"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

08 February 2017

Snakehead Report (1st week of February 2017)


Tarikh  : 01/02/2017 (Rabu)
Lokasi : Sri Aman
Masa   : 5.30pm - 6.30pm



Untuk 3 hari nie aku out station ke Bahagian Sri Aman atas urusan rasmi. Risik2 dengan member2 kat situ diorang advise bawak jer set casting, just in case. Kalau ikut hati aku malas nak bawak. Bukan apa, setiap hari asyik hujan jer. Nasib baik 1st day datang hari tak hujan. Maka bermulah misi di hari pertama...




Kembali lagi aku di sini... Port Snakehead pertama aku di Sri Aman dahulu...





Belum lama aku cast, sampai kat kawasan nie. Nun di selekoh maut sebelah kiri tu lure aku cast betul2 di tepi rumput. Terus ada 1 sambaran tapi miss pulak. Aku perlahankan sikit retrive hingga membuat pemangsa tadi terus memfollow & melakukan serangan yang ke-2. Strike kali ini. Agak berat aku rasa di hujung line.





Masa fight tu aku lihat seperti kelibat Bujuk. Eh, biar betul nie? Bisik hatiku. Semakin dekat memang sah sang Bujuk! Cubaan beliau hendak menggunakan talian hayat - menggunakan teratai, tidak berhasil. Rod aku gunakan keras sedikit kali ini. Dengan mudah aku tarik beliau keluar dari kawasan teratai. Mistake ko beb!





Species : Bujuk @ Forest Snakehead (Channa Lucius)
Rod       : Expert Graphite_Carbon Cube, 10-20 lb
Reel      : Shimano_Caenan 101
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon, 20 lb
Lure     : SureCatch_Tiny Frog
Status  : C&R





Perghhhhhh... Bujuk tepi parit! Heaven sungguh tempat nie.



  
Setelah jauh gak cast & hari dan semakin beransur gelap, aku pun berkemas pulang. Cukuplah dulu untuk hari yang pertama aku di sini. Insyaallah, esok misi ke-2.








Tarikh  : 02/02/2017 (Khamis)
Lokasi : Sri Aman
Masa   : 5.00pm - 6.30pm



Hari ke-2 pulak aku bersama Azizul. Kali ini jauh sikit tempat yang diterjah. Banyak tempat yang airnya agak besar sebab malam semalam hujan lebat. Ada jugak tempat yang melimpah airnya sampai kat atas jalan raya.

Namun kumpau. Beberapa kali miskol & rabut jugaklah. Kebanyakan tempatnya indah namun tak berpenghuni. On the way balik, kami singgah sekejap kat area parit by-pass Sri Aman - Lingga (hujung lagi dari tempat aku cast semalam), parit yang baru diclear dalam 3 bulan lepas gitu kata Azizul.





Parit nie baru 3 bulan diclear. Luas & besar gak parit nie. Time nie hari dah start semakin gelap disebabkan awan mendung. Kena cepat2 cast nie!
 



Daya tarikan nak cast kat tengah menggoda sungguh. Tapi aku lebih suka cast kat tepi2 & kawasan yang berstruktur. Biasanya kat tengah tu jarang2 ada sebab tiada tempat untuk ikan nie bersembunyi buat ambush. Seperti yang aku duga, serangan meluru keluar dari kawasan berumput sebelah kiri tu!




Species : Haruan @ Common Snakehead
Rod       : Expert Graphite_Carbon Cube, 10-20 lb
Reel      : Shimano_Caenan 101
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon, 20 lb
Lure     : SureCatch_Tiny Frog
Status  : C&R
 
 


Solid hooked-up! Sang mama nie walaupun tak besar sangat, namun memberi fight jugak. Asyik nak memecut kat kawasan berumput semula...



Sekelip mata hari berubah. Hujan yang lebat terus melanda. Aku yang tengah berusaha mengeluarkan lure dari mulut snakehead terus dihujani dengan lebat. Tak sempat aku berselfie. Terpaksa aku dan Azizul menamatkan terus misi. Nasib baik kali nie menggunakan kereta Azizul. Kalau tidak memang basah kuyup kesejukan!







 
Tarikh  : 03/02/2017 (Jumaat)
Lokasi : Sekitar Kota Samarahan
Masa   : 5.00pm - 6.00pm



Home sweet home... Syukur selamat perjalanan pulang ke tempat asal selepas out satation di Bahagian Sri Aman. Selepas mengemas semua barang2 & rehat2, aku tengok jam lebih kurang berbaki 1 jam lagi sebelum mengambil anak aku balik, aku buat keputusan untuk terjah di port parit sawah padi cam biasa.



Hrmmm... Heavy cover. Tiada masalah bagi aku, bahkan memberi keceriaan. Memang dah biasa jumpa & main kat port camgini. Hanya nak tunggu dapat ke tidak jer lagi. Hehehe...



 
Best namun kosong kali ini... Langsung tiada sambaran.



 
Namun tidak di sini... Lure aku biarkan lepak atas teratai. Aku gerak2kan main atas teratai tu. Pause sekejap & tiba2 satu aksi yang memukau berlaku di hadapan mata aku. seekor snakehead melompat tinggi keluar dari air berdekatan lure aku, membuat aksi terjunan Pandelela Rinong (tak lah sampai tahap berpusing2 tu...), dengan mulut terbuka terus landing tepat2 kat lure aku! Wow! sayang tak pakai action camera beb! 1st time aku tengok aksi gitu.




Terus beliau melarikan lure aku disebalik teratai & rumput. Namun tidak sama sekali aku beri peluang. Rod Expert Graphite sungguh membantu kat kawasan yang heavy cover ini. Yes, berjaya aku naikan saiz bujang!




Species : Haruan @ Common Snakehead
Rod       : Expert Graphite_Carbon Cube, 10-20 lb
Reel      : Shimano_Caenan 101
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon, 20 lb
Lure     : SureCatch_Tiny Frog
Status  : C&R





Tu dia... SureCatch Tiny Frog aku yang dibahamnya.





Selepas port nie aku beralih kat port lain lak. Rabut aku kat situ saiz yang kasar & tak sempat aku pump keluar beb! Aku dah mark & locked tempat tu. Bukan kali pertama rabut di tempat yang sama. Berkali2 gak. Kali ini aku memang comfirmed dah lokasi ambush beliau. Siap ko lepas nie!




 


 LURE(S) OF THE DAY
Minggu nie aku masih menggunakan SureCatch Tiny Frog. Masih lagi berbisa & berjasa.








 

No comments:

Post a Comment