"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

03 July 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #17-18/2018


Tarikh  : 26/06/2018 (Selasa)
Lokasi : Taman Sukma
Masa   : 7.00am - 3.30pm


 
Hrmmm... Panjang nak dilaporkan kali ini. Aku cuba buat sehari, 1 story sehingga laporan aku selesai dalam minggu nie. Story tentang Tarpon @ Ikan bulan yang dah menjadi kegilan aku cast sekarang nie disebabkan faktor "kepayahan" nak strike. Dalam dendam ada geram, dalam geram ada keseronokan... 

Seperti biasa, aku mulakan cast Tarpon di Tasik Desa Ilmu. Dalam 2 jam aku cast namun masih jugak takde Tarpon yang sudi nak jamah. So, aku memecut ke Taman Sukma jerlah jawapnya...




Sampai kat sini dah surut dah.




Oklah kalau surut macam nie. Sekurang2nya kangkong tu tak menganggu sangat. Kalau takde kangkong tu payah jugak sebab kangkong tu kawasan permainan sembunyi2 Tarpon2 kat sini. Bila ada boiling aku cast secepat yang boleh kat tempat boiling tu & sepantas itu jugak lure aku disambar...




Setelah membuat aksi akrobatik, mujur lure tak lucut kat air. Hanya setelah berjaya didaratkan baru lure aku lucut. Saiz remaja rempit.






Species : Ikan Bulan @ Tarpon (1st catch)
Rod       : Fishingking 210 (telescopic), Medium
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Ichiban, 20 lbs
Leader :
Special Line, 4 lbs
Lure     :
Hinomiya_SW08 (+ jighead 3g)





Kali ini aku cast jer nun di gigi air kat tebing tu. Aku retrived sedang2 laju tetiba satu sambaran pantas berlaku...




Layan punya layan berjaya jugak dinaikan saiz remaja rempit jugak. Mendebarkan aksi akrobatik last minute sebelum sampai kat tebing.




Species : Ikan Bulan @ Tarpon (2nd catch)
Rod       : Fishingking 210 (telescopic), Medium
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Ichiban, 20 lbs
Leader :
Special Line, 4 lbs
Lure     : Hinomiya
_SW08 (+ jighead 3g)




Kalau hook sangkut kat bawah cam gini, ada selamat sedikit dari lucut sebab kawasan tu keras sikit. Biasanya kat bahagian tepi mulut tu yang agak lembut & mudah koyak. Bila ditambah aksi akrobatik, kat sinilah caster ditewaskan. Hanya 2 ekor nie jer untuk hari ini...








 LURE(S) OF THE DAY

Hinomiya Soft Lure SW08. Panjang 5.5cm sesuai untuk membulan. Tapi tak tahan & mudah "cedera".




 


2 comments:

  1. selamat ari raya! selamat kembali! finally ada jugak boleh baca dah.

    ReplyDelete