"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

01 August 2016

Casting Land Base - Belungei, Lundu 2/2016


Tarikh  : 23/07/2016 (Sabtu)
Lokasi : Belungei, Lundu
Masa  : 5.30am - 2.00pm



Minggu ke-2 bertutut-turut, masih lagi aku mencuba nasib ke Belungei (walaupun bil.2/2016, tak bermakna dari awal tahun - pertengahan tahun aku takde cast kat Belungei nie, tapi kumpau. So malaslah nak buat story...), secara lone ranger lagi sekali memandangkan beberapa kawan aku tak dapat join.

Geng Lundu ada memaklumkan sehari 2 nie ada gak hujan & aku berharap agar kali ini air tu keruh sikit. Tapi bila sampai, masih gak jernih & sejuk. Apa boleh buat, cast jerlah. Kalau ada, adalah...




Hrmmmm... Masih lagi jernih. Hujan yang masih belum mampu mengeruhkan sedikit air.





Air mula beransur surut. Aku zoom pic nie masa nak snap. Time nie masih tinggi paras lutut aku berdiri kat dalam air.





Adalah lebih kurang 30 menet aku cast, member aku dari Geng Lundu - Bujang dapat join... Tu pun tak lama dia cast bila bos beliau telefon, terpaksa beliau balik atas faktor kerja...






Species  : Cencaru (1st catch)
Rod        : Kuying _Teton, 3-8 lb
Reel       : Kuying_Tornado 101  v2.0
Line       : Tri-Poseidon PE x4_8 lb
Leader   : Yamatoyo_Fluoro Shock Leader, 16 lb
Lure      : Cultiva_Ring Kick Tail
Jighead : SureCatch_Fish Head Jig Hook, Size 01 / 3g
Status   : Sebelum balik aku bagi makan kat ketam2 batu





Layan karan dari spesis kecik tapi membaham sp dengan rakus.





Bila air dah surut betul baru dapat aku gi kat port utama. Adalah jugak nampak "aktiviti" MJ mengejar mangsa. Walapun tak banyak sangat, rabut gak 2 3 kali. Hinggalah seekor yang mebaham ganas, terus aku sentap dengan kuat. Tak besar strike kali ini tapi semangat juangnya yang amat tinggi, bent asyik rod Teton 3-8 lb aku dikerjakan beliau. Syok layan wooo... Tangkapan ke-2 & terakhir (aku balik awal kali ini ketika air mula berbalas pasang - ada urusan lain).





Species  : Mangrove Jack (MJ) (2nd catch)
Rod        : Kuying _Teton, 3-8 lb
Reel       : Kuying_Tornado 101  v2.0
Line       : Tri-Poseidon PE x4_8 lb
Leader   : Yamatoyo_Fluoro Shock Leader, 16 lb
Lure      : Cultiva_Ring Kick Tail
Jighead : SureCatch_Fish Head Jig Hook, Size 01 / 3g
Status   : Tapau







  LURE(S) OF THE DAY