"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

30 April 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #8-9/2018


Tarikh  : 27/04/2018 (Jumaat)
Lokasi : Taman Sukma, Kuching
Masa   : 7.00am - 4.30pm



Memandangkan mem outstation & mak mertua pun "outstation", bermakna tak cast lah aku hujung minggu nie. So, solutionnya, aku apply cuti hari nie. Boleh lah aku cast bagi melepas gian. Cuma yang tak best nya, aku kena kejar masa. Tak boleh nak cast sampai lewat petang sangat kerana aku nak amik anak aku petang nanti. Kalau lewat sangat, kompom merasa jem, memandangkan aku nak terjah port Taman Sukma.

Macam biasa lepas hantar anak aku ke sekolah, aku mulakan cast Tarpon kat Desa Ilmu. Dan sinonim dengan namanya, kumpau cam biasalah. Miskol pun aku tak merasa. Biasalah, target bermain di luar radar. Just kelibat megatron Tarpon (atau Bandang, aku masih belum sure sepenuhnya) menampakkan sirip besar dari kejauhan menyemarakan dendam aku kat sini. Kompom 60cm - 70cm panjang tu!





Bila dah tiada sambutan di Desa Ilmu, cam biasalah... pecut ke Taman Sukma. Sampai jer kat sini aku tengok air dah mula pasang balik tapi perlahan2. Mungkin Gate air tu diorang bukak kecik.





1st thing 1st, bila tebing nie belum ditenggelami air, sepantas kilat aku pijak2 rumput di sepanjang tebing tempat aku cast bagi memudahkan & meluaskan kawasan cast. Penatlah jugak nak pijak2 nie. Lupa lak nak bawak parang. Terpaksalah cara manual, main pijak2.





Bila dah puas main pijak2, barulah start cast. Takde sangat sambaran ganas hingga hook-up dari time aku mula2 cast hingga melewati tengah hari. Sekali-sekala tu adalah jugak kes rabut disebabkan aksi akrobatik... Bila dah masuk pukul 3pm lebih, barulah start Tarpon kat sini mula mengganas...





Ada 1 teknik karau (retrive) yang aku "jumpa" setelah puas bereksperimen, membuahkan hasil. Caranya, cast kat boiling, pastu karau (jangan terlalu laju) berterusan beserta jerk (dibuat serentak), dengan kiraan 20 kali karau, pastu stop 1 saat, ulang langkah ini tapi kali ini karau dengan kiraan 10 & stop 1 saat... Apa yang aku dapati, serang mengejut berlaku dalam 20 kali karauan pertama tu & ada jugak selepas 20 kali karau.





Species : Ikan Bulan @ Tarpon (1st catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader :
YGK_N-Walker, 10 lbs
Lure     : Ok Fish
_Geo





Sib baik tak buta!





Air semakin meninggi, teknik karau tadi pun menjadi kerana asyik merasa rabut & miskol. Aku kena rush sebab ada masa sampai jam 4.30pm jer.





Lure aku tukar, menggunakan Ofmer Wonder. Teknik retrive tadi terus menjadi sebati... Nah hasilnya Tarpon ke-2 & terakhir untuk hari ini.





Species : Ikan Bulan @ Tarpon (2nd catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader :
YGK_N-Walker, 10 lbs
Lure     : Ofmer
_Wonder 50





Aksi akrobatik last minute kat tebing berjaya mengeluarkan lure hingga menyebabkan aku hampir bergolek ke dalam sungai tu dalam cubaan menangkapnya! Kurang asam betul... Sib baik sempat diterkam! Cukuplah untuk kali ini. Walaupun tidak sefrenzy minggu lepas hingga menyebabkan aku kumpau & kalah terok dibuli, terbalas jua dendam minggu ni.







 LURE(S) OF THE DAY

Hook baik tukar. Yang asal lembut sangat. Berjaya dikangkang Tarpon minggu lepas!



 













No comments:

Post a Comment