"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

29 August 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #36-37/2018


Tarikh  : 25/08/2018 (Sabtu)
Lokasi : Taman Sukma
Masa   : 6.45am - 5.30pm


Aku mulakan rutin cam biasa - Tasik Desa Ilmu. Hrmmm... semakin culas pulak Tarpon kat sini. Walaupun boiling tak meriah sangat & paling hampir pun kes sinker yang aku gunakan pada Clouser Minnow kena gigit. Haishhhhhh... Pastu sunyi balik. Aku perati memang camgitu jer kejadian kat Tasik Desa Ilmu nie. Bila dah sunyi macam tu aku cast sampai pukul 8.30am jer. Tiada hasil, chow ke Taman Sukma jerlah jawapnya...





Alamak, tinggi pulak air hari nie.




Terjah kat hujung port sama hari Khamis lepas. Boiling Sombong aku panggil. Bukan takde terus Tarpon nie menyerang lure, bila aku pakai Clouser Minnow, kat sinker digigit. Bila aku pakai jighead, tak telan habis. Bila fish on, dia buat akrobatik & melepas lagi... Lama proses memujuk & bereksperimen...




Kali ini aku lihat satu boiling yang agak jauh di seberang. Aku cast menggunakan lure udang tahap bajet (yang baru aku beli semalam) digabungkan dengan jighead. Dengan menggunakan retrived & jerk serentak sederhana laju, terus disambar ganas. Memang terasa kasar kali ini. Pecutan demi pecutan dibuat hingga drag aku menjerit. Saat akrobatik yang mendebarkan & syukur masih lekat, akhirnya berjaya didaratkan!




Species : Ikan Bulan @ Tarpon (1st catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader :
Ichiban, 20 lbs
Lure     :
Rubber Prawn (+ jighead)




Udang getah "pelsu" tahap bajet2 killer aku beli semalam. Rigging dengan jighead menjadi jugak akhirnya... Walaupun saiz kasar Tarpon nie, tak sampai 40cm. Dekat2, anggaran aku dalam 36-38cm gitu (bedasarkan sukatan lengan aku).




Bila dah agak lama memujuk & rabut semata2, aku berpindah port lagi. Habis belakang rumah orang aku terjah. Sib baik tak kena sound! Kat sini masih sungai yang sama jugak. Rabut2 cast kat sini. Matahari semakin meninggi. AKu last cast untuk 1st half terlebih dahulu sebelum rehat lunch.




Akhirnya strike seekor. Kali ini aku menggunakan Clouser Minnow.




Species : Ikan Bulan @ Tarpon (2nd catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader :
Ichiban, 20 lbs
Lure     : Clouser Minnow
(+ sinker)




Bila lepas lunch, masuklah 2nd half pulak. Sampai ke petang aku ulang-alik kat port yang mula2 tadi & kat sini jugak, namun hanya rabut belaka. Boiling pun jarang2 dah sebab air besar. Hanya 2 ekor nie jer yang berjaya dinaikan. Syukurlah...












LURE(S) OF THE DAY

Rubber Prawn tahap bajet. Tarpon tak kesah tau!




Clouser Minnow












No comments:

Post a Comment