"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

10 January 2017

Snakehead Report (1st week of January 2017)


Tarikh  : 05/01/2017 (Khamis)
Lokasi : Sekitar Kota Samarahan
Masa   : 08.30am - 2.00pm



Agak2 jalan dah clear dari jammed, aku memecut ke Riveria terlebih dahulu cam biasa. Mana tahu kalau ada rejeki di situ. Namun lepas lama cast kat situ & tanpa sebarang hasil, aku berpindah port ke Tambak Pending & Tambak Bako pulak. Kedua2nya sama result, kumpau bergaya.

Memandangkan misi mencari lauk Grade A gagal, aku plan nak buat hilang gegar lak. Of cause layan Snakehead. Berpatah balik semula aku ke Kota Samarahan...





Ya, parit sawah padi... Setelah beberapa port parit nie rabut, aku check it out lak kat sini. Banyak sampah terapung lepas air besar musim hujan 2, 3 bulan nie. Beberapa kali gak "miskol" di kawasan sekitar. Pastu aku baling kat celah2 bawah titi buluh tu, karau sedikit & "Bammmm!"...





Aksi melayan bermula... Terus beliau memecut kat celah2 akar rumput. Namun tewas jugak. Seekor Snakehead penghilang vibrate berjaya dinaikkan. Yoshhhhhhh...!





Species : Haruan @ Common Snakehead
Rod       : Storm _Mojo, 6-12 lb
Reel      : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon, 20 lb
Lure     : SureCatch_Tiny Frog
Status  : C&R





Close-up. Masih berbisa SureCatch Tiny Frog nie. All time favorite doh!








 LURE(S) OF THE DAY











Tarikh  : 06/01/2017 (Jumaat)
Lokasi : Sekitar Kota Samarahan
Masa   : 08.30am - 3.30pm



Macam biasa, lepas mengurus persekolahan anak aku, terus ke Riveria dahulu. Sekali lagi aku kumpau. Pastu rutin biasa bila time air cun, Tambak Pending & Tambak Bako jugak diterjah. Pun belum ada rejeki aku kat sini.

Memandangkan hari nie Jumaat, pendek sikit masa pagi nie sebelum solat Jumaat. So, aku gi lak ke Kolam Desa Ilmu mecuba nasib kat situ. Masih lagi kumpau cemerlang. Berbaki sedikit masa lagi untuk 1st half, aku praktis skipping lah konon... 

Banyak penghasilan bihun & sarang burung berlaku... Tak payah tunjuk gambar yek! Puhahaha... Lepas solat Jumaat, 2nd half bermula.





Lama dah aku perati port nie semenjak semak-samun yang menutup parit tu diluaskan. Lagipun hari2 balik kerja aku lalu kat jalan nie menuju ke rumah penjaga anak aku. Aku panggil port nie Port "Y". Sebab kalau korang terbalikan gambar nie, parit tu seakan2 huruf 'Y'. Tah camna hari nie datang hidayah nak terjah lak...



 
Memang cetek dah air time nie. Kalau hujan lebat boleh besar & tinggi air tu.



 
Dari kejauhan aku perati cam sekelompok "bubble" di teluk yang dalam sikit dari tempat lain. Sah, kompom ada mama & papa nya di sini. Harap2 belum lagi yatim piatu. Balingan pertama disambut ganas! Rabut lah pulak. Setelah berkali2 memujuk, sekali lagi sambaran ganas berlaku. Biar 2, 3 saat sambil2 henjut2 sikit hujung rod (macam buat vibrate), terus aku hooked-up. Malang kali ini, leader aku putus lak & bersemadi tanpa kesan katak SureCatch Tiny Frog aku.




Dengan kelajuan cahaya, aku pasang leader baru & tukar lure pakai jenis SP. Walaupun 'bubble' tu dah bergerak ke tempat lain, terus aku follow. Sekali lagi balingan lure berdekatan bubble tu bersambut! Kali ini solid hooked-up! Berjaya ditewaskan akhirnya sang mama.





Species : Haruan @ Common Snakehead
Rod       : Storm _Mojo, 6-12 lb
Reel      : Shimano_Scorpion MG 1001
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon, 20 lb
Lure     : Berkley_PowerBait Power Grub
Status  : C&R





Close-up.






 LURE(S) OF THE DAY

 





OTHER(s)
 
Jighead yang aku gunakan.









Tarikh  : 07/01/2017 (Sabtu)
Lokasi : Semadang, Kuching
Masa   : 08.30am - 12.30pm



Hrmmmm... Plan asal nak renew lesen Sebarau. Nak tumpang port member. Semalam dah informed, ok jer responsenya. Namun pagi nie belum ada khabar berita. Aku bagi can lagi & tunggu kat kedai makan yang berhampiran, sambil2 tu aku breakfast dulu... 

Dah sejam berlalu, pun takde balas whatsapp & call. Mungkin beliau ada masalah besar yang tidak dapat dielakkan. Bersangka baik Beb!... Aku teruskan misi secara solo. Terus terang aku cakap tak tahu nak cast kat mana (sebab setting awal nak membarau kat port 'baru' tu. Lain lah kalau aku pernah pergi & dah tahu jalan, nescaya sorang diri pun aku terjah).  

Last2 masa tengah driving aku buat keputusan ketika hilang arah dituju - "Pecut ke port Dahan...". kata bisikan hatiku.






Sampai kat port aku lihat air ada keruh sedikit & berarus deras. Beberapa kali cast dari tempat parking menuju ke hulu, namun tiada sambutan & tiada miskol. Aku redah lagi sehingga sampai kat port Banglow mewah nie. Dah berubah disebabkan hujan lebat hingga menyebabkan arus yang deras sekaligus meroboh banglo yang sedia ada. Hanya ini yang tinggal...






Setelah balingan ke tengah tidak berhasil, aku cuba lak belah kiri. Balingan selari dengan beting pasir tu terus diserbu oleh satu kelibat yang kecil, terus aku hooked-up. Terasa ringan & aku pasti bukannya dari Sebarau.







Renew lesen Bujuk kali ini. Mujur tak kumpau. Baby pun baby lah...







Species : Bujuk @ Forest Snakehead (Channa Lucius)
Rod       : Storm _Mojo, 6-12 lb
Reel      : Shimano_Scorpion MG 1001
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon, 20 lb
Lure     : Senses_Saviors 50s
Status  : C&R







Padah merempit dengan Saviors! Hanya seekor ini yang berjaya aku naikan. Setelah berpindah ke hilir, ada lah miskol kecil dari Sebarau. Mungkin kecik sangat, pasal tu takleh nak telan hook. Lebih kurang 3 jam aku cast, cukuplah dulu & balik. Port kat sini memang tak jauh, dekat2 jer. Pasal tulah tak lama cast sebab aku aim kawasan yang "hot" sahaja. Insyaallah next time terjah lagi. Never Give Up!.








 LURE(S) OF THE DAY


Trible hook tu aku dah tukar dengan Single Hook jenama Mustad - Kaiju, saiz 4.




OTHER(s)









 

No comments:

Post a Comment