"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

13 August 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #31-32/2018


Tarikh  : 13/08/2018 (Ahad)
Lokasi : Taman Sukma
Masa   : 6.15am - 6.30pm


On time aku terpacak di Tasik Desa Ilmu pagi nie. Sedikit kemeriahan boiling, cam biasa kebanyakannya agak jauh dari capaian cast. Setelah beberapa kali cast, paling hampir dapat bila mana sinker yang kena gigit walaupun kali ini aku mencuba pendekkan tali pada lure. Haishhhh... geram betul. 

Sampai pukul 8.30am kat situ, suasana dah sepi. Maka kumpaulah aku di Tasik Desa Ilmu... Kemudian aku memecut ke Tabuan Desa pulak. Sampai kat situ air da mula surut. Kacau punya kacau, seekor Tarpon pun tak sudi. Akhirnya aku memecut ke Taman Sukma...





Time nie dah masuk separuh masa ke-2 (lepas aku lunch) sebenarnya. Semenjak sampai pagi tu walaupun boiling banyak memang sombong betul. Tak dipandangnya lure2 yang aku gunakan. Aku tengok rumput & lalang telah diclear. Patutlah semacam jer luasnya.



 
Entah cast yang ke berapa ratus, berdekatan kawasan boiling tu tadi sp aku retrived perlahan beserta jerk lembut, barulah disambar sang Tarpon. Yes, fish on...





Strike akhirnya. Punyalah payah nak dapatkan seekor. Korang bayangkanlah dari 6.15am aku cast, nie dah jam 2pm lebih baru berhasil. Lure tak payah cakaplah, untuk semua situasi & jenis aku gunakan. Memang memilih betul!





Species : Ikan Bulan @ Tarpon (1st catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader :
YGK_N-Walker, 10 lbs
Lure     :
Hinomiya_SW08





Sampai putus sp Hinomiya aku ko dikerjakan...





Lama jugak aku ulang-alik kat sini kejar boiling. Sehinggalah satu boiling jauh kat tengah2 tu. Aku cast mendahului boiling tadik dalam jarak sekaki gitu. Kali ini aku gunakan minnow. Aku retrived cepat beserta jerk lembut & sekali lagi fish on...





Yang nie lucu sikit kes. Masa dah nak sampai kat tebing tu, dia buat akrobatik yang ke-3. Lure boleh nampak tercampak dari mulutnya & beliau jatuh betul2 kat gigi air yang berumput. Aku terus campak rod & meluru pantas untuk menerkam beliau sebelum beliau melarikan diri. Percubaan pantas beliau melompat dari terkaman aku hingga meloloskan ke dalam saki baki rumput & tindakan reflek  aku sepantas itu jugak aku saukan rumput beserta Tarpon tadi yang cuba bersembunyi. Entah dapat entah tidak, aku berhenti bergerak sekejap cuba merasa pergerakan dalam rumput yang disauk tadi, akhirnya  ada pergerakan & berjaya jugak aku naikan kerana beliau dah terperangkap dalam tu. Hahaha... padan muka!





Species : Ikan Bulan @ Tarpon (2nd catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader :
YGK_N-Walker, 10 lbs
Lure     :
OK Fish_Geo





Tangkapan terakhir walaupun akhirnya lure nie terkorban. Selepas balik dari Taman Sukma aku singgah lagi kat Tasik Desa Ilmu untuk sia2 cast sebelum Piala Maghrib & tidak berhasil... Sempat jugaklah cuci peralatan pancing kat situ setelah main air masin sebelum balik.







 LURE(S) OF THE DAY

















No comments:

Post a Comment