"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

05 July 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #22/2018


Tarikh  : 29/06/2018 (Jumaat)
Lokasi : Tasik Desa Ilmu
Masa   : 6.30am - 4.00pm


 
Awal pagi nie aku mulakan kat tempat biasa, Tasik Desa Ilmu. Sampai kat sini agak kurang boiling Tarpon. Kelibat Tarpon besar & sekumpulan masih belum kelihatan lagi. Lama dah aku tak tengok situasi tu. Tahap frenzy pun kurang. Kekadang aku tertanya, apakah faktor2 yang menyebabkan?. Nak kata Tarpon nie aktif waktu awal pagi, memang dah selalu awal pagi aku terjah. Adakah faktor selepas hujan yang menyebabkan air sejuk sangat menyebabkan Tarpon kurang aktif? Memang masih banyak yang perlu distudy ilmu menarpon nie...




Tenang dan sunyi kali ini. Ada jugak kelihatan Tarpon bermain namun jauh di sana, di luar kemampuan & capaian cast aku.




Ada jugak sekali-sekala Tarpon tu main dekat, tapi di saat aku "belum bersedia" time tulah dia muncul... Beberap kali cast yang masih tidak berhasil. Kemudian aku lihat lagi Tarpon bermain tak terlalu jauh sangat, aku cast sekuat yang boleh & lure jatuh dekat tempat boiling tu, aku retrived laju2 beserta jerk macam biasa. Tetiba aku merasa sesuatu menyentap ganas lure aku & memecut laju... Terus aku sentap kuat sikit & kali ini fish on! Aku kawal dengan tenang & semakin dekat menghampiri beliau terus membuat aksi akrobatik! Perghhh... kasar kali ini. Mujur hook masih sangkut...




Alhamdulillah... setelah 3 kali membuat aksi akrobatik & berselang-seli dengan pecutan turbo yang mendebarkan, berjaya juga dinaikan seekor saiz yang kasar! Akhirnya setelah lama memujuk, hari ini baru renew kembali lesen Tarpon Tasik Desa Ilmu nie. Last aku dapat Tarpon kat sini pada 2016!




Species : Ikan Bulan @ Tarpon 
Rod       : Fishingking 210 (telescopic), Medium
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Ichiban, 20 lbs
Leader :
Special Line, 4 lbs
Lure     :
Clouser (+ sinker size 2.0)




Patutlah lure tak lucut, solid hooked-up. Saiz 40cm. Huhhh... walaupun belum sampai target 50cm, aku pasti kat dalam tasik nie memang ada Tarpon berskala 50cm & ke atas!... Lebih kurang pukul 11.30am gitu hari aku rehat sekejap & akan menyambung semula lepas tengah hari sebab aku buat keputusan untuk terus cast kat sini jerlah sepanjang hari. Kensel plan nak ke Taman Sukma untuk hari ini... Lepas tengah hari hingga ke petang, tiada hasil Tarpon yang ke-2. Cukuplah seekor saiz kasar nie yang membuat aku tersenyum sepanjang hari.







 LURE(S) OF THE DAY

Clouser yang aku gunakan sebagai lure, dibeli dari rakan FB.




Sinker yang membantu clouser untuk "terbang" jauh.









Ragging Baitfly/Spinfly @ Setup untuk Clouser

Ada member yang tanya cam mana lure yang aku gunakan. So, kat sini aku kongsikan "konsep" ragging spinfly tu. Kalau takde clouser korang boleh buat/cari hook yang ada bulu. Paling tidak pun korang beli hook untuk main 7 eye tu. Tambah sinker jer & panjang tali yang digunakan dalam 1 - 2 kaki. INGAT: Retrived laju2 beserta jerk! Kalau masih tak nak, baru guna retrived sedang2 laju, jerk & pause 2 saat gitu...








2 comments:

  1. banyak update boss. puas baca.
    taniah atas bulan yg berjaya didaratkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ... Time nie jiwa membulan masih membara. Dah jadi ketagih pulak. Tambah2 lagi layan dengan set halus milus, perghhhhh.... Ada gak gi port lain tp kumpau & spesis lain x sudi. Bulan lah penghibur hati.

      Delete