"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

04 December 2017

Snakehead Report (1st week of December 2017)


Tarikh  : 02/12/2017 (Sabtu)
Lokasi : Ladang Sawit Empila, Kota Samarahan
Masa   : 6.30am - 4.30pm



Awal pagi aku mulakan cast di Riveria. Sampai di sana cuaca agak baik. Tapi tiada tanda2 keaktifan ikan. Senyap sunyi jer. Hanya 45 minit aku cast kat situ. Entahlah mengapa masih lagi belum ku temui saat2 frenzy & boiling. Kumpau di akhirnya...

So, aku bertukar tempat menuju ke Ladang Sawit Empila. Memang target utama aku main kat sini. Sesaja test awal kat Riveria dahulu. Bila kumpau, meladanglah jawapnya.





Sampai kat sini kedapatan sedikit banjir. Kalau jumpa situasi camni, kompom boleh jumpa haruan bawak anak2 main pusing2 taman...





Cast dari hujung karpet, sampai kat tengah terus disambar ganas...





Strike seekor saiz curut. Layan pakai spinning pulak. Lama dah tak pakai, rasa kekok. Rasa cam baru belajar nak cast. Hahaha... A few cast, barulah aku jumpa right tune nak guna set spinning nie.





Species : Haruan @ Common Snakehead
Rod       : Viper_Venom Hybrid, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Sahara C3000HG
Line      : Tri-Poseidon_30 lb
Leader : Bossna_DFC Leader, 20 lb
Lure     : SureCatch_Tiny Frog
Status  : C&R





Dah semakin terok lure aku nie koyak. Tapi sayang nak buang dulu. Tunggu aku beli gam khas untuk buat "pembedahan plastik" nanti.





Dipendekkan cerita, nie jer yang aku strike! (Apa???! Ohmaigot!). Pendek jer report blog aku kali ini. Bukan takde sambaran lain, masalahnya berkali2 gak rabut. Aku cast kat sini pun sampai pukul 2.00pm. Kemudian berpindah ke port lain. Pun ada lagi kes rabut berlaku sebelum tetiba hujan lebat awal mengakhiri sesi cast aku untuk minggu nie.






 LURE(S) OF THE DAY









No comments:

Post a Comment