Tarikh: 01/04/2016
(Jumaat)
Lokasi: Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak
Masa : 5.15pm - 6.45pm
Memandangkan Mem aku out station dari hari Selasa lepas sehingga hari ini, maka kesempatan yang ada balik dari kerja & berbekalkan set awal2 lagi (Hehehe...), aku terjah sekali lagi port DI - Desa Ilmu. Termasok hari ini dah 3 hari berturut-turut aku turun. Sian anak aku terpaksa menunggu akhir sikit aku ambil diorang. Sabar nak... bukan selalu pun. Time Mama ko out station jer. Love all of U!
|
Sebenarnya 2 hari berturut2 sebelum nie aku asyik rabut & miskol Tarpon. Saiz kasar2 pulak tu & sedap layan jika pakai set UL & Finesse. Part yang takleh tahan & menyebabkan tido malam aku tak nyenyak apabila (kat sini) aku fight Tarpoon berjaya dirakam member aku & rabut setelah membuat aksi akrobatik kelucahan melampau! |
|
So hari nie kira misi membalas dendam! Berbekalkan weapon baru, aku repeat balik port nie... 2 kali gak ada miskol. Hoh, degil. Aku cast jauh sikit selari dengan "pulau" kecik tu & aku retrive Continuously (pelan2 tanpa henti), tiba2 satu sambaran lembut tapi terlepas. Aku teruskan lagi retrive cara tu, lagi sekali ia memfollow, sambar & lepas. Kali ke-3 aku teruskan retrive tanpa henti & standby untuk menyentap. Seperti yang aku jangka, ia masih memfollow, menyambar & kali ini terus membawa lari lure aku. Inilah saat yang aku tunggu. Aku sentap sedang2 kuat agar hook tembus kat mana bahagian mulut beliau & ternyata strike akhirnya. |
|
Renangan yang kencang, rod Kuying Teton 1-4lb aku bengkok dengan seksi. Drag bc aku tak kunci kuat. Biar dapat ditarik keluar sikit. Terus beliau membuat aksi akrobatik. Sambil2 tu aku cari tempat yang clear sikit untuk aku daratkan. Aku bagi can 3 kali jer beliau hip-hop atas air tu. Kemudian aku tarik ke tempat clear tadi, maka tewas juga beliau akhirnya. |
|
Species: Ikan Bulan @ Local Tarpon
Rod: Kuying _Teton, 2-4 lb
Reel: Daiwa_Alphas 103L
Line: Special Line x4_4 lb
Leader: Yamatoyo_Fluoro Shock Leader, 8 lb
Lure: Cultiva_Ring Kick Tail
Status: Tapau kerana geram rabut semalam
|
|
Good size layan dengan set halus-milus! |
|
Mata tekejut tak caya beliau tewas... Hahaha. Ambik ko! |
LURE(S) OF THE DAY
|
SP baru aku untuk misi balas dendam kali ini. Aku gunakan kaler putih tu. |
TIP(s)
|
Nie
antara cara untuk menangkap Tarpoon, Selunsong & lain2 jika
menggunakan jig head camgini. Peratikan kat hujung hook tu, bengkok kan?
Ya, memang sengaja dibengkok keluar sedikit bagi memudahkan hook-up. |
No comments:
Post a Comment