!





Species : Ikan Bulan @ Tarpon (1st catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader :
YGK_N-Walker, 10 lbs
Lure     :
Hinomiya_SW08





Sampai putus sp Hinomiya aku ko dikerjakan...





Lama jugak aku ulang-alik kat sini kejar boiling. Sehinggalah satu boiling jauh kat tengah2 tu. Aku cast mendahului boiling tadik dalam jarak sekaki gitu. Kali ini aku gunakan minnow. Aku retrived cepat beserta jerk lembut & sekali lagi fish on...





Yang nie lucu sikit kes. Masa dah nak sampai kat tebing tu, dia buat akrobatik yang ke-3. Lure boleh nampak tercampak dari mulutnya & beliau jatuh betul2 kat gigi air yang berumput. Aku terus campak rod & meluru pantas untuk menerkam beliau sebelum beliau melarikan diri. Percubaan pantas beliau melompat dari terkaman aku hingga meloloskan ke dalam saki baki rumput & tindakan reflek  aku sepantas itu jugak aku saukan rumput beserta Tarpon tadi yang cuba bersembunyi. Entah dapat entah tidak, aku berhenti bergerak sekejap cuba merasa pergerakan dalam rumput yang disauk tadi, akhirnya  ada pergerakan & berjaya jugak aku naikan kerana beliau dah terperangkap dalam tu. Hahaha... padan muka!





Species : Ikan Bulan @ Tarpon (2nd catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader :
YGK_N-Walker, 10 lbs
Lure     :
OK Fish_Geo





Tangkapan terakhir walaupun akhirnya lure nie terkorban. Selepas balik dari Taman Sukma aku singgah lagi kat Tasik Desa Ilmu untuk sia2 cast sebelum Piala Maghrib & tidak berhasil... Sempat jugaklah cuci peralatan pancing kat situ setelah main air masin sebelum balik.







 LURE(S) OF THE DAY

















09 August 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #30/2018


Tarikh  : 3/08/2018 (Jumaat)
Lokasi : Taman Sukma
Masa   : 6.50am - 4.30pm


"Terlewat" aku kali ini sampai kat Tasik Desa Ilmu selepas hantar anak sekolah. Biasanya pukul 6.15am aku dah terpacak kat sini. Bagi aku maximum 6.30am MESTI dah start cast. Pagi nie meriah sikit boiling tapi masalahnya cam biaslah, nun jauh di sana... Pastu bila ko cast sejauh2nya, tetiba boleh pulak di buat boiling dekat2 nak mampus! Macam dia stanby dengar lure ko jatuh, pastu pakat sekampung keluar buat boiling depan2 kau! Arghhhhhhhh.... stress!


Sampai pukul 8.30am bila dah sunyi sepi, aku tukar port ke Riveria pulak. Pun kumpau jugak kat sana. Tukar lagi ke Tabuan Desa & 2 hari berturut2 jugak kumpau. Last choice, aku Taman Sukma... Macam nielah rutin port public menarpon aku. Tak banyak port buat masa nie.





Pada mulanya air masih besar. Menjelang tenghari baru start nak surut. Lepas solat Jumaat, aku terus ke port belakang rumah bapak saudara aku. Sampai jer dah start jauh surut dari sebelumnya.




Hari nie boleh pulak diorang bukak gate air besar2! Semalam terbuang masa jer aku tunggu nak surut! Kurang belacan betul "penjaga" nie! Sukati jer dia nak bukak ke tidak, besar ke kecik. Tak paham aku wei... Pun begitu, ada sedikit meriah boiling, tapi asyik sinker pulak yang digigit. Setelah sekian lama & puas memujuk, barulah cast ke hujung belah kiri dengan teknik fast jerk berhasil dengan fish on...

 

Jadilah... seekor perlepas gian di saat aku mendambakan setelah seharian cast.




Species : Ikan Bulan @ Tarpon 
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader :
YGK_N-Walker, 10 lbs
Lure     :
Clouser (+ sinker size 2.0)




Solid hook-up kat mulut bawah. Hanya seekor ini yang berjaya dijinakan. Ah, janji strike!







  LURE(S) OF THE DAY

Clouser Minnow.






 
 Ragging Baitfly/Spinfly @ Setup untuk Clouser






Sinker.