"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

04 July 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #20-21/2018

Tarikh  : 28/06/2018 (Khamis)
Lokasi : Taman Sukma
Masa   : 7.00am - 3.00pm


 
Masih lagi dalam mode ketagih menarpon. Pun begitu, dah 4 hari jugak aku bawak sekali rod heavy cover sebab nak target Toman jugak masa cast di Tasik Desa Ilmu sambil2 menarpon tu. Buat masa nie dah tak nampak mama & papa Toman. Kekadang sekali-sekala tua adalah melihat Toman bujang amik nafas... Bila dah tiada sambutan kat sini selepas 2 jam, terus aku memecut ke Taman Sukma lagi...




Kali ini aku terus park kat rumah Pak Sedara aku. Time sampai air baru nak start surut.




Kurang jugak boiling. Adalah jugak sekali-sekala tu sambaran & rabut. Bila dah lama takde sambutan, aku start kerjakan rumput lalang & kangkong. Bagi clear sedikit untuk lokasi melanding ikan nanti. Pastu aku sambung balik cast. Aku gunakan jig kali ini dengan teknik speed cast. Aku karau laju2 beserta jerk & sesuatu membaham lure aku...




Yes, berjaya dinaikan kat tempat yang aku clear tadi walaupun beberapa kali membuat aksi akrobatik.




Species : Ikan Bulan @ Tarpon (1st catch)
Rod       : Fishingking 210 (telescopic), Medium
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Ichiban, 20 lbs
Leader :
Special Line, 4 lbs
Lure     :
Bakau_Speed Jig, 3g




Fuh, cedera... sangkut kat tepi mulut saiz remaja rempit.




Kebanyakan boiling aku lihat kecik2 jer. Ada boiling yang besar2 tapi agak jauh kedudukannya. Bila nampak lagi boiling sekitar kangkong tu aku cast & karau laju2 beserta jerk (penat wei karau laju2 sebab ratio spinning aku hanya 4.7:1. Kalau guna spinning ratio tinggi baru sedap layan teknik nie) macam tadi jugak, nampak ombak mengejar laju...




Strike lagi saiz remaja rempit tapi besar sedikit dari yang tadi.




Species : Ikan Bulan @ Tarpon (2nd catch)
Rod       : Fishingking 210 (telescopic), Medium
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Ichiban, 20 lbs
Leader :
Special Line, 4 lbs
Lure     :
Bakau_Speed Jig, 3g




Biasalah, akrobatik kat darat baru berjaya memutahkan lure... Kemudian boiling dah semakin kurang & tinggal boiling yang kecik2 jer. Bila dah agak lama cast & tiada hasil lagi, aku stop dulu untuk hari ini.









LURE(S) OF THE DAY


Asalnya macam nie dengan trible hook berbulu. Kemudian aku modified tambah 1 single hook kat atas & tukar dengan single hook kat bawah.










No comments:

Post a Comment