Tarikh : 25/11/2017 (Sabtu)
Lokasi : Sekitar Kota Samarahan
Masa : 3.30pm - 6.30pm
Semakin hari semakin malas pulak rasa nak update. Tak tahu kenapa (of course kumpau salah satu penyumbang utama), feel berkarya tu on off on off jer rasa. Faktor cuaca kah? Faktor mood kah? Faktor stress kah? Rasanya semua tu...
Back to the story, nie aku nak update hasil cast minggu lepas. Aku cast dekat2 jer memandangkan masa aku dah terbuang. Hanya berbaki 3 jam sahaja. Target aku Snakehead sawah padi memandangkan musim hujan & banjir dah nak start.
Port minggu lepas banjir lagi dari nie. Tapi hampa lak rasa bila tengok banjir tak jadi. |
Beberapa kali cast kat sini ada berlaku sambaran namun "miss". Terus operasi memujuk bermula... hingga satu ketika satu sambaran manja membaham lure aku. |
Strike seekor sebagai pembukaan rasmi. Yes, tak kumpau. |
Species : Haruan @ Common Snakehead (1st Catch)
Rod : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel :
Shimano_Metanium XG
Line : Sunline_Queenter, 17 lb
Lure : Ey_Soft Lure
Status : C&R |
Perghhhhh... telan habis. |
... kali ini strike Snakehead yang ke-2. |
Species : Haruan @ Common Snakehead (2nd Catch)
Rod : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel :
Shimano_Metanium XG
Line : Sunline_Queenter, 17 lb
Lure : Ey_Soft Lure
Status : C&R |
Hujung bibir sangkut kali ini. |
Kemudian aku tukar port lak. Jalan2 sampai jumpa port gine. Dah heavy cover. Sayang aku tak pakai set HCG. |
Hrmmm... kalau sangkut kat sini kompom kerja amal - menyedekah lure le jawapnya. |
Kesan air surut. Kalau banjir nie lagi besar kawasan yang berpotensi untuk cast. Balingan pertama kat hujung2 tu diretrive pelan2 & terus dicekup kemas oleh penghuni dasar... |
Dapatlah seekor yang paling kecil antara ke-3 Snakehead tadi. |
Species : Haruan @ Common Snakehead (3rd Catch)
Rod : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel :
Shimano_Metanium XG
Line : Sunline_Queenter, 17 lb
Lure : Ey_Soft Lure
Status : C&R |
LURE(S) OF THE DAY
EY Soft Lure. Katak last daripada 4 ekor masa aku beli mula2 dulu... |
X casting ikan bulan lg ke bro?
ReplyDeleteBelom lagi bro. Stay tuned aa...
Delete