"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

29 March 2017

Riveria Strike 06/2017: Tilapia


Tarikh  : 21/03/2017 (Rabu)
Lokasi : Riveria, Kuching - Samarahan Expressway
Masa   : 10.30pm - 3.00pm



Hari ke-2 aku masih bercuti disebabkan mata merah. Perkara pertama yang aku buat, pecut ke opis terlebih dahulu untuk apply cuti. Pastu terus aku memecut ke Riveria. Set casting awal2 lagi aku dah standby dalam kereta...

Sampai kat Riveria aku scan2 dulu kawasan sekitar. Sunyi. Tiada kelihatan sang Bulan bermain atau letupan yang menggoda. Terjah kat port yang lepas2, ada penghuni baru. Cast lure cam biasa, ada tanda2 beliau menyerang. Locked on!





Lama gak aku membangau & memujuk, namun beliau menyerang bukan dekat hook. Kemudian aku bertukar pakai lure jenis sp lak. Pun masih jua sama hasilnya. Tak tauk dah berapa lama, tetiba aku tengok "pergaduhan" mula berlaku. Dalam kekecohan tu aku cast lure kat tengah2 kawasan pergaduhan. Masa aku tengah retrived, terasa seperti mainline aku tegang. Terus aku sentap sikit. Kemudian berlaku pecutan! Sah fish on.





Masa tengah layan fish on tu barulah nampak lure aku sangkut kat atas kepala Tilapia. Foul hooked. Namun saiz yang best layan.






Species : Tilapia 
Rod       : Viper _Sting, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Caenan
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon_20 lb
Lure     : Cultiva_Ring Kick Tail
Status  : Tapau @ Take a way...










Aouchhhhh...! Kat kepala sangkut. Nasib kau Labuuuuu... Hanya seekor ini berjaya dinaikan. Ada lagi kat tempat lain yang menyerang lure, namun hanya sekejap jer berlaku. Till next time...








LURE(S) OF THE DAY











Nah, aku masak cam aku masak Haruan tempohari.






No comments:

Post a Comment