"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

13 March 2017

Snakehead Report (2nd week of February 2017)


Tarikh  : 12/02/2017 (Ahad)
Lokasi : Sekitar Kota Samarahan
Masa   : 7.30am - 2.30pm



Pagi yang hujan lagi... Ke Riveria untuk mencari lauk Talapia, namun kumpau pulak. Masih fobia & trauma kah Cik Ta kat situ barangkali. 3 jam aku cast tanpa sebarang hasil. Walaupun ada kelihatan seekor 2 jenis yang menyerang lure, namun tiada rejeki kali ini.

Aku tukar plan... Snakehead pulak jadi sasaran bagi menghilang "vibrate". Lama gak aku tak makan Snakehead. So, aku bertekad nak cari seekor sebagai lauk. Dalam kepala aku dah plan nak masa apa nanti [Ceh! Kompiden level di skala 7]... Masok kereta & pecut balik ke Samarahan... 





Ada satu tempat yang lepas digali yang teringin aku nak terjah, so aku nak try lah tengok cam mana. Sekali baling & baru sekali retrived terus disambar. Terkejut aku... Aku cuba sentap rod, sempat fight 5 saat gitu, tapi rabut. Cast lagi kat tempat sama, retrived lagi & kali ini beliau meluru lagi dengan ganas & terus membaham SureCatch Tiny Frog aku.

 

 

Aku sentap kuat sikit rod kali ini & akhirnya berjaya dinaikkan. Biasanya kalau sekali terlepas dari hook, jarang dia serang balik dalam masa yang amat singkat. Kena tunggu sikit dia nak recover dari sakit tu. Tapi tidak yang nie. Terus jer menyerang lagi. Memang lapar & kebulur sangat agaknya...


 


Good size untuk juadah aku nanti. Memandangkan orang rumah pun tak makan sangat, so cukuplah saiz camgini untuk aku sorang. Syukur alhamdulillah.



 

Species : Haruan @ Common Snakehead (1st Catch)
Rod       : Storm _Mojo, 6-12 lb
Reel      : Shimano_Caenan
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon_20 lb
Lure     : SureCatch_Tiny Frog
Status  : Tapau @ Take Away buat lauk...



 

Close-up. Masih lagi mampu menggoda Snakehead Tiny Frog aku yang semakin uzur dimamah Haruan...



 

Pada mulanya aku pass jer dulu tempat nie sebab nak check it out kat area parit sawah padi. Ada dendam aku kat situ. Namun bila sampai kat situ, parit agak kering & dilitupi habis dengan teratai. Kumpau aku. Pastu on the way nak balik aku singgah semula kat sini. Pun dah heavy cover jugak. Paras air pun turun & rendah. Ada sedikit opening kat situ. Cast jerlah... Sengaja aku baling lure biar landing atas tebing tu dulu. Aku gerak pelan2. Sampai hujung tebing baru lure aku terjun. Tak diretrive terus, biarkan seketika... Pastu baru retrive & pause. Bila semakin menghampiri tumbuhan air tu (tah apa nama dia tumbuhan tu?), satu sambarang yang kasar & ganas kali ini. Aku sentap rod kuat dengan spontan...



 

Fish on beb!... Masalah besar bagi aku sebab beliau bawak main heavy cover pulak... Adoiyaiiii... "Nyetttt... nyettt...", jer bunyi tali aku ditarik dalam tu. Tahap nie aku kena kontrol & tarik pelan2. Saat yang amat mendebarkan, risau tali akan putus kat situ bila2 masa. Setelah agak lama berusaha memujuk, berjaya jugak aku tarik keluar & bawak atas tumbuhan air tu. Part nie masih belum selamat. Bekali2 gak beliau cuba masok balik melalui ruang2 yang terbuka. Namun rod sentiasa aku angkat, tak bagi can beliau masok balik kat bawah tu.


 


Akhirnya, alhamdulillah... Sungguh kasar. Rupa-rupanya sang Mama Megatron!


 

Species : Haruan @ Common Snakehead (2nd Catch)
Rod       : Storm _Mojo, 6-12 lb
Reel      : Shimano_Caenan
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon_20 lb
Lure     : SureCatch_Tiny Frog
Status  : C&R


 
Close-up. Baik punya sangkut. Nasib baik tak putus.


 

Perghhhhhh... 1.4kg. Lama dah tak layan saiz camgini. Puas hati beb. Memandangkan beliau nak bertelur, aku C&R semula. Moga2 anak2 nya nanti pulak menyambung warisan sebagai pengambush & penghentam lure bagi menghilang gian...







 LURE(S) OF THE DAY
Sad ending... Akhirnya SureCatch Tiny Frog legen nie sangkut & putus masa rabut selepas dapat tangkapan ke-2 tadi kat kawasan lain. Terkubur jua akhirnya tanpa jasad...






 
Inilah masakan simple yang bermain di kepala aku sejak tadi. Aku perap dengan garam jer. Pastu bakar sampai kering. Akhir sekali cicah dengan Kicap Manis Pedas Mahsuri. Aku perah limau sikit sebab aku tak tahan pedas. Hehehe... Sedap dimakan dengan nasik kosong jer. Perghhhhhhh....







 

2 comments: