"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

14 May 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #15-16/2018


Tarikh  : 09/05/2018 (Rabu)
Lokasi : Taman Sukma
Masa   : 2.45pm - 6.30pm


 
2 story jugak kali ini & ini merupakan blog terakhir untuk untuk season nie. Aku akan off cast cam biasa sepanjang bulan puasa hingga lepas raya nanti.
  
1st story...
PRU-14... Aku jalankan tanggungjawab kepada Negara terlebih dahulu. Malas nak beratur panjang2, aku mengundi di sebelah petang. Sampai kat tempat mengundi, tak sampai 10 minit dah selesai...

Lepas mengundi, terus aku memecut ke Taman Sukma. Pantang ada ruang & peluang aku akan cuba memenuhi satu2nya hobi aku ini. Sampai kat port, air dah pasang. Hrmmm...






Bila cast time "pantang ada ruang & peluang" nie, asyik kena time air besar jer. Dah lah tak fenzzy, sunyi sepi lak tu. Mana perginya Tarpon nie, mengundi jugak ke???





Memandangkan aku belom lagi beli Ofmer Wonder, so lure yang sedia ada aku modified sedikit. Aku tambah pemberat agar ianya cepat sikit tenggelam. Buat tangkap muat jer. Tak payah buat cantik2..





Di sudut tepi belah kiri kelihatan boiling di sini, secepat itu jugak aku cast lure kat boiling tu. Belum lama retrived terus strike...





Teori minggu lepas aku test lagi (rod angkat ke atas), beberapa kali aksi akrobatik namun gagal membebaskan hook. Mungkinkan hook tu solid sangkut dari dalam mulut belah hujung pipi agaknya?! Hrmmm...





Species : Ikan Bulan @ Tarpon 
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader :
YGK_N-Walker, 10 lbs






Pastu mulalah duduk waiting game (macam nie lah aku malas nak ke hulu ke hilir kejar boiling Tarpon. Baik aku tunggu jer Tarpon tu datang main dekat2)... Memang kurang sangat boiling. Kalau ada pun hanya sekali 2 miskol. Dan kebanyakannya tak pedulikan lure walaupun dah macam2 ditukar. Sombong betul ah! Hanya berhasil dengan seekor tangkapan kali ini. Memadailah buat melepas gian.









 LURE(S) OF THE DAY












Tarikh  : 13/05/2018 (Ahad)
Lokasi : Taman Sukma
Masa   : 4.15pm - 7.00pm


 

2nd story...
Macam2 hal lah pulak hari nie... Last2 pukul 4.15pm baru aku dapat turun cast. Pukul 4.40pm baru sampai kat port. Tanpa berlengah lagi, terus aku cast kat port sebelah lain sebagai permulaan bila aku melihat boiling2 yang kasar.

Rabut pulak bila dia buat akrobatik time aku cast kali ke-2. Port nie memang payah sikit nak mendaratkan Tarpon bila air pasang & besar, disebabkan lalang yang meninggi... Kemudian aku berpindah kat port biasa...





Hrmmmmm... Besar lagi... Kalau takde masalah tadi memang awal aku dah turun & sempat jumpa air surut. Beberapa kali cast & rabut. Paling hampir stike tadi dekat dengan tebing pun rabut diselamatkan kangkung.





Agak lama jugak kumpau. Dah senja baru mula nampak boiling meriah sikit. Kali ini boiling dekat jer dari tempat aku berdiri. Aku cast & retrive cam biasa, terus disambar & memecut pantas. Strike kali ini... Aku cuba teori "rod angkat ke atas tu", tapi masa strike jer dapat ingat, pastu automatik aku merendahkan rod menahan asakan & pecutan Tarpon nie... So, dah tak boleh pakai le "teori" aku tu. Kena jugak rendahkan rod & ikut flow ikan tu bergerak sambil2 berdoa dalam hati agar hook tidak tercabut time dia buat akrobatik...





Cubaan beliau melarikan diri bawah kangkung & membuat aksi akrobatik kat situ hingga stuck kat bawah tu. Bagi mengelak kejadian sama berlaku lagi (rabut diselamatkan kangkung), terpaksa jugak aku turun berendam sikit mengeluarkan dari kangkung. Mujurlah berlaku kat kawasan air yang cetek & akhirnya berjaya didaratkan.





Species : Ikan Bulan @ Tarpon 
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader :
YGK_N-Walker, 10 lbs






Foul hook... Bukan setakat di dunia manusia sahaja berlaku kemalangan, dunia ikan pun ada jugak. Patutlah berat semacam masa fight!





Yes, kompom 30cm++ saiz layan lagi! Hanya seekor ini sahaja yang berjaya dicast. So, cuti panjang lepas nie. Jumpa lagi nanti selepas Hari Raya Aidilfitri, Insyaallah..










 LURE(S) OF THE DAY









2 comments:

  1. Alamak boss, tak dapat baca untuk sebulan lebih... TnT
    Apa2 pun selamat berpuasa. Update lagi lepas raya ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anggap jer kumpau sebulan lebih bos..., so no story to share. Hahaha...
      TQ bos & Insyaallah...

      Delete