Tarikh : 03/05/2018 (Khamis)
Lokasi : Sekitar Kuching
Masa : 4.15pm - 5.30pm
Kali ini aku nak buat 2 story sekaligus. Pada mulanya aku tak dapat cast hujung minggu disebabkan ada program lain. Namun kensel akhirnya. So, dapatlah aku cast hujung minggu.
Nie story yang pertama...
Untuk 2 hari nie aku akan berkursus, hrmmmm... strategi & planning untuk menghilang ketagih kena sedia nie. Hari pertama kursus awal sikit balik. So, aku koner balik pakai jalan lain untuk membuat risikan & intipan. Sampai kat port Tarpon, air angkat pasang & kelihatan Tarpon bermain dengan gembira. Nice! Terus berbunga2 Plan A dalam kepala aku sambil tersenyum sesorang!
Hari ke-2 & terakhir kursus, set Medium aku bawak sekali. Dan kebiasaannya hari terakhir kursus lagi awal balik. Syukur, sama seperti yang dibayangkan... Tanpa berlengah, terus balik & menuju port semalam. Yes, air masih lagi angkat pasang.
Maaf, kali ini member mohon port ini diRAHSIAkan atas permintaan mereka yang sering cast & kongsi port nie. So jangan tanya kat mana. Sesiapa yang dah tahu tu nasiblah...
Aksi melayan berhati2 bermula & akhirnya membuahkan hasil. Kasar kali ini. Inilah saiz yang sedap, lazat & nikmat dilayan! Beberapa kali jugaklah aksi akrobatik, namun hook masih lekat dengan kemas. |
Sampai putus hujung ekor dikerjakan! Sib baik solid hook-up. |
Kompom, 30cm++ atau ke atas... Saiz 30cm ( & ke atas) nie lah peberet aku & sangat best dilayan. Belom lagi kalau guna set Ultralight, lagi syahdu bunyi dragnya... |
Bejaya jugak didaratkan walaupun beberapa kali membuat aksi akrobatik kat kawasan yang banyak halangan. |
Pun berskala 30cm++. Syok amat! Inilah hasil yang terakhir. Aku kena bergegas balik nak amik anak2 pulak. Cukuplah dulu layan "Nyetttttttt..." (bunyi drag mutah), kata orang Sarawak. |
# Moral of the story: Belilah sehelai 2 rod jenis telescopic. Senang nak bawak kalau jumpa situasi sama cam aku nie. Hehehe...
LURE(S) OF THE DAY
Softbaits Paddle Tail. |
Tarikh : 06/05/2018 (Ahad)
Lokasi : Tabuan Desa & Taman Sukma
Masa : 6.30am - 6.00pm
Story yang ke-2 pulak...
Entah dah kali ke berapa aku ke port Desa Ilmu mencari Tarpon & sebanyak itu jugak aku masih kumpau. Kali ini tak happening langsung. Sikit sangat boiling Tarpon. Lagipun kedudukannya agak jauh... Kelompok kecil anak2 Toman kelihatan. Tapi malas lah nak cast sebab aku bawak set UL. Tak pasal2 kalau mama & papanya yang rembat, habislah nak melayan.
So, aku berpindah tempat menujuk ke area Tabuan JayaDesa - belakang Balai Polis. Sebelum nie aku tercari2 port nie, tapi tak jumpa. Rupa2nya aku tak perasan sebab masa aku lalu tu, air surut sangat! Patutlah tak kelihatan Tarpon bermain.
Air masih lagi tinggi walaupun kalau ikut jadual dah start surut. Nampaknya air mati, perlahan sangat bergerak. |
Adalah jugak kelihatan boiling yang sedikit meriah. Namun kebanyakannya boiling kecik2 jer. |
Kat teluk nie aku parking. Malas nak bergerak kat lain sebab redup bawah pokok. Taklah berpanas sangat. Sine jer aku cast... Setelah lama cast, strike jugak saiz comel... |
Species : Ikan Bulan @ Tarpon (1st catch)
Rod : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel :
Shimano_Sahara 500FE
Line : Special Line, 4 lbs Leader : YGK_N-Walker, 10 lbs Lure : Hinomiya_SW08 |
Saiz purata macam tulah banyak kat sini. Susah nak jumpa saiz yang sedap layan. Lama jugak aku cast, sampai tengah hari. Agak culas juga Tarpon kat sini. Bila dah rasa boring terhadap layanan yang diberi, aku berpindah tempat pulak menuju ke Taman Sukma...
Hrmmm... besar air. Kali nie ada gelap2 cokelet sikit kondisi air. |
Kalau main kat sini, kena tengok2 boiling yang agak besar sikit. Boleh pilih2. Hahaha... (part nie yang buat aku suka cast Tarpon kat sini). Nampak jer boiling tu, dengan cepat aku cast... |
Species : Ikan Bulan @ Tarpon (2nd catch)
Rod : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel :
Shimano_Sahara 500FE
Line : Special Line, 4 lbs Leader : YGK_N-Walker, 10 lbs Lure : Ok Fish_Geo |
Satu hook kat hujung bibir & satu lagi bawah mata. Aksi akrobatik terlambat atas tanah berjaya mengeluarkan hook semasa nak buat sesi fotografi. |
Yes, kompom 30cm++ (aku dah sukat, dari jari tengah sampai pergelangan lengan tangan aku tu panjangnya 38cm). Saiz sedap layan... |
Kali ini boiling belah nie pulak. Lure dah tukar & aku pakai jenis sp. Teknik yang aku gunakan, retrive sedang2 laju tapi dijerk kuat (tinggi) sedikit. |
Species : Ikan Bulan @ Tarpon (3rd catch)
Rod : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel :
Shimano_Sahara 500FE
Line : Special Line, 4 lbs Leader : YGK_N-Walker, 10 lbs Lure : Hinomiya_SW08 |
Telan jangan tak telan... Hasil terakhir aku untuk hari nie. Walaupun tak jumpa lagi time franzy, cukuplah buat hilang gigil. |
LURE(S) OF THE DAY
Masa guna sp nie, part paling hujung pada ekor tu aku buang. Aku perati cam tak best jer renangannya bila benda tu ada. Bila buang baru nampak ok. |
No comments:
Post a Comment