Tarikh : 18/02/2017
(Sabtu)
Lokasi : Riveria, Kuching - Samarahan Expressway
Masa : 6.30am - 3.00pm
Tersedar aku dari lamunan jam 1.00 pagi, hujan mulai lebat. Aku terus bangun & bancuh susu anak aku. Biasanya time kul 2.00 pagi otomatik beliau panggil aku dengan mata yang masih terpejam; "Bahhhhh... Nenen!". Aku pun seolah2 otomatik gak bangun jam 12am, 2am & 4am (purata setiap 2 jam setiap hari) bancuhkan susu untuk beliau. Mem aku lak, aku biarkan jer dia tido. Kalau weekdays dia biasanya bangun pukul 4.30am siapkan barang2 lain untuk keperluan sekolah anak2, sarapan & siap2 barang2 nak turun kerja pulak. Biar dia rehat cukup2. Aku memang selalu otomatik biasa dah bangun setiap 2 jam pun...
Hrmmmm... kalau hujan berterusan gini mau tak cast aku. Apa2pun tunggu jam 6.00 pagi (yang aku setkan), nengok cam mana.
"Ringgggggggg...!" Alarm aku berbunyi. Lepas bangun & kemas segala2, hujan tapi tak lebat. So, aku teruskan misi ke Riveria lagi sekali. Target utama aku nak memBulan tapi bila lepas hujan lebat cam awal pagi tadi kompom Bulan malas nak keluar...
|
6.30am aku dah di sini. Hujan masih lagi rintis2. Kemas lagi sikit & buat final check set casting sebelum keluar dari kereta. |
|
Walaupun air keruh sikit, spek jenis polarized amat berguna. Dapat jugak melihat dengan terang / jernih sikit air tu... Ternampak oleh aku Tilapia jenis yang menyerang lure tempoh hari sedang "cari pasal" dengan Tilapia lain. Antara keruh & samar2, aku cast lure Cultiva sp kat tengah2 zon "panas" tu. Nampaknya beliau mula menyerang sp aku. |
|
2, 3 kali cast, sekali lagi sp aku dibuli hingga putus ekor lagi. Sejarah minggu lepas berulang! Ini bikin amarah! Asyik kena cukai jer sp kalau camni. Tak boleh jadi... Tak boleh dibiarkan. Apa, dia ingat aku beli sp nie pakai air lior ke? Terus aku tukar lure - Ofmer Wonder 50 khidmatnya diperlukan... |
|
Teknik yang sama aku gunakan kali ini. Aku panggil teknik nie; "Provoke & Waiting Game". Cast & kacau bagi Tilapia tu marah & menyerang lure (ini part yang aku maksudkan - provoke)! Repeat berkali2 sampai Tilapia tu hilang sabar & hilang akal (ini part yang aku maksudkan - waiting game)! Bila aku nampak lure aku dibawak lari, terus aku sentap sikit rod, maka strikelah... |
|
Nahhhhh... Saiz kasar kali ini. Pecutan2 semasa fight tu, perghhhhhhh...!!! |
|
Species : Tilapia (1st catch)
Rod : Kuying _Teton, 3-8 lb
Reel : Kuying_Thunder
Line : Tri-Poseidon PE x4_8 lb
Leader : Yamatoyo_Fluoro Shock Leader, 16 lb
Lure : Ofmer_Wonder 50
Status : Tapau @ Take a way...
|
|
Pun begitu, walaupun strike, ianya masih "foul hook" sebab sangkut kat luar mulut. Bagi kes nie kat bawah dagu. Lantaklah, janji strike. Hehehe... Mana nampak sangat kat dalam air yang samar2 jernih tu dia sambar tang mana. Asal nampak dia bawak lari lure jer, sentap terus. Apa jadi lepas tu kira belakang cerita. |
|
Lepas tiada lagi aktiviti kat port tadi & cuma tinggal Tilapia yang jenis "baik2 belaka", aku berpindah kat port aku strike minggu lepas. Tanpa spek polarized, macam nie lah keadaan permukaan air, tak boleh nak berapa nampak sangat. Bila aku scan, kelihatan lagi sekali aktiviti "cari pasal" kat dalam tu. Terus aku guna teknik Provoke & Waiting Game lagi. |
|
Kali nie, lagi lama waiting game... Beliau nie lain sikit. Main acah2 nak serang. Tak menyerang terus macam yang sekor tu tadi. Kat bawah dasar tu macam ada lekukan. Aku rasa sarang beliaulah... Tu yang dia jaga dari Tilapia2 lain... Bila beliau menghilang jap dari sarang tu, aku cast kat sebelah2 jer yang berdekatan (sebab nampak Tilapia2 lain kat situ, sesaja jer kacau2). Pastu bila beliau balik semula kat sarang nya tadi, aku provoke lagi. Memang lama aku memujuk hingga ke tahap beliau benar2 hilang sabar. Tetiba beliau meluru agresif sikit & terus menyambar Ofmer Wonder aku [marah nya!] Sentap sikit & strike! |
|
Kasar & lagi besar kali ini! Memang beliau marah sangat2! Fight tengah berlangsung nie! |
|
Yoshhhhhhh... Berjaya dinaikan selepas beliau kepenatan! Fight yang sungguh nikmat & mendebarkan! Oh indahnya donia kalau purata saiz camgini strike selalu. Alhamdulillah, syukur... |
|
Species : Tilapia (2nd catch)
Rod : Kuying _Teton, 3-8 lb
Reel : Kuying_Thunder
Line : Tri-Poseidon PE x4_8 lb
Leader : Yamatoyo_Fluoro Shock Leader, 16 lb
Lure : Ofmer_Wonder 50
Status : Tapau @ Take a way... |
|
Kali ini aku berpuas hati sangat2! Solid hooked-up. Akhirnya baru aku merasa strike yang sebenar (dalam mulut). Ke2-2 Tilapia nie aku tapau (masa balik tu aku sedekahkan kat Penjaga anak2 aku. Lama dah tak bagi diorang ikan). Sampai 11.30 am, aku stop. Gi tempat lain kerana ada "Misi Kemanusiaan" - mencari Snakehead untuk family sahabat yang memerlukan. Tapi dapat saiz halus jer & tak sampai hati aku nak bagi. Next time aku cari lagi... |
LURE(S) OF THE DAY
|
Masih berjasa & cemerlang lagi sekali... Wonder yang bawah tu masih aku gunakan. |
No comments:
Post a Comment