"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

02 July 2018

Haruan @ Striped / Common Snakehead #6-7/2018


Tarikh  : 25/06/2018 (Isnin)
Lokasi : Sekitar Kuching-Samarahan
Masa   : 7.30am - 2.30pm


 
Yo, pekaba "Kipas Mati" blog aku sekalian? Masih tidak terlambat untuk aku ucapakan Salam Aidilfitri. Seperti biasa, ini merupakan Season Fishing baru aku selepas bercuti & berehat panjang. Banyak jugak karangan nak dibuat nie. Hrmmm... aku cuba ringkaskan dulu. Mode rajin menaip masih belum diactivate 100% lagi nie... Aku mulakan dengan laporan Snakehead terlebih dahulu sebagai pembuka tirai lembaran baru ini...





Pada mulanya aku ke Tasik Desa Ilmu terlebih dahulu bagi mencari Tarpon & Toman. Namun tidak berhasil. Kemudian aku terjah port kat Taman Uni Central nie. Lama gak aku dah skodeng port nie, cuma belum berkesempatan pada mulanya. So, hari nie baru ada masa. Dengar kata member akulah, dah 2 kali dia pergi kat port nie & 2 kali jugak kena sound oleh penghuni kat rumah tu (dilindungi pokok2 tu. Belakang rumah beliau nie, pasal tu dia sound agaknya...). Mujurlah time aku cast takde yang sound.
 



"Heavy cover" jugak tempat nie. Kena berhati2 kalau tak nak lure sangkut. Tak jauh sikit dari rimbunan rumput tu, terdengar sambaran manja2. Aku cast terus & retrived pelan2, terus lure aku disambar sesuatu...





Strike seekor haruan saiz comel...




Yes, hasil pertama pembuka tirai season baru...




Species : Haruan @ Common Snakehead (1st catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lbs
Reel      : Ajiking_Boxster 305L
Line      : Tri-Poseidon, 30 lbs
Leader : Yo-zuri_Hybrid, 25 lbs 
Lure     : Mombok




Kali ini aku dengar pulak bunyi letupan kat kawasan gelap bawah pokok tu. Aku cast & biarkan sebentar lure kat situ. Baru bergerak sekejap lure aku, terus disambar lagi...




Dapat lagi yang lebih kurang sama saiz dengan yang pertama tadi...




Species : Haruan @ Common Snakehead (2nd catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lbs
Reel      : Ajiking_Boxster 305L
Line      : Tri-Poseidon, 30 lbs
Leader : Yo-zuri_Hybrid, 25 lbs 
Lure     : Mombok




Solid hooked-up. Kelaparanlah tu. Ini sahaja merupakan hasil tangkapan aku kali ini. Walaupun aku cuba gak mencari Tarpon kat satu lagi tempat, namun kumpau & hari mula hujan. Hanya dapat cast 1/2 day jer kali ini...








LURE(S) OF THE DAY

Lure baru aku. DIY. Starter pack dah ready aku beli online. Just baru berkesempatan nak belajar buat. Masih lagi dalam proses learning, trial & error. Aku bagi nama lure nie MOMBOK & berat dalam 8g...









No comments:

Post a Comment