Tarikh : 04/01/2017
(Rabu)
Lokasi : Kuching
Masa : 08.00am - 2.00pm
Selamat tahun baru 2017 bloggers sekelian! Di harap tahun ini akan membawa lebih banyak strike & lesen daripada kumpau.
So, aku mulakan blog ini dengan jemputan Comrades Lundu, Bob untuk menduga di Belungei. Pada mulanya kami berdua sahaja nak komplot, kemudian si Wan pun nak join gak.
|
Cam biasa, selfie dulu... |
|
Alamak! Tahap milo lah pulak. Comrades aku kata tak lebat pun hujan semalam. Hrmmmm... Mungkin lebat kat hulu agaknya. |
|
Balingan lure bertubi-tubi sepanjang batu2 kat seberang tu yang merupakan 'kawasan gelap' bagi sang penghuni dasar membuat ambush. Banyak kejadian ngeri pernah berlaku kat situ. Antaranya, lure hilang tanpa kesan setelah berenang2, leader diputus, lure yang koyak rabak bahkan ada yang putus ekor & macam2 lagi peristiwa yang seram! Eeeeee.... takutnya! |
|
|
Entah berapa belas ratus kali baling luru Spearyu kat kawasan tadi, akhirnya disambar oleh baby MJ. Yoshhhhhhh... Grand opening untuk tahun 2017. |
|
Species : Mangrove Jack (MJ)
Rod : Storm _Mojo, 6-12 lb
Reel : Shimano_Scorpion MG 1001
Line : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon, 20 lb
Lure : OR Craft_Spearyu 60s (SP60S-PC)
Hook : Mustad_In line Single, Ultrapoint Size 4
Status : Tapau
|
|
Close-up. Solid hooked-up tu. Hook tu aku tukar dengan single hook jenama Mustad (Kaiju, saiz 4). |
|
Si Bob tak kelihatan (kat lokasi lain). Hanya Wan yang tekun membangau kat situ. Kalau korang perati kat tengah2 tu, nampak orang tengah mengemas jaring! Laluan utama ikan tu yang diorang tutup. Mungkin ini jugak sebab ngapa kurang ikan hari ini? Geram nya... |
|
Setelah agak lama dan bertukar tempat, baru si Wan berhasil dengan MJ sebagai pembukaan 2017 beliau jugak. Tahniah bro! |
LURE(S) OF THE DAY
|
Walaupun didatangkan dengan single hook, tapi aku rasa tak kompiden lak tengok hook kurus & kurang vitamin gitu. Untuk langkah berjaga2, baik korang tukar. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian kena bahan! Hahahaha... |
OTHER(s)
wan tu macam kenal..ikwan mansor kan
ReplyDeleteErrr... mungkin... Kenal gitu2 jer. X tahu nama penuh (^_^)'
Delete