"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

04 July 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #19/2018


Tarikh  : 27/06/2018 (Rabu)
Lokasi : Taman Sukma
Masa   : 6.45am - 2.30pm


 
Dimulakan dengan menarpon kat Tasik Desa Ilmu. Macam biasa, aku peruntukan 2 jam cast kat situ. Namun masih lagi degil Tarpon kat sana. Bila dah tiada sambutan, aku membawak diri mencari secebis "karan" di Taman Sukma...




Masa sampai, air masih lagi di paras tinggi. Boiling pun sikit2 jer.




Payah gak cast kalau tak boiling camni. Lagipun kalau ada, kedudukannya agak jauh dari jangkauan... Adalah jugak sekali 2 rabut. Bila dah lama tak berjaya dinaikan, aku berpindah tempat pulak. Tak jauh, dekat jer...




Sini haa..., sampai start surut aku test kat port belakang rumah Pak Sedara aku (port selalu aku lepak cast tu nun kat hujung sana). Bestkan hanya beberapa langkah dari belakang rumah terus ada port. Kalaulah aku yang tinggal kat sini, hrmmmm.... Setelah berkali2 cast dengan teknik retrived sedang2 laju berserta jerk, satu sambaran tiba2 memecut melarikan lure aku...




Yes, berjaya jugak. Walaupun beberapa kali membuat aksi akrobatik.




Species : Ikan Bulan @ Tarpon 
Rod       : Fishingking 210 (telescopic), Medium
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Ichiban, 20 lbs
Leader :
Special Line, 4 lbs
Lure     :
Bakau Spoon_Diamond




Hanya di darat baru aksi akrobatinya berjaya memutahkan lure. Saiz remaja rempit kali ini. Hanya seekor ini yang berjaya dicast. Aku 1/2 day cast jer hari ini sebab nak amik anak aku balik.








LURE(S) OF THE DAY

Asalnya lure aku beli tu camgini...




Pastu aku modified dengan teknik jig camgini lah lebih kurang konsep dia...










No comments:

Post a Comment