"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

13 December 2017

Snakehead Report (2nd weeks of December 2017)


Tarikh  : 09/12/2017 (Sabtu)
Lokasi : Sekitar Kota Samarahan
Masa   : 6.30am - 6.30pm



Misi sebenar aku hari ini adalah untuk casting Tarpon @ Ikan Bulan. Lama dah tak cast beliau nie. Aku geram kat Tarpon Tasik Desa Ilmu tu. Payah bena nak cast.Tapi di penghujung cerita aku kumpau Tarpon. Last2 jadi misi melayan Snakehead...




Awal pagi yang tenang pada mulanya. Time nie agak jauh Tarpon bermain.





Cast punya cast sampai backlash! Dah lah payah nak lerai. Ngam2 time camgine baru Tarpon tu main dekat2. Arghhhhh sudah! Nampak tak boiling kat situ? Saiz2 kasar tu. Geram wooo... Agak lama jugak aku nak lerai, kemudian tetiba hari hujan! Terus hilang Tarpon bermain kat situ.





Masa nak lerai tu, hilang gak kesabaran aku. Last2 aku potong jer jambul tu. Tali baru nie. Belom pa2 lagi dah kena cukai...




Lepas tiada sambutan dari Tarpon aku try menoman lak. Anak ada tapi mak bapak tiada. Hoh, mungkinkah dah kena tapau? Bila jam dah menunjukkan pukul 10.30am, aku kena stop cast dulu sebab nak menghadiri kenduri kazen aku...

Lepas kenduri, aku memecut menuju ke Sungai Maong. Ada temujanji cast dengan sorang member untuk mencuba cast Tarpon atau Toman. Sejam lebih gitu aku cast solo sebab batang hidung member tu pun tak nampak! Hrmmmmmm....  

Kemudian aku buat keputusan untuk balik ke Kota Samarahan untuk cast Snakehead. Dah lama layan cast kat Kota Samarahan, baru member tadi WA (whatapps), cakap dah nak sampai kat Sungai Maong. Hrmmmmm... lagi sekali. Lambat cerita!



 

Lalu kat parit yang selalu aku "pass" jer. Kali ini tergerak hati aku untuk cast kat sini. Tengah retrive, terus lure aku hilang dari permukaan air...





Nah... Dicolek snakehead rupanya. Strike seekor curut yang merupakan satu2nya hasil kali ini (kat beberapa tempat banyak gak berlaku kes rabut).





Species : Haruan @ Common Snakehead
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Metanium XG
Line      : YGK_N-Walker Fluoro, 10 lb
Lure     : Eupro_Soft Lure
Status  : C&R








 LURE(S) OF THE DAY

Boleh tahan gak keras katak nie. Tak mudah koyak. Cuma kelemahan dia bila ko cast, mudah sangat nak landing terbalik bila terkena/sangkut kat apa2 (badan kat atas, belakang kat bawah) - aksi kuak lentang!







No comments:

Post a Comment