Tarikh : 2/08/2018
(Khamis)
Lokasi : Tasik Desa Ilmu | Taman Sukma
Masa : 6.35am - 4.30pm
Hoh, kumpau aku
minggu lepas! So, hari nie & esok aku bercuti. Bukan apa, untuk
tempoh bertenang disebab hal kerja. Atas arahan Job Rotation, aku akan
ditukarkan ke Unit Akaun pulak. Maka pasnie boleh dikatakan tiada lagi
aku outstation & otomatiknya tiada lagi peluang & ruang casting
"away"... Berbalik kepada story casting lak...
|
Selepas aku hantar anak ke sekolah, aku terus memecut ke port WAJIB diterjah seawal pagi. |
|
Masa sampai tu adalah jugak boiling sana sini. Lepas pasang lure, kat tengah2 tu ada boiling yang agak jauh dari rada cast aku. Aku buat 1st cast sejauh mungkin untuk warm-up dulu... Tengah aku retrived, terasa lure aku disambar, hoh, strike rupanya. Aku terus layan fish on nie. 3 kali aksi akrobatik yang mendebar jiwa... |
|
Akhirnya saiz kasar berjaya didaratkan. Last akrobatik atas rumput berjaya memutahkan lure tapi sudah terlambat. Syok layan wooo... |
|
Species : Ikan Bulan @ Tarpon (1st catch)
Rod : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel :
Shimano_Sahara 500FE
Line : Special Line, 4 lbs
Leader : Sufix_Super 21 FC, 4 lbs
Lure : Clouser (+ sinker size 2.0) |
|
Yang
nie tak payah pakai measuring tape aku tahu tak sampai 40cm. Dekat2,
dalam 36-38cm gitulah lebih kurang. Kalaulah 1st cast selalu berhasil
terus kan best! Walaupun selepas itu boiling semakin berkurangan, sehingga jam 9.30am tiada lagi hasil, aku terus memecut ke Riveria pulak... |
|
Tiada hasil di Riveria, aku singgah kat Tabuan Desa. Sampai kat situ air dah nak surut & boiling pun kecik2 jer. Kumpau lagi... Pastu pindah pulak kat Taman Sukma nie... |
|
Besar pulak air kat sini sebab gate air tu diorang bukak kecik! Kurang asam tul... Besar camnie payah nak cast. Ditambah lagi boiling yang jarang2. Pun begitu, walau tanpa boiling aku buat blind cast jer... |
|
Beberapa kali buat blind cast (bukan kat boiling yang memang takde), tetiba lure terasa sangkut kat sesuatu. Tapi masa aku tarik pelan2, terus dibawak laju. Hoh, fish on beb!... 2 kali akrobatik namun lure masih sangkut dengan kemas & akhirnya berjaya didaratkan. |
|
Species : Ikan Bulan @ Tarpon (2nd catch)
Rod : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel :
Shimano_Sahara 500FE
Line : Special Line, 4 lbs
Leader : Sufix_Super 21 FC, 4 lbs
Lure : Clouser (+ sinker size 2.0) |
|
Solid hook-up kali ini. Walaupun saiz remaja, tetap syok dilayan... Sampai petang masih tiada tanda2 gate air dibukak besar & on off on off aku ke port nie & port rumah bapak sedara aku, pun masih tiada lagi berhasil, so aku buat keputusan stop dulu & balik ambil anak balik pulak... |
LURE(S) OF THE DAY
|
Clouser Minnow. |
Ragging Baitfly/Spinfly @ Setup untuk Clouser
|
Sinker. |
No comments:
Post a Comment