"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

23 May 2022

Unlocked Licence Channa Limbata @ Haruan Kedak / Dwarf Snakehead #1-3/2022

Tarikh  : 11.05.2022 (Rabu)
Lokasi: Port Rahsia


Assalamualaikum & salam sejahtera gais. Kali ini aku dijemput member aku si Nazrie ke port rahsia beliau & kawan2 (port cari makan) bagi menjejak spesis channa yang aku idam2kan sebagai ikan hiasan iaitu Channa Limbata @ Haruan Kedak @ Dwarf Snakehead.

So, jangan tanya port kat mana a... Amanah orang untuk dirahsiakan. Paham2 jerlah ya. Mana yang dah tahu tu nasiblah... Sungguh excited aku bila diberitahu nak pancing Limbata nie & sempat lagi study dari youtube sampai kul 1 pagi lebih. Hahaha...




Credit Photo : Nazrie. Otw ke port rahsia gais! Yoshaaaaa...




Tempat2 tenang begini jauh dari berarus merupakan port kegemaran Limbata. Setiap lubang & celah2 batu wajib ditry.





Berumpankan cacing sahaja, lubang tadi aku kacau (henjut2kan cacaing) terus disambar. Yes, alhamdulillah... tercapai impian dengan lesen strike Channa Limbata aku nie yang pertama (sukat bila sampai di rumah - 14cm).





Species: Channa Limbata @ Haruan Kedak / Dwarf Snakehead (1st catch)
Rod      : Fire Unicorn, ULS
Reel     : Tomman_Ebi Mini
Line     : Seahawk AAA Line (mono), 10 lb
Hook   : Fire Eagle No. 06
Lure    : Earth Worm @ Cacing Tanah





Cari celah2 lubang batu lagi... teknik yang sama main kacau kawasan depan. Bila terasa ditarik, kira 1,2,3 sintak!...






Wah, saiz kasar sedikit kali ini (sukat bila sampai di rumah - 16cm).






Species: Channa Limbata @ Haruan Kedak / Dwarf Snakehead (2nd catch)
Rod      : Fire Unicorn, ULS
Reel     : Tomman_Ebi Mini
Line     : Seahawk AAA Line (mono), 10 lb
Hook   : Fire Eagle No. 06
Lure    : Earth Worm @ Cacing Tanah





Ada beberapa kali gak tangkapan yang lucut semasa diangkat... Kali ini jumpa port kayu & batu - gabungan menarik. Kacau punya kacau diterkam ganas... Biarkan sekejap, 1...2..3 & sintak!




Lekat sekejap kat dalam lubang, bijak melawan sebelum akhirnya berjaya ditarik keluar. Yes! (sukat bila sampai di rumah - 15cm)





Species: Channa Limbata @ Haruan Kedak / Dwarf Snakehead (3rd catch)
Rod      : Fire Unicorn, ULS
Reel     : Tomman_Ebi Mini
Line     : Seahawk AAA Line (mono), 10 lb
Hook   : Fire Eagle No. 06
Lure    : Earth Worm @ Cacing Tanah



Bila terdengar bunyi guruh dah semakin hampir, kitaorang stop dulu. Bahaya kalau jumpa air besar @ kepala air tiba2. Cukuplah dulu untuk kali ini. Syukur ada strike. Boleh juga hasilnya dibela & dijual nanti. Hehehe...

Terima kasih buat Nazrie kerana menjemput aku ke port nie. Mujurlah aku survey kat kedai & fb Channa Limbata aku tak jadi beli. Nikmatnya berganda2 hasil dari tangkapan sendiri.




 Extra

Setup simple yang aku gunakan untuk menjerat Limbata.