"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

11 April 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #5/2018


Tarikh  : 04/04/2018 (Rabu)
Lokasi : Miri, Sarawak
Masa   : 6.30am | 5.30pm



Minggu nie aku outstation ke Miri disebabkan tugasan. Awal2 aku dah rancang bawak set just in case member2 Miri nak bawak komplot. 4 hari aku berkampung kat sini. Dah nama rezeki, tempat penginapan & function kali ini betul2 membelakangi muara sungai. Cun sangat!





Nahhhhhh... heaven! Pemandangan dari bilik penginapan aku. Belah kiri lagi tu muara sungai & terus ke laut. Nampak tak parit port Tarpon tu?





Hah, nie pulak pandangan dari parit port Tapon tu mengadap hotel penginapan aku. Dekat kan? Hehehe...




Inilah parit port Tarpon tu. Cukup heaven boiling sana sini time air surut. Namun degil jugak lah sikit... Beberapa kali jugak rabut lantaran aksi akrobatik!




Dari atas parit sampai ke tepi bawah parit aku cast, hinggalah satu sambaran pantas membaham popper yang aku gunakan kali ini. Syukur akhirnya naik jugak seekor! Sebenarnya hari ini merupakan hari yang ke-3 aku cast. Lagi 2 hari sebelumnya asyik rabut sahaja. Lagipun masa aku cast sejam ke 2 jam jer disebabkan kekangan masa & tugas.




Species : Ikan Bulan @ Tarpon 
Rod       : Souguyilang (telescopic), 6-12 lbs
Reel      : Shimano_Sienna 1000FE
Line      : Tri-Poseidon, 15 lbs
Leader :
Yo-Zuri_Hybrid, 25 lbs
Lure     : Native Assasin_Boil 4.8




Macam2 lure guna, popper juga dia nak & barulah melekat. Teknik karauan masa guna popper nie aku jerk & pause perlahan2 untuk menghasilkan bunyi "pop" yang kuat.




Sampai nak Maghrib dah alang2 tengok sunset jerlah dulu. Time nie memang dah takde sambutan lagi dari Tarpon tu. Puas hati hari nie kerana akhirnya misi berjaya.






LURE(S) OF THE DAY

Lama dah beli, baru hanyir. Jauh lagi tu tempat menghanyir... Hahaha...









No comments:

Post a Comment