"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

26 December 2017

Taman Sukma Strike 01/2017: Tarpon & Unlocked License Ikan Betutu @ Ketutu @ Marble Goby


Tarikh  : 24/12/2017 (Ahad)
Lokasi : Taman Sukma, Kuching
Masa   : 6.15am - 1.30pm



Macam biasa aku mulakan cast seawal pagi di Tasik Desa Ilmu dalam misi mencari Tarpon. Kali ini aku menggunakan lure minnow baru tapi malangnya hanya 2 kali Tarpon hampir2 menyambar. Semakin dekat dengan kejayaan walaupun kumpau. Dah nampak potensi lure tu. Lepas 3 jam lebih kurang & tiada lagi sambutan, aku menukar ke lokasi baru - Taman Sukma, Kuching.




Selalunya aku "pass" jer Taman Sukma nie. Tapi hari nie memang aku dah plan mencuba layan kat sini. Seingat aku nie kali ke-2 aku cast kat sini. 1st time dulu segala rumput meninggi bagai kat tebing & dalam sungai nie. Beberapa minggu lepas, kazen aku bagitau kawasan nie dah diclear. Tulah pasal aku biarkan bagi "tempoh bertenang" sikit...





FYI, rumah bapak saudara & kazen aku tak jauh kat hujung2 tu. Memang tepi sungai. "Arum bulak" (kata orang Sarawak) korang boleh baling lure terus dari tingkap dapur. Hahaha... Bestkan rumah tepi sungai.





Lure jenis minnow, popper dicuba namun tiada efek. Pastu try pakai clouser ada kelihatan kelibat menyambar namun asyik miss jer & ada lagi kes singker dicium. Tukar lagi lure & kali ini aku menggunakan sp Cultiva Ring Kick Tail pulak. Baru beberapa kali cast, terus strike seekor saiz kasar. Perghhhhh...! Untuk mengelak kesilapan rabut masa strike, hujung rod terus aku rendahkan & tali aku pastikan sentiasa tegang otomatik. Hanya sekali 2 aksi akrobatik dibuat. Ngam2 naik kat tebing beliau meronta & terus terlepas dari hook. Nasib baik dah atas darat. Selamat...





Species : Tarpon @ Ikan Bulan (1st catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Metanium XG
Line      : YGK_N-Walker Fluoro, 10 lb
Lure     : Cultiva_Ring Kick Tail
Status  : Tapau buat lauk




Akhirnya walaupun masih gagal memujuk Tarpon tasik Desa Ilmu, Tarpon Sukma pula yang memberi kerjasama.





Masa aku solo cast, ada gak caster yang datang & cast kat sini. Apa lagi, terus jadi cameraman aku. TQ bro. Hahaha...





Air dah mula surut. Kali ini aku cast sedekat dengan tebing seberang tu. Aku biarkan lure jatuh sampai ke dasar. Aku retrive berterusan tanpa jerk secara perlahan & terus disentap sesuatu. Yes, strike lagi. Pada mulanya aku sangkakan Tarpon jugak, otomatik aku rendahkan hujung rod. Semakin dekat tiada pulak aksi akrobatik. Kemudian nampak kelibat hitam2 gitu. Hoh, ikan DBKU nie kata hati aku. FYI kat sini ikan DBKU (Dewan Bandaraya Kuching Utara) tu adalah istilah bagi ikan yang selalu sedut makanan kat dasar akuarium tu. Ala yang bentuk macam kapal angkasa tu. Ikan Sapu-sapu ke apa nama dia...





Bila dah semakin dekat & jelas, barulah kelihatan ikan yang sebenar. Betutu @ Ketutu @ Marble Goby! Wahhhhh... Lesen nie. 1st time aku dapat spesis nie. Gembira sangat2 beb!





Species : Marble Goby @ Ikan Betutu @ Ikan Ketutu (2nd catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Metanium XG
Line      : YGK_N-Walker Fluoro, 10 lb
Lure     : Cultiva_Ring Kick Tail
Status  : Tapau buat lauk





Macam2 gak nama ikan nie. Kalau kat sini dipanggil Betutu. Kat Semenanjung dipanggil Ketutu. Ada gak yang panggil Ikan Ubi / Haruan Bodoh. Arghhhh lantaklan nama beliau. Janji aku dah ada lesen! Hahaha...





Time nie hari hujan on off on off tapi taklah lebat sangat. Nampaknya dah kurang sikit Tarpon bermain di permukaan. Mungkin faktor hujan mempengaruhi keaktifannya bermain atau mencari makan???. Bila nampak Tarpon membuat boiling, terus aku cast lure ke depan sikit. Retrive & jerk berulang2 & kali ini disentap lagi...





Yes, strike ke-3. Sebelum beliau membuat aksi akrobatik, hujung rod aku terus rendahkan. Kali ini bekali2 gak aksi akrobatik dibuat. Jangan dilayan sangat sebab mulut saiz camgini lembut & cepat koyak. Secepat yang boleh try bawak ke darat.





Species : Tarpon @ Ikan Bulan (3rd catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Metanium XG
Line      : YGK_N-Walker Fluoro, 10 lb
Lure     : Cultiva_Ring Kick Tail
Status  : Tapau buat lauk





Lagi sekali kes lucut sampai kat darat. Kan dah cakap tadi mulut dia lembut & cepat koyak. Nasib baik tak lucut time dia buat aksi akrobatik tu...




Inilah tangkapan aku yang terakhir. Aku terpaksa menghentikan cast lebih awal. Hanya setengah hari jer aku cast kali ini disebabkan dah berapa ratus kali aku menguap tak cukup tido. 3 jam lebih jer aku tidur semalam sebab jahit beg koyak & terlayan rancangan Running Man! Tambah2 lagi hujan on off on off tu. Dalam perjalanan balik pun menguap berkali2 lagi... Sampai di rumah, sempat lagi aku siang ikan2 nie terlebih dahulu. Aku plan esok jer masak buat lunch. Pastu aku tido sebab dah low batt sangat! Dapat tido sejam lebih kurang, barulah segar balik.






 LURE(S) OF THE DAY










No comments:

Post a Comment