"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

31 January 2017

Snakehead Report (4th weeks of January 2017)


Tarikh  : 29/01/2017 (Ahad)
Lokasi : Sekitar Kota Samarahan
Masa   : 2.00pm - 4.30pm



Misi asal komplot bersama kenalan FB - Hafiz, menerjah port salt water di Belungei, Lundu yang kumpau teruk disebabkan air yang amat keroh. Kebiasaanya kalau musim hujan lebat begini memang malas aku nak main salt water sebab peratus kumpau yang amat tinggi. 

Memandangkan permintaan sahabat yang teringin nak main salt water di Belungei, kitaorang try ler lah... Namun bila dah kumpau, mencari Snakehead lah jawapnya bagi melepas gian.




Kumpau di port pertama, kami beralih di port ke-2. Selama aku cast kat sini tak pernah lak strike. Faktor hujan yang lebat menyebabkan air yang agak tinggi kali ini. Balingan lure kat atas teratai diikuti pergerakan perlahan2 sampai kat hujung teratai, aku pause lure kat situ sekejap sebelum memulakan renangan...





Baru terjun lure aku terus ada satu sambaran namun miss pulak! Aku teruskan retrived lure perlahan sedikit & kali ini sambaran kedua dari pemangsa tadi terus menenggelamkan lure aku dari atas permukaan air. Strike kali ini! Terus aku panggil Hafiz untuk mencuba kat kawasan nie.





Species : Haruan @ Common Snakehead
Rod       : Storm _Mojo, 6-12 lb
Reel      : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon, 20 lb
Lure     : SureCatch_Tiny Frog
Status  : C&R





Close-up. Solid hooked up tu. Makin cedera dah aku tengok katak SureCatch aku nie.





Kali ini giliran Hafiz pulak yang mencuba. Nampak heavy cover sikit kawasan nie...





Sedang aku asyik snap gambar aku selfie dengan Snakehead, tetiba aku tengok Hafiz melayan strike! Berjaya gak dia daratkan Snakehead nie. Sukses kami berdua dengan tangkapan masing2 (kumpau kat port lain lepas dari port nie). Walaupun seorang seekor, dapat gak kami hilangkan vibrate tangan...







  LURE(S) OF THE DAY









 

No comments:

Post a Comment