"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

18 April 2016

Riveria Strike 02/2016: Tilapia - Foul Hooked


Tarikh  : 16/04/2016 (Sabtu)
Lokasi : Riveria (RR), Kuching - Samarahan Expressway
Masa  : 6.15am - 3.30pm




Ketibaan aku seawal pagi di Riveria di sambut boiling yang havoc dari sang Tarpoon & Bandang! (camna aku tahu? Perbezaan sirip Tarpon & Bandang ketika mengambil napas / memburu mangsa di atas permukaan air). Memang terkejut aku tengok sambutan kali ini.

Tapi yang menyakitkan hati, pelbagai lure dari SP, Spoon, Hard lure hatta paling killer - Clouser, pun takde sambutan! Hanya sekali sekali patukan kecil jer. Paling dekat hook murahan jig head kaler merah yang aku gunakan untuk main UL & Finesses kangkang (lembut sangat hook jenis nie. Taknak pakai lagilah pasnie). Aku rasa Bandang yang punya angkara berdasarkan pecutan turbonya. Memandangkan tiada strike yang hooked-up, aku berpindah kat spot lain pulak...





Kat hujung teluk seblah kiri sekali (nampak sikit dalam pic), aku rabut disebabkan leader putus ketika melayan strike! Ada kemungkinan terkena kat bahagian tajam pipi Selunsong (teori aku lah buat penyedap hati yang tengan frust!). Kemudian aku beralih kat spot nie... Kat depan tulah sang Talapia berenang dengan rileks tanpa ada tekanan. Mulanya aku gunakan sp kecik. Tiada sambutan. Kemudian aku tukar teknik dengan Baitfly pakai clouser. Pun masih tiada respon. Aku tukar kecik lagi pakai umpan fly, hoh... sombong! Tapi beliau masih lagi main dekat2 jer tunjuk samseng! Panas ati aku beb! Terus aku teringat teknik kazen aku dalam memancing Belanak... Aku biarkan lure & tali melintang lalu kat tepi badannya kemudian aku "Rumbak" kata Orang Sarawak (errr... Sentap kuat2), terus sangkut kat sirip bawah. Apa lagi, terkejut beliau...





Fight yang berat sebelah. Beliau pecut & u-turn balik kat bawah2 akar rumput (nak guna talian hayat lah tu!). Silap ko beb! Teton 3-8 lb yang aku gunakan sungguh liat walaupun melentuk maut! Setelah berhempas-pulas main kejar2 & sembunyi2, akhirnya beliau kepenatan. Aku tarik ke tepi & terus aku lip grip rileks2 jer. Hambik ko eksen sangat! Sungguh kasar saiz Tilapia nie.





Species: Tilapia
Rod     : Kuying _Teton, 3-8 lb 
Reel    : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line    : Tri-Poseidon PE x4_8 lb
Leader: Yamatoyo_Fluoro Shock Leader, 16 lb 
Lure    : Ikan Toman_Fly Hook Set C
Status: C&R





Strike yang Foul Hooked (istilah yang digunakan bila ikan tak makan lure @ lure tak sangkut dalam mulut ikan) kat sirip bawah. Walaupun Foul Hooked, kira lesen gak nie. 1st time aku dapat Tilapia. Masa fight tu berat nya macam 2 kali ganda jadinya! Lepas sesi fotografi, aku lepaskan semula kat habitatnya. Next time tiada maaf bagi mu! Hahaha... Puas ati aku!







  LURE(S) OF THE DAY

Aku gunakan set-up Baitfly/Spinfly untuk rigging lure jenis camgini.






TIP(s)

Camnilah cara set-up ragging Baitfly (bila guna baitcast (bc) - baitfly, bila guna spinning - spinfly) guna yang sering aku gunakan. Kat sebelah kiri tu (bulatan kuning) aku gunakan pemberat jenis Swivel Sinker. Panjang leader lebih kurang 2 kaki (atau lebih sikit), diikat pada Clouser / Fly (bulatan merah) tadi. Kalau rasa malas nak bukak ikat lure lain, aku gunakan 2 leader. Satu leader cam biasa yang dikat pada klip. Kemudian Baru aku pasang pemberat beserta leader ke-2 tu pada klip tadi.




Aku gunakan Swivel Sinker dar jenama Kase nie.










 

No comments:

Post a Comment