"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

09 January 2018

Toman @ Giant Snakehead #1/2018


Tarikh  : 02/01/2018 (Selasa)
Lokasi : Tasik Desa Ilmu, Samarahan
Masa   : 7.30am - 10.30am



SELAMAT TAHUN BARU 2018!!! 

Syukur masih lagi diberi peluang oleh Nya untuk bernafas dan menikmati tahun 2018. Banyak suka duka yang aku hadapi pada tahun 2017 (lebih kepada DUKA, dunia sebenar & lebih kepada SUKA, dunia hanyir). Apapun yang terjadi, hidup mesti diteruskan. Moga tahun 2018 nie bagi setiap dugaan & kesulitan, aku dikurniaan kesabaran & jalan pennyelesaian...

Alright, sambung dunia hanyir pulak. So, macam biasa, awal tahun aku memang ambil cuti extra 4 hari. Pun begitu peluang bercuti aku hanya cast 1/2 day jer. Lagi balance 1/2 day aku ambil anak aku & jaga diorang. Malas lak nak hantar dulu ke rumah penjaga. Memandangkan masa pendek, so aku gi port dekat2 jer - Tasik Desa Ilmu. Misi sebenar aku sepanjang cuti nie adalah untuk cast Tarpon degil kat situ...





Lepas hujan semalam & di awal pagi. Kureng frenzy pulak Tarpon bermain.





Gambar curik. Kredit photo: Senpai Chia.





Agak lama jugaklah cast tanpa sebarang sambutan. Pastu nampak boiling anak2 Toman, aku cast jer kacau2. Harap2 dapat level rempit jer. Maklumlah aku pakai set Ultralight... Memang jarang amat dah nampak kelibat mama Toman  kat sini. Dah kena tapau agaknya... Pun begitu, saiz asyik layan terstrike jua akhirnya...





Yes, baby Toman merasmi hasil cast pertama aku bagi tahun 2018 & menghanyirkan set baru aku dalam dunia Ultralight.





Species : Toman @ Giant Snakehead
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Sufix_Super 21 FC Fluorocarbon, 4 lbs
Lure     : Clouser






Close-up. Dah start memburu saiz nie. Cepat2lah ko membesar bagai johan... Hanya seekor nie sahaja yang aku perolehi sepanjang tempoh 1/2 day. Esok try lagi cari Tarpon.







 LURE(S) OF THE DAY

Clouser



















No comments:

Post a Comment