Tarikh : 25/03/2017
(Sabtu)
Lokasi : Belungei, Lundu
Masa : 05.45am - 2.30pm
Komplot duo kali ini aku bersama Mat Shah yang baru berpindah tempat bertugas ke Kuching. Memandangkan beliau cakap dah mengiggil tangan disebabkan "racun2" rakan FB, so aku bawak beliau ke Belungei untuk mencari lesen cast pertama beliau di Sarawak.
Bila aku lihat jadual pasang-surut untuk hari nie, agak awal air surut. Nampak gayanya kami berdua terpaksa bertolak awal. Masa surut agak terhad, so aku plan cast time surut & angkat pasang.
Sambil2 tu jugak aku try menghanyirkan rod baru aku buatan tempatan keluaran Malaysian Game Fishing Anglers (MGFA), iaitu VIPER Double Dragon 8-17 lb. Hehehe...
|
1st komplot with Masterji Mat Shah. |
|
Memang dah kira surut habis nie. Terlalu awal pulak paras air surut yang rendah. |
|
Antara port wajib dicast... Aku baling kat bawah pokok tumbang tu terus dingap! |
|
Baby Kerapu merasmikan komplot kali ini. |
|
Species : Kerapu_Grouper (1st Catch)
Rod : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon_20 lb
Lure : White Rabbit_Soft Lures
Status : C&R
|
|
Habis ditelan! Memang kebulur sangat. |
|
Air pun boleh dikata agak jernih kali ini. Biasanya kalau merah2 sikit baru syok... Seterusnya aku cast kat pokok tumbang sebelah lagi, terus disambar jugak. |
|
Alamak, baby Kerapu lagi... Besar sikit jer dari yang pertama tadi. |
|
Species : Kerapu_Grouper (2nd Catch)
Rod : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon_20 lb
Lure : White Rabbit_Soft Lures
Status : C&R
|
|
Solid hooked-up dah nie. Tiga2 mata sangkut. |
|
Part nie kira dah lama jugak cast, namun sunyi & kurang berpenghuni. Air pulak dah start nak pasang... Aku cast kat betul2 hujung batu yang tenggelam tu. Baru sekali retrived, terus sesuatu menyambar... |
|
Errrrkkk... Lagi2 baby Kerapu da! |
|
Species : Kerapu_Grouper (3rd Catch)
Rod : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon_20 lb
Lure : Surebite_3D Eye Shad
Status : C&R
|
|
Baby paling besar di antara baby Kerapu tadi. |
|
Dari air surut sampai air pasang kami berdua cast memang kurang sangat sambutan. Mat Shah pun dapat level baby jugak. Jadilah tak kumpau & lesen... Jangan patah semangat bro. Ini trip suai-kenal. Insyaallah, kalau dah rejeki nanti puas layan. Till next trip... |
|
*Kredit foto: Mat Shah - Lesen pertama beliau di Sarawak dengan baby Kerapu. |
|
*Kredit foto: Mat Shah - Lesen pertama beliau di Sarawak dengan baby Tetanda. |
LURE(S) OF THE DAY
ULASAN TEST DRIVE
|
*Kredit foto: Malaysian Game Fishing Anglers (MGFA) |
|
*Kredit foto: Malaysian Game Fishing Anglers (MGFA) |
|
*Kredit foto (vid. screenshot): Malaysian Game Fishing Anglers (MGFA). Aksi Mr. Eric Chan inilah yang "meracun" aku untuk mencuba rod Viper Double Dragon. Kalau nak tengok full video nie korang leh tanya Pakcik Google atau Pakcik Youtube.
|
Pendapat ringkas aku secara peribadi tentang rod yang aku gunakan nie, dari segi design memang lawa. Aku memang suka kalau rod tu jenis split grip (seksi nampak tulang), yang merupakan antara ciri2 utama bagi aku dalam pemilihan rod & sedap digenggam. Walupun rasa macam panjang handle tu tapi ianya cukup balance dengan kepanjangan rod. Guna kedua2 tangan atau 1 tangan memang sangat sedap. Tak berat & tak keras walaupun kategori rod 8-17 lb (kebiasaannya rod lain dengan poundage 8-17 lb agak berat & keras sikit).
Cuma kali ini belum ada rezeki aku lagi nak merasa fight saiz kasar, so tak dapatlah aku nak ulas "feel" tu camna. Lepas nie setiap kali turun cast, rod nie nanti menjadi senjata utama bagi aku untuk membiasakan diri menggunakannya (sambil2 mencari "feel" tahap maksima!). Apa2pun, rod nie memang rod mampu milik buatan tempatan. Rasa cam nak tambah rod lagilah keluaran MGFA nie. Hehehe...
No comments:
Post a Comment