"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

10 March 2017

Riveria Strike 05/2017: Tilapia




Tarikh  : 01/03/2017 (Rabu)
Lokasi : Riveria, Kuching - Samarahan Expressway
Masa   : 1.30pm - 4.00pm



Lewat aku bermula cast hari ini. Pagi nie aku terpaksa menghadiri discussion untuk Family Day pejabat hujung minggu nie, di mana aku salah seorang AJK untuk acara sukaneka. Walaupun tengah bercuti, terpaksa jugak attended.

Selesai jer discussion terus aku ke Riveria. Layanan padu "Cik Ta" semalam masih lagi bermain2 di benak fikiranku. "Oh Cik Ta, mu tunggu aku datang...!".




Booooooo... kat signboard tu!





Aku mulakan dengan survey port belakang signboard tadi, tempat aku strike semalam. Kuat keroh pulak hari nie. Tak nampak kan? Belilah spek polarized! [promote lagi...] Hohoho... Dah ada pengganti kat situ. Terus aku cast lure Ofmer Wonder... Aku kacau, dia patuk. Yes, jenis menyerang lure. Kacau lagi, patuk lagi. Berterusan acara "tarik-tali" nie, sampai beliau mula menampakkan sikap agresif sikit. Time nielah aku standby & fokus... Aku biarkan lure tenggelam & gerak pelan2 slow & steady kat dasar, pause jap, gerak lagi & bila beliau dah 2 3 kali patuk semakin dekat dengan bulu pada hook, terus aku sentap rod... 





Nahhhhh... lepas cubaan beliau melarikan diri bawah rumput gagal, maka strike seekor saiz best layan.





Species : Tilapia (1st catch)
Rod       : Storm_Mojo, 6-12 lb
Reel      : Shimano_Caenan
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader :  Poseidon, 20 lb
Lure     : Ofmer_Wonder 50
Status  : Tapau @ Take a way...





Hoh, foul hooked kat bawah dagu rupanya.





Pastu aku berpindah kat belah lain pulak. Scan punya scan, ada seekor yang menjaga sarang kat situ. Test kacau, hoh, memberi respon. Tenyata jenis yang menyerang lure. Macam tadi gak, kacau, fokus sampai nampak peluang, sentap sikit rod, walaaaa... fish on!





Yang nie memecut laju keluar dari tempat ambush & nak melarikan diri dengan bantuan rumput. Aku bagi 'can' dia rest jap kat R&R (Rumput & Rumpai), pastu sentap sikit2 rod, memecut lagi beliau keluar dari R&R tu. Aku layan baik punya sampai kudratnya dah berkurangan, barulah aku naikan... Yes!





Species : Tilapia (2nd catch)
Rod       : Storm_Mojo, 6-12 lb
Reel      : Shimano_Caenan
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader :  Poseidon, 20 lb
Lure     : Ofmer_Wonder 50
Status  : Tapau @ Take a way...





Betul2 kat hujung mulut dari sebelah dalam tebus ke luar (terlidung sikit tu). Nice...! Dah semakin kurang bulu kat hook aku tu.





Hanya sebelah sahaja dari tempat strike tadi aku cast & jerk, jerk & biarkan lure tenggelam. Terasa sesuatu macam cium2 jer lure aku. Tak nampak sebab dilindungi rumput. Aku cast lagi kat situ, makin bertalu2 lak rasa ciuman tu. Sah, ada seekor lagi kat bawah tu. Kali ini aku cast, jerk, jerk & biarkan lure tenggelam sampai kat dasar. Pause jap... Kemudian aku jerk balik, bila terasa ada ciuman, terus aku sentap rod kuat sedikit memandangkan view aku terlindung habis. Terus sesuatu meluru keluar bersama lure aku. Fish on akhirnya!





Tu dia, berjaya dinaikan lagi seekor.





Species : Tilapia (3rd catch)
Rod       : Storm_Mojo, 6-12 lb
Reel      : Shimano_Caenan
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader :  Poseidon, 20 lb
Lure     : Ofmer_Wonder 50
Status  : Tapau @ Take a way...





Hoh, sorry... Foul hooked kali ke-2. Kali ini kat mata pulak. Apa boleh buat, tak nampak da... Hehehe...





Aku jeling2 balik kat tempat strike ke-2 tadi, eh... dah ada pengganti?! Biar betik... Ada seekor yang mengambil alih & menjadi Abang Long Kawasan yang baru... Try cast lure kat situ, terus diserang! Baiklah... Aku provoked lagi 2, 3 kali, terus dilarikannya lure aku. Segera aku sentap kuat sikit, maka bermulalah aksi melayan. Yes, fish on lagi!





Akhirnya... Tak berapa kasar tapi masa fight memang main kasar! Tengok ekor tu, koyak & melambangkan beliau sememangnya mempunyai cita2 menjadi Abang Long Kawasan!





Species : Tilapia (4th catch)
Rod       : Storm_Mojo, 6-12 lb
Reel      : Shimano_Caenan
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader :  Poseidon, 20 lb
Lure     : Ofmer_Wonder 50
Status  : Tapau @ Take a way...





Patutlah garang sangat. Dalam mulut sangkut. Nice....





Alhamdulillah... Memang rejeki aku kali ini. 1st time aku dapat 4 Tilapia dengan menggunakan lure. 2 foul hooked & 2 hooked. Ceria sungguh cuti aku minggu ini. Cukuplah dulu. Dah rentong gak aku membangau menggunakan tektik Provoke & Waiting Game...







LURE(S) OF THE DAY












No comments:

Post a Comment