"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

03 September 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #38-41/2018


Tarikh  : 02/09/2018 (Ahad)
Lokasi : Taman Sukma
Masa   : 6.15am - 6.45pm



Pembukaan cast hari nie cam biasa aku cast kat Tasik Desa Ilmu. Ada sedikit kemeriahan boiling, tapi kumpau jugak akhirnya. Mis kol pun tak ada. Memandangkan kerja opis aku semakin banyak, terpaksalah aku berkorban sedikit masa cast. Aku kena buat OT dulu. Lepas tu baru sambung cast balik. Tetiba hujan lebat melanda time aku dah nak abis OT. Pulak...! Kena tunggu reda sikit baru aku memecut ke Taman Sukma... 




Hujan renai2 selepas lebat amat tadi. Ada kemeriah boiling tapi sombong. Sekali dua rabut disebabkan akrobatik.





Lama jugak aku cast kat port nie, dari jam 2 lebih aku sampai, pukul 4 lebih baru strike seekor. Hujan pulak asyik on off on off. Sib baik tak lebat sangat.





Species : Ikan Bulan @ Tarpon (1st catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader : Tomman_Tali Hantu
, 10 lbs
Lure     :
Berkley_Ripple Shad (+ jighead)





Masa akrobatik kat daratlah lure nie lucut. Nasib baik bukan masa dalam air.





Sampai pukul 6 lebih kat port tadi & kira dah nak balik sebab tiada sambutan, aku cuba cast berdekatan port rumah bapak sedara aku pulak...





Tak lama, terus kena racing. Bunyi drag yang syahdu pun terhasil disebabkan saiz layan.




Species : Ikan Bulan @ Tarpon (2nd catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader : Tomman_Tali Hantu
, 10 lbs
Lure     :
Rubber Prawn (+ jighead)





Ampuh! Walaupun berkali2 buat akrobatik, namun hook yang mencangkuk kemas kat mulut bawah mampu bertahan dari terlucut.




Cast lagi & tak sampai 5 menet, sekali lagi drag aku menjerit! Hoh, semakin lewat petang baru menjadi kali nie...




Species : Ikan Bulan @ Tarpon (3rd catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader : Tomman_Tali Hantu
, 10 lbs
Lure     :
Rubber Prawn (+ jighead)





Lebih kurang sama saiz dengan yang tadi serta mempunyai tahap pecutan & akrobatik yang lebih bertenaga.





Beransur gelap hari, semakin banyak nyamuk menyanyi & tak sampai 10 menet, kali ini pecutan padu rakus melarikan lure aku. Bunyi drag spinning berselang-seli ketika Tarpon membuat pecutan paling panjang pun terhasil! Aksi akrobatik pulak aku bagi 10 MARKAH.




Species : Ikan Bulan @ Tarpon (4th catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader : Tomman_Tali Hantu
, 10 lbs
Lure     :
Rubber Prawn (+ jighead)





Perghhhhhh... mangsa yang paling kasar, padu & jahat untuk sesi kali ini & merupakan hasil penamat. Syukur tak kumpau!









 LURE(S) OF THE DAY

*Kredit foto: Sumber internet (mana pulak aku letak gambar aku snap dulu dah tak jumpa).





Must have... 1 of Tarpon killer.










No comments:

Post a Comment