"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

20 September 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #45-46/2018


Tarikh  : 16/09/2018 (Ahad)
Lokasi : Taman Sukma
Masa   : 6.30am - 4.30pm



Hari ini sebenarnya aku nak try genre baru dalam arena memancing iaitu Eging (candat sotong). Memecutlah aku ke port tepi pantai berbatu di Damai Golf & Country Club. Berbekalkan secebis ilmu tak seberapa dari layan youtube, kumpau jua akhirnya. Siap terkorban lagi 2 ekor lure eging... Last2 ke Taman Sukma le jawapnya layan Tarpon pulak...





Pada mulanya masa aku sampai air masih besar & boiling jarang2 sangat. Tiada sambutan time tu. Memandangkan dah nak tengah hari & Tarpon kurang aktif, so aku amik kesempatan coba lelapkan sekejap mata nie yang terasa mengantuk amat. Agak2 dah mula surut tu, baru aku sambung balik cast. Kini boiling sedikit meriah. Aku kejar boiling sampai sini. Satu boiling yang agak "keseorangan" & di tengah2, aku cast & retrived cam biasa, terus disambar laju. Yes, fish on...





2 kali membuat aksi akrobatik namun hook-up yang kemas menyelamatkan keadaan. Strike seekor saiz layan.





Species : Ikan Bulan @ Tarpon (1st Catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader : Tomman_Tali Hantu
, 10 lbs
Lure     :
Rubber Prawn (+ jighead)



 
Macam biasa, aksi meronta2 di darat baru hook tercabut, tapi sudah terlambat. Hahaha...
 



Berkali2 jugak aku ulang-alik ke atas & ke bawah kejar boiling Tarpon tu. Yang nie rasanya dah masuk pusingan ke-3. Boiling yang sedikit jauh di 'sinun' berhampiran tebing... Aku cast depan sikit dari boiling tadi, retrived & jerk dengan cepat, terasa sesuatu menyambar tapi tidak sangkut. Terus aku perlahankan sedikit timing di antara retrived & jerk tadi. Kali ini sambaran kemas terus aku sentap kuat sikit. Yeahhhhh, fish on beb...!



 
Stendet 2 kali akrobatik jugak yang mencemaskan, namun akhirnya berjaya didaratkan. Agak "liar" & menganas sedikit Tarpon yang ke-2 nie...





Species : Ikan Bulan @ Tarpon (2nd Catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader : Tomman_Tali Hantu
, 10 lbs
Lure     :
Rubber Prawn (+ jighead)





Yang nie sangkut kat bawah mulut. Akibat beliau sendiri yang asyik meronta2 kat darat sehingga mengoyakkan bawah mulut tu. Cukuplah 2 ekor nie pelayan hobi hujung minggu aku. Aku kena chow awal sebab ada program lain bersama keluarga malam nie.









 LURE(S) OF THE DAY

Ragging simple untuk Rubber Prawn yang aku gunakan. Berat jig head tu biasanya aku gunakan 5g & 3g dah memadai.










2 comments:

  1. Wahai sifu tumpang tanya, pi pantai batu damai golf tak kena halau ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pun... Siap dapat baling kejap kat kolam2 padang golf tu (tapi berlindung dgn pokok ah). Nasib kot... Kihkihkih...

      Delete