"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

06 March 2017

Riveria Strike 03/2017: Tilapia



Tarikh  : 25/02/2017 (Sabtu)
Lokasi : Riveria, Kuching - Samarahan Expressway
Masa   : 7.00am - 3.00pm



Ketagih pulak rasanya aku nak layan Tilapia. Memandangkan hari yang masih tidak menentu seringkali hujan & menyebabkan aku malas sangat nak cast area2 sungai. Dan selalunya berhasil dengan kekumpauan tahap Dewa...





Hujan rintis-rintis. Cuaca yang masih belum menentu.





Aku cast kat tempat aku strike lepas. Ini kerana bila yang 'conqured' tempat nie dahulu berjaya dicast, akan ada pengganti menaiki takhta. Tak lama aku tunggu terus ada kelibat yang acah2 menyerang lure... Takpe, aku terus provoke sampai ko "panas".





Yes, fish on! Hilang jugak sabar beliau. Kihkihkih... Pecutan demi pecutan beliau cuba melepaskan diri amat syok dilayan.




Perghhhhhh... Saiz best layan jugak nie. Kalau sebelum nie Tilapia yang aku dapat aku sedekah, yang nie aku tapau buat lauk pulak.





Species : Tilapia
Rod       : Storm_Mojo, 6-12 lb
Reel      : Shimano_Caenan
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader :  Poseidon, 20 lb
Lure     : Ofmer_Wonder 50
Status  : Tapau @ Take a way...
 



Close-up. Hooked kat atas mulut. Nice...





Nyamsssssss... Tilapia Stim.








LURE(S) OF THE DAY






 

 

No comments:

Post a Comment