Tarikh : 08/07/2018
(Ahad)
Lokasi : Tasik Desa Ilmu
Masa : 6.15am - 6.30pm
Dalam kesamaran sang mentari baru nak menyinari alam, seawal 6.15 pagi aku dah tercegat di tasik Desa Ilmu. Baik cuaca pagi ini. Aku peratikan boiling2 yang agak "ok" berbanding minggu2 lepas...
|
Suasana time kebiasaan aku start cast di Tasik Desa Ilmu... Walaupun cahaya mentari baru nak bersinar, rengit (agas)/nyamuk masih banyak jugak berkeliaran. |
|
Ada sedikit kemeriahan boiling Tarpon di sana sini. Part paling aku geram, time aku dah cast & tengah retived, time tulah si "sirip besar" (spesis yang masih belum diketahui. Ada kemungkinan Bandang @ Ladyfish) tu muncul tak berapa jauh. Haishhhh... Selalu jadi camgini tau! Bila aku dah ready nak cast, sekali lagi "sirip besar" muncul berdekatan jugak, terus aku cast & time tu jugaklah birdnest! Arghhhhhhh... ketahian apakah ini?! Geram wei....!!! Bila dah agak lama cast kurang berhasil, satu boiling kelihatan tak berapa jauh dari tempat aku berdiri nie, dengan cepat aku cast ke situ & retrived laju2. Macam takde respon jer... tetiba lure aku disambar rakus! Yes, fish on... |
|
Pada mulanya dalam samar2 aku ingatkan Toman bujang rempit yang menyambar & memecut laju. Kemudian semakin dekat barulah aksi akrobatik keluar! Perghhhhhhh... kasar jugak kali nie. Aku layan dengan tenang pun lagi sekali beliau membuat aksi akrobatik. Namun akhirnya, berjaya jugak dijinakan! Wohooo... nice catch! |
|
Species : Ikan Bulan @ Tarpon
Rod : Viper_Double Dragon, 8-17 lbs
Reel :
Shimano_Metanium XG
Line : Ichiban, 20 lbs
Leader : Tri-Poseidon, 10 lbs
Lure : Clouser (+ sinker size 3.0) |
|
Yes, 43cm kali ini! Lebih 3cm dari hasil minggu lepas. Takpe, slow & steady insyaallah tercapai jugak target 50cm & ke atas nanti... |
|
Sampai pukul 10.30am camtu tida lagi hasil & boiling2 pun semakin menghilang. Kemudian aku plan nak sambung ke Taman Sukma nanti selepas berehat kepanasan... Bila aku sampai kat Taman Sukma, besar pulak air! Lama aku lepak kat bawah pokok perati boiling namun boleh dikatakan tiada langsung! Nampak gayanya aku kena patah balik ke Tasik Desa Ilmu... Sebelum tu sempat lagi singgah ke port Tarpon di Tabuan Desa, surut pulak! Hrmmm... Sekali lagi aku sampai kat Tasik Desa Ilmu untuk separuh masa ke-2. Lama lah jugak cast namun tiada boiling yang meriah sampai ke petang. Kalau dulu dah lewat petang banyak jugak boiling. Memang aku perati di sebelah awal pagi lagi meriah kat sini. Bila dah jam 6.30pm, aku putuskan untuk stop setelah 12 jam melayan hobi aku nie. Syukurlah dengan hasil kasar walaupun seekor. |
LURE(S) OF THE DAY
|
Clouser |
|
Sinker |
Ragging Baitfly/Spinfly @ Setup untuk Clouser
No comments:
Post a Comment